"Assalamualaikum!" Asy memberi salam. Sejurus itu, dia membuka pintu rumah Dato' Is. Baru beberapa langkah, kelihatan Riz duduk di atas sofa. Asy menampar lembut pipinya.
"It's real!" Asy bersuara.
"Real apa real? Dah gila ke apa? Masuk-masuk je tampar pipi sendiri lepastu sebut it's real!" Riz meniru gaya Asy menyebut it's real. Asy tidak memgendahkan Riz. Dia melihat jam tangannya. Pukul 7:00 pagi. Okay! Ni memang gila!
Asy memandang Riz dari atas ke bawah. Sekali lagi dia menampar lembut pipinya. Kemudian dia membulatkan matanya.
"Dah kenapa kau ni? Kena sampuk?" Riz berkata seraya menyindir.
"Kau tu kena sampuk jembalang mana. Pukul 7:00 dah tercegat dekat ruang tamu. Selalunya time macam ni kau baru nak mandi." Balas Asy.
"La! Sebab tu ke?" Asy mengangguk.
"Duduk!" Arah Riz.
"What?" Asy pelik.
"Duduk! Takkan tak faham kot! Simple order!"
"Okay but why?" Tanya Asy lagi.
"Duduk je la!" Asy hanya mengikut arahan Riz. Malas mahu bertekak dengan Riz pagi-pagi buta macam ni.
"Betul kau demam semalam?" Asy mengangguk mengiakan soalan Riz.
"Bukan kau keluar jumpa girlfriend ke semalam?" Asy menggeleng.
"Takde mulut?" Asy menggeleng.
"Eh! Ada! Ada!" Asy tersengih. Dah datang dah perangai senget dia tu!
"Habis yang dalam gambar ni siapa?" Riz menunjuk gambar Irfan semalam. Asy hanya mengangkat bahu.
"Kembar jauh kot!" Kata Asy.
"Kau ingat lawak ke kembar jauh kembar dekat? Ingat ni zaman aku budak-budak dulu yabg senang kau nak tipu! Betul kau demam semalam?" tanya Riz lagi. Kali ini dia merenung Asy dengan tajam.
Asy dengan sedaya upaya mengawal riak mukanya. Takut terlepas yang dia ada kembar.
Asy menelan liur."Betul la aku cuti semalam. Demam. Tak percaya kau boleh call ibu aku." Asy mengeluarkan phonennya.
"Tak payah la kau nak guna nama ibu kau!" Riz masih tidak dapat menerima jawapan Asy walhal jawapan tersebut merupakan jawapan yang sebenar.
"Okay! Ni bukti last aku cuti semalam. Kau pergi tanya papa kau ada ke tak dia skype dengan aku semalam lepastu ibu aku ada sekali." Kata Asy lagi. Si Riz ni pun! Susah betul nak percaya.
"Okay! Aku terima! Papa pun ada bagitau pasal tu semalam! So, aku salah orang la ni? Malunya aku!!!" Riz menutup mukanya. Asy mengangguk dan menggeleng perlahan sambil tersenyum melihat gelagat Riz.
Mukanya sudah kemerahan menahan malu. Peluh menitik kerana bimbang dia akan terjumpa lelaki tersebut lagi.
"Tak yah la kau nak berpeluh bagai! Tu la! Suka sangat tuduh orang melulu! Kan dah kena! Padan la dengan muka kau yang tak tau malu tu!" Kata Asy.
"Amboi!! Sedap mulut kau je mengata aku kan! Dah la tak datang kerja semalam lepastu datang-datang je bagi bebelan. Eii!! Tepi la! Malas aku nak layan kau!" Riz menolak badan Asy ke tepi.
Cardigan disarungkan ke badan. Mp3 dicapai kemudian earphone disambungkan ke mp3 dan diseumbatkan di telinga. Kasut adidas dipakai dan dengan muka yang masam mencuka dia keluar dari rumah. Panggilan Asy dihiraukan.
"Woi!! Tunggu la! Kau nak pergi mana ni!" Jerit Asy kuat.
"Eh! Suka hati aku la! Apa aku kesah! Kau diam la! Bla sana!" Halau Riz. Dia kemudian berjalan lalu. Kelihatan Asy mengejarnya dan dengan langkah seribu dia terus berlari ke arah taman yang hanya berjarak 2.5 kilometer dari rumahnya.
Peluh menitik di dahi dan di seluruh badannya. Nafas yang masih termengah-mengah cuba ditenangkan. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah bangku.
"Tak guna punya mamat! Sebab kau la aku kena lari sampai berpeluh macam ni. Aku tak suruh pun kau kejar aku la! Arghh!!!!" Riz menjerit sekuat hati. Mujut tiada orang di taman pada ketika itu. Ya la, pukul 12 tengahari. Siapa je nak pergi ke taman. Cuba cakap!
"Nah!" Riz memandang sebotol air mineral yang dihulurkan kepadanya. Riz menoleh ke belakang. Kelihatan Asy tersenyum manis ke arah Riz. Mukanya mula masam mencuka. Badan segera dihadapkan ke hadapan.
Asy melangkah dan berdiri di sebelah Riz yang sedang duduk di atas bangku.
"Aku duduk eh!" Asy mula melabuhkan punggungnya. Riz seperti terkena renjatan elektrik terus bangun dari duduknya dan berjalan pantas menuju ke arah sebuah buaian. Dia mula duduk di atas buaian tersebut. Asy mula bangun dan melangkah ke arah Riz. Dia pula duduk di atas buaian bersebelahan Riz.
"Riz! Aku nak cakap sesuatu ni." Asy memulakan muqaddimahnya.
"Cakap la!" balas Riz. Matanya langsung tidak memandang Asy.
"Aku sebenarnya..."
'Dum!'
Belum sempat Asy menghabiskan ayatnya, Guruh mula kedengaran di langit.
"Sebenarnya apa?" tanya Riz.
Jangan lupa comment and vote okay! 👌
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
حركة (أكشن)Ibunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...