Tumbukan bertalu-talu Dira beri kepada Iefa. Iefa pula kukuh bertahan. Tumbukan Dira sangat laju. Tak dapat dilihat di mana penumbuknya akan singgah. Ini bukan seperti Dira yang biasa. Iefa banyak mengukuhkan benteng pertahanan diri manakala Dira terus-menerus menyerang.
Mereka berterusan dalam keadaan 'menyerang dan bertahan' sehingga Dira mulai bosan. "LAWAN LA SETAN!! APASAL KAU LEMAH SANGAT NI??!!" Pekik Dira. Pantas Dora berpusing dan memberi tendangan tepat ke wajah Iefa. Bukan tendangan biasa, namun bagaikan ada satu aliran kuasa yang dialirkan melalui tendangan Dira tadi. Iefa terpelanting ke dinding. Retak dinding tersebut dan debu memenuhi udara.
Iefa jatuh ke lantai setelah badannya menghentam dinding. Menggigil tubuhnya tatkala mula bangkit semula. Dira bangga berdiri selari dengan Iefa, beberapa meter jauhnya. "Sakit?" Soal Dira, mula berada dalam posisi sedia semula. Iefa mencebik.
Iefa mengeluarkan tongkat sakti yang disembunyikan di belakang badan. "Pengecut. Kenapa perlu kau bergantung pada tongkat curi kau tu?" Dira jelik. Iefa hanya diam, dia mula mengacukan tongkat sakti itu ke hadapan. "Kau nampak menggigil, Iefa." Dira memprovok. "Tidak." Balas Iefa. "Mesti sebab kau tau yang nyawa kau akan habis apabila permata di hulu tongkat itu pecah, bukan?" Dira sengaja mengapi-apikan Iefa.
"Mana kau tau hah?!" Pekik Iefa. Dira hanya senyum sumbing lalu mula menyerang. Kali ini bukan dengan tumbukan, namun cahaya-cahaya sakti yang dia pelajari dari Jwanita.
Jwanita merupakan adik-beradik tiri Iefa. Iefa syaitan sebenar dan Jwanita manusia betul. Jwanita tahu hakikat Iefa lalu kadang-kala belajar trick sihir dan apabila sudah besar, Jwanita menggunakan sihir yang dipelajari untuk mengubati orang. Satu hari, ada sihir dihantar kepada adiknya. Ya, adik dia dan Iefa. Sihir itu dihantar oleh Iefa atas permintaan klien Iefa. Jwanita sangat marah kerana dia tidak mampu mengubati adiknya. Itulah sebab Jwanita telah melipatkaligandakan usahanya untuk mempertajam skil sihirnya. Setaraf dengan syaitan sebenar. Jwanita mahu balas dendam kepada Iefa.
Apabila Dira terkena sihir sama seperti adiknya, Jwanita tidak boleh duduk diam. Sebaik Affi dan Iefa hilang, Jwanita segera merawat Dira yang teramat kritikal ketika itu. Selama berbulan-bulan diambil untuk Dira pulih sepenuhnya dan akhirnya Jwanita mengajar teknik sihir kepada Dira pula. Mereka mahu hapuskan Iefa. Jwanita berdendam kerana adiknya dan Dira berdendam kerana Affi diambil dari dirinya.
Iefa kaget dengan serangan sihir yang dilakukan oleh Dira. Ligat fikirannya berfikir bagaimana Dira mendapat kuasa itu. Iefa bengang kerana dirinya diserang berturutan. Iefa menyerang menggunakan kuasa dari tongkat sakti. Cahaya sakti itu sungguh terang dan kuat, laju meluncur ke arah Dira. Dira tidak sempat mengelak, lalu terpelanting apabila tubuhnya diserang cahaya itu. Iefa ketawa kuat. Bangga dengan tongkat saktinya.
Dira mengerekot di tanah. Debu berterbangan mengelilinginya. Sakit-sakit badannya apabila menghentam dinding. Namun Dira pantas bangun. "Kau lemah,Iefa. KAU LEMAHHH!!!" Pekik nyaring Dira. "Kau yang baru tumbang, dan kau mengatakan aku lemah?!! DASAR TAK SEDAR DIRI YA KAU!!!" Jerit Iefa membalas. "Kau tak ada kuasa sakti pun sebenarnya. Tongkat sakti itu yang membekalkan kuasa kepada kau. Macam bateri. Kau akan mati tanpa tongkat itu!.." Percikan cahaya elektrik mula muncul di tangan kanan Dira.
Iefa berwaspada. Kakinya membuka pencak dan tongkatnya diacung ke hadapan.
"....DAN AKU AKAN MUSNAHKAN TONGKAT TU!!!" Dira laju berlari ke arah Iefa.
Percikan elektrik di tangannya mula merebak sehingga ke seluruh tubuh. Tubuh Dira bagaikan mengeluarkan petir biru. Dira berlari ke setiap sudut dan arah untuk menyerang Iefa. Iefa kuat bertahan.
"BAPAK KAU MATI SEBAB KAU!!" Pekik Dira.
Iefa terpempan.
Saat ini Dira menyerang pantas ke arah Iefa. Dia memeluk Iefa dan petir di seluruh tubuhnya mengalir ke segenap tubuh Iefa. Renjatan elektrik. Beberapa minit kemudian, baru Iefa dilepaskan. Longlai. Tongkat sakti itu jatuh. Permatanya masih belum musnah. Dira senyum. Dia akan musnahkannya. Dia melangkah menuju ke tongkat sakti.
"Sihir kau ke atas Affi akan tamat.." Dira memegang tongkat sakti itu secara terbalik, batu permata di hulu menghala ke bawah.
"Affi akan kembali menjadi manusia biasa. Kami akan bersama selamanya..." ujar Dira, tergelak-gelak. Dengan itu, Dira laju menjunamkan batu permata tersebut ke lantai. Pecah berderailah batu permata yang menjadi punca kekuasaan Iefa. Dira tersenyum puas. Dia mengetuk lagi hulu tongkat itu buat beberapa kali lagi agar setiap sisa batu permata tongkat sakti tersebut musnah sempurna.
"Misi selesai. Iefa sudah dihapuskan." Dira mencampak tongkat sakti ke lantai yang penuh dengan serpihan batu permata tadi. Dira mula melangkah pergi, jubah berhud-nya beralun mengikut hayun langkah Dira. Gadis itu semakin menjauhi kawasan penghapusan Iefa tadi.
Tiba-tiba telinga Dira menangkap bunyi yang aneh di belakang. Dari arah Iefa. Perlahan-lahan, Dira memalingkan tubuh dan dia tersentak.
Setiap serpihan batu permata telah melebur menjadi debu hitam yang berterbangan di udara. Debu hitam misteri itu mula terbang ke arah Iefa dan membungkus tubuh Iefa. Lama-lama, seluruh tubuh Iefa sudah tidak kelihatan kerana dibungkus dengan debu hitam.
Dira merasakan ada yang buruk bakal berlaku.
Dira mula membuka langkah seribu.
Tiba-tiba kakinya dililit sesuatu lalu Dira tersungkur. Dira mahu merangkak bangun namun sesuatu yang melilit kakinya telah mengangkat tinggi tubuhnya. Dira tergantung secara terbalik.
Dira memusingkan tubuh secara payah, kerana tergantung, untuk melihat apakah punca yang mengangkatnya dari tanah itu. Dira terkesima melihat Iefa-lah puncanya.
Namun itu bukan Iefa. Itu raksasa. Yang menumpang jasad kosong Iefa.
"SIAPA YANG LEMAH SEKARANG???!!!"
Gila bapak lama la author tak update. But to be honest, I'm not even sorry sebab korang bukan kesah pon. Author nak habiskan je The Witch ni (entah bila nk habis taktau la). Ending nanti korang suka tak suka gi mati. Author punya citer, author tulis, bukannya korang faham letih author 😑
YOU ARE READING
THE WITCH (COMPLETED)
FantasíaTiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. Wajahnya tampan, air mukanya tenang, matanya redup, auranya misterius dan rambutnya putih. Dan kau pe...