Riz melangkah dengan penuh bergaya ke dalam universitinya. Mahu pergi ke mana lagi kalau bukan ke kelasnya.
"Lambat!" Kata Liya
"Relax la! Lecturer tak masuk lagi." balas Riz.
"So kau..." Kata-kata Liya terhenti di situ tatkala ada suara berdehem di belakang mereka. Mereka menoleh ke belakang.
"Eh! Encik Hazran! Dah lama ke Encik sampai?" tanya Riz berbasa-basi. Nak tutup gugup tu sebenarnya.
"Saya rasa saya yang patut tanya awak soalan tu. Dah lama ke sampai Cik Azira?" tanya Hazran sinis. Riz hanya tersengih.
'Sudah! Kena marah la aku lepas ni. Azira tu memang hint dia la nak marah aku.' Desis hati Riz.
"Jawab la saya tanya ni ke awak tengah kutuk saya dalam hati tu?"
"Ha! Memang saya kutuk Encik Hazran pun!" Riz menutup mulutnya dan membulatkan biji matanya. Ops! Terlepas! Dia memandang Encik Hazran dan tersengih.
"Bagitau saya apa yang awak kutuk saya? Kalau tak..." Encik Hazran sengaja menggantungkan ayatnya. Dia mendekatkan mukanya pada Riz.
" Ingat Encik tu handsome sangat ke nak buat macam tu? Tak senonoh langsung!" Riz memunduk dan mengutuk pensyarahnya itu tanpa sedar.
"Azira!" panggil Encik Hazran.
Riz mengangkat wajahnya. Mata Encik Hazran terkedu melihat mata redup Riz. 'Ya Allah!' desis hati Hazran.
"Apa dia Encik Hazran?" tanya Riz malas.
"Takde ape lah." Kata Hazran lalu memulakan sesi pengajarannya.
"Tengku Azira! Sila jumpa dengan saya lepas ni!" Hazran bersuara lantang ketika murid-muridnya sedang mengemas barang. Maklumla bila nak balik je mesti bising. Cakap biasa-biasa mana la dengar kan!
'Sudah! Nak apa lagi dia ni?' Riz sudah menggelabah namun digagahkan jua kakinya untuk ke meja yang diduduki Hazran ketika itu.
"Ada apa Encik Hazran?"
"Tadi awak datang pukul berapa?" tanya Hazran tegas.
"8:05!" balas Riz sepatah
"Kelas start pukul berapa?"
"8:00 encik!"
"Atas alasan apa awak datang lambat tadi?" tanya Hazran lagi namun nadanya lebih tegas daripada tadi.
"Saya baru ingat saya ada kelas pukul 8:00 hari ni dan masa saya sedar tu pun dah pukul 7:45 ." Jawab Riz panjang lebar. Hazran hanya mengangguk.
"Kalau takde apa-apa lagi saya balik dulu ya Encik Hazran." Kata Riz dan mula untuk melangkah keluar dari kelasnya.
"Tunggu!" Hazran menghalang Riz pergi. Riz mengeluh. 'Nak apa lagi dia ni?' Dia terus memusingkan badannya menghadap pensyarahnya itu dan mengangkat sebelah keningnya tanda 'apa'.
"Awak marah saya ke pasal tadi? Saya mintak maaf la. Saya tak sengaja." Kata Hazran tulus.
'La.. tu je ke?' Riz mencebik. Dia tidak menjawab dan terus berjalan keluar dari kelas. Dia segera menuju ke keretanya. Belum sempat dia membuka pintu keretanya..
"Riz!" Jerit Syafiq ketika dia melihat kelibat Riz dari jauh.
'Nak apa pula la dia ni?' keluh Riz. Tadi dengan pensyarah. Sekarang dengan orang yang ada menaruh hati pada dia pula. Nasib kau la Riz!
Riz mencari gerangan yang nemanggilnya itu. Setelah menjumpai orangnya, Riz terus mengangkat satu tangan. Kelihatan Syafiq sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.
"Jom pergi makan!" Ajak Syafiq.
"Bukan tak nak tapi aku ada hal la." Balas Riz.
'Ya Allah! Selamatkanlah aku dari makhluk ni Ya Allah! Aku tak nak makan dengan dia Ya Allah! Amin!' Doa Riz dalam hati.
"Asal aku ajak je mesti kau cakap ada hal la itu la ini la. Tak sudi tu cakap je la tak sudi." Kata Syafiq seolah-olah merajuk.
"Woi! Kau ni dah kenapa? Lelaki tapi nak merajuk bagai! Apa kes! Aku pompuan pun tak merajuk macam kau!" Kutuk Riz selamba. Bak kutuk-mengutuk ni memang si Riz ni power la!
"Dah jom!" Balas Riz lalu segera melangkah menuju ke kafe.
"Tunggu la!" Jerit Syafiq namun tak diendahkan. Dia terus mengejar Riz yang sudah jauh meninggalkannya.
"Kau tunggu situ. Biar aku order. Kau nak apa?" Riz menunjuk satu meja yang masih kosong.
"Nasi ayam dengan air bandung." Syafiq terus duduk di meja yang disuruh oleh Riz.
Jangan lupa vote or comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...