20: Affi (vi)

964 62 12
                                    

Dira memakai sepersalinan pakaian hitam yang mempunyai hood bagi menutup mukanya. Dia ingin pergi bertemu doktor yang paling terkenal di kampung itu. Dia harap doktor itu boleh merawat dirinya.

Dia berjalan di laluan yang tidak ramai orang. Dia tidak mahu bertembung dengan orang kampung. Dia malu. Wajahnya sangat hodoh. Sangat tua. Sangat berkedut. Sangat tak enak dipandang.

"Apa...apa salah aku...kenapa tiba-tiba muka aku jadi begini?" Rintih Dira.

Sebenarnya, bukan sahaja wajah Dira yang berubah. Namun tubuh badannya juga. Kulitnya menggelupas teruk bagaikan terkena lecur. Kakinya pula membengkak teruk. Dan dalamannya juga seperti 'dimakan dari dalam'. Dira berasa sakit-sakit di pinggang. Dinding perutnya bagaikan dicakar. Dan dadanya terasa sempit, sukar bernafas. Sewaktu berjalan, kaki Dira terasa bagai dicucuk-cucuk.

Walaupun baru pagi tadi dia mengalami perubahan-perubahan drastik ini, namun keadaannya bagaikan penyakit tersebut sudah dibiarkan melarat berbulan-bulan. Bagaikan ianya suatu penyakit yang maha dahsyat yang sangat senang 'memakan' pesakitnya.

Dia melalui lorong belakang,yang seperti semua orang tau, jarang dilewati orang awam. Sedang langkah diayun tenang.. seekor anjing kelihatan sedang duduk dalam keadaan bersiap-siaga di hujung lorong. Dira cuba berlagak tenang. Risau anjing tersebut mengapa-apakannya. Dira membelok di blok berhampiran anjing itu. Baru sahaja nafas lega dihela, anjing tersebut tiba-tiba bertindak agresif mengejar Dira. Dira pantas berlari. Walau kakinya sakit tiap kali menghentak tanah, dia masih membuka langkah seribu.

Tanpa disedari, Dira telah berlari keluar daripada lorong belakang dan tembus ke pasar. Dira terkedu. Dira cuba berlagak tenang. Hood diturunkan lebih lagi bagi menutupi separuh muka. Dia tidak mahu sesiapa pun nampak wajahnya yang hodoh. Lengan baju diturunkan hingga ke tapak tangan, bagi melindungi keadaan tangannya yang menggelupas teruk daripada penglihatan orang ramai.

Dira berjalan biasa. Senormal yang boleh. Tiba-tiba, angin kuat melanda kawasan tersebut. Tanpa disangka hood Dira tersingkap melepasi kepala maka terserlah wajah Dira yang sangat sangat berkedut bagaikan kulit kayu reput. Kulit bahagian lehernya sedikit menggelupas, menampakkan daging. Seisi pasar yang riuh menjadi sunyi, seakan kebisingan pasar ditelan vakum.
Hinggalah suatu suara memecahkan suasana sunyi itu.

"Raksasa!!"

Lalu pasar tersebut pantas terisi dengan suara-suara yang menghina Dira. Ada juga yang membaling sayur, buah dan kasut. Mereka menghalau Dira kerana menganggap keadaan Dira itu menjijikkan mereka. Sungguh jelaslah yang fizikal Dira sekarang sangat berlainan dengan keadaannya yang anggun dan terkenal dahulu kerana tiada siapa yang mengenalinya.

Pantas Dira menutup kembali wajahnya dengan hood lalu berlari pegi. Semakin kuat tekadnya untuk mengubati keadaan dirinya. Langkahnya semakin pantas dihayun.

Tanpa Dira tahu, Affi dan Iefa sedang mengekorinya. "Padan muka dia.." gumam Affi. Di tangan Affi, elok tergenggam naskhah buku yang Dira rosakkan tempoh hari.

------

Setelah merasakan dirinya sudah sampai di destinasi, Dira mengeluarkan sekeping kulit kayu kecil yang berfungsi sebagai kertas untuk menulis nota. Tertera di permukaan kulit kayu itu, alamat ke rumah doktor itu. Dia menyimpan semula kulit kayu kering itu di dalam poket. Sedikit kulit Dira yang menggelupas melekat di kulit kayu itu. Terdapat sedikit kesan darah juga.

"Betulllah ni...huh..harap di boleh kenalpasti penyakit aku ni dan ubati aku."

Tok! Tok! Tok!

Pintu tersebut diketuk tiga kali. Dira agak terkejut melihat permukaan pintu itu setelah diketuk. Beberapa kesan darah tertinggal di situ, berpunca daripada kulitnya yang menggelupas itu. Dira merengus. Sesaat dua Dira menunggu agar ketukan tersebut berbalas.

Klak!

Kedengaran selak pintu tersebut dibuka dari dalam. Perlahan-lahan, pintu tersebut terbuka berserta bunyi keriutan sebagai latar. Terpacul wajah seorang wanita dalam lingkungan 50-an di muka pintu. Wajahnya kelihatan awet muda dan manis walaupun di usia emas.

"Ya, apa yang saya boleh bantu cik?" Soal wanita itu.

Dira menarik nafas di sebalik hood nya. "Saya nak jumpa Doktor Jwanita. Saya dengar khabar daripada orang kampung, doktor tersebut hebat dalam mengubat orang. Jadi saya nak mencuba mengubati penyakit saya. Dia ada?" Dira menyusun kata. Agak perit sebenarnya untuk bercakap, kerana kini telaknya juga sudah terjejas.

Wanita tersebut tersenyum dan ketawa kecil. " Ada-ada saja orang kampung memuji. Tidaklah hebat sangat..." Wanita itu tersenyum kecil. Dira memandang pelik wanita itu. Wanita itu berhenti ketawa kecil apabila menyedari Dira yang memandang pelik ke arahnya.

"Oh...uhmm..haha maaf ya. Saya la Doktor Jwanita yang kamu cari tu. Maaf ya ketawa tadi. Sebenarnya, saya geli hati bila orang kata saya hebat. Padahal itu semua ilmu. Sesiapa sahaja boleh jadi hebat bila menguasai ilmu. Kalau kamu sendiri pun boleh. Ilmu yang baik, akan bantu kita naikkan diri kita dan bantu orang lain juga. Kalau ilmu jahat...ya..memang boleh naikkan nama, tapi pada akhirnya akan makan diri kita balik." Jwanita bermadah.

Dira semakin hairan. Bukankah orang bijak pandai selalunya lebih banyak diam berbanding membuka mulut. Lain pula Doktor Jwanita ni. Banyak bermadah.

"Ayuh masuk ke dalam. Saya akan periksa keadaan kamu. Panas di luar ni, dengan keadaan kamu ber-hood lagi, sudah pasti kamu tidak selesa. Ayuh masuk." Pelawa Jwanita. Lalu Dira menapak masuk. Jwanita menutup pintu, lalu mula menghayun langkah ke bilik rawatan. Dira hanya membuntuti Jwanita.

Satu bilik yang luas dimasuki mereka. Tidak perlu dijelaskan, Dira sendiri sudah mengerti bilik itu merupakan bilik rawatan. Ada katil yang sangat sinonim dengan bilik rawatan... ada meja dan kerusi tempat doktor memeriksa pesakit.. dan sudah semestinya peralatan2 biasa yang diguna oleh doktor ada di bilik tersebut.

Doktor Jwanita sudah duduk di kerusi. "Baring di katil itu. Saya mahu periksa kamu." Arah Jwanita lalu Dira hanya menurut. Dira berbaring. Agak perit bagi Dira untuk baring dalam keadaannya sekarang kerana kulitnya semakin teruk menggelupas. Tapi Dira cuba tahan, dia yakin dirinya akan sembuh di bawah rawatan Jwanita.

Jwanita membuka hood Dira. Sedikit riak terkejut terpamer di wajah Jwanita namun pantas disembunyikan, tidak mahu melukakan hati pesakitnya. Keadaan tubuh Dira pula diperiksa, secermat mungkin bagi mengelak mengundang kesakitan pada Dira.

Selesai memeriksa, Jwanita mengeluh. "Ke..kenapa doktor?" Soal Dira. "Adakah kamu jadi begini kerana makan coklat?" Soal Jwanita. Dira terkejut. "Macam mana.."

"..saya tahu?" Soal Jwanita, menyambung ayat Dira. Dira tertelan liur. 'Ah..peritnya nak telan air liur sendiri. Tekak macam kena robek.' Gumam hati Dira.

Sambil itu, Iefa dan Affi sedang memerhatikan sesi rawatan Dira di dalam bilik itu. Mereka halimunan daripada pandangan Dira dan Jwanita. "Huh perempuan tu, ada hati nak ubati pesakit yang kena sihir aku!" Cebik Iefa. Affi hanya menjeling Iefa di sebelah. Di dalam mindanya sekarang hanyalah rasa puas melihat Dira kesakitan. Sakit yang disebabkan oleh hajatnya pada Iefa agar Dira menderita. Hajat yang dibuat hanya kerana marah atas perbuatan Dira yang mengoyak-ngoyak mukasurat bukunya.

"Saya pernah ada pesakit yang terkena begini juga dahulu..." Jwanita mengeluh sedikit. "Dan...dan saya tak berjaya mengubati dia.." setitis air mata mengalir. Dira terkejut. Doktor di hadapannya ini tidak boleh mengubati pesakit yang mempunyai penyakit sepertinya dahulu? Habis, bagaimana keadaannya sekarang?

"Apa jadi pada dia?" Soal Dira, walau perit untuk menerima jawapan. Jwanita mengesat air matanya lalu menjawab, " Mati".

Dira tertelan liur. Adakah dirinya juga aka mati? Bila? Dalam masa terdekat kah?

Tiba-tiba, Jwanita memandang penjuru bilik itu. Tepat di mana Iefa dan Affi sedang berdiri. "Woi Iefa, perempuan tu pandang sini la..." Affi menyiku Iefa. "Ah perempuan ni..dari dulu lagi menyusahkan aku.." ujar Iefa, mengetap gigi. "Dari dulu?" Soal Affi kepada Iefa, namun tidak dijawab.

"Keluarlah kau Iefa. Aku tau kau kat situ." Ujar Jwanita. Dira dan Affi terkejut sama-sama.

Senyum kecil terbentuk di wajah Iefa, lalu Iefa dan Affi sudah tidak halimunan.

"Hai Iefa"
"Hai Jwanita"
Ujar mereka serentak.

Omg, 1200 patah perkataan dowh untuk part ni. Hahaha.. ni mesti sebab tenaga sayang korang pada Affi dah meresap pada aku ni. Haha hopefully korang enjoy part ni!

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now