Riz dan Asy masing-masing menikmati cendol yang dibeli tadi.
“Kenapa?” Riz bersuara setelah lebih kurang 10 minit mereka senyap.
“Kenapa apa?” Asy blur.
“Kenapa sini?”
“Kenapa sini apa?” Asy menaikkan sedikit suaranya. Blur katakan. Riz mengetuk kuat topi Asy.
“Belum pekak lagi la! Yang nak terjerit-jerit tepi telinga aku ni dah kenapa?” balas Riz geram.
“Dah kau dari tadi lagi soalan tak jelas. Aku geram la tu yang aku jerit tu!” balas Asy geram.
“Oh! Ye ek? Sorry! Sorry!” Riz tersengih.
“Kenapa kau pilih pantai yang ada taman? Ha! Tu soalan aku.” Riz menyoal Asy dengan lebih jelas.
“Entah!” Asy mencebikkan mulutnya dan mengangkat kedua-dua belah bahunya.
“Entah? Boleh kau jawab entah?” Riz bengang. Ni cakap dengan manusia ke haiwan ni?
“Tenang!” Asy tersenyum sendiri.
“Hoi! Kalau ya pun tenang tak yah la sampai tersengih-sengih macam kerang busuk tak mandi setahun! Over feeling!” Riz tergelak melihat gelagat Asy.
“Kau tak faham!” Asy tersenyum lagi.
“Apa yang aku tak faham?” tanya Riz pelik. Memang blur la Si Riz ni bila bercakap dengan Asy.
“Kau takde feel!” Balas Asy selamba.
“Mana kau tau aku takde feel?” tanya Riz. Terangkat sebelah keningnya. Riz tercabar dengan kata-kata Asy.
“Kau pernah senyum bila tengok alam ni?” tanya Asy.
“Tak!” balas Riz sepatah.
“Bila kau ada masalah, dekat mana tempat kau selalu melepak?” tanya Asy lagi.
“Mall!” Riz menjawab selamba.
“See!” Asy memandang tepat ke arah mata Riz. Riz mengalihkan pandangannya. Terasa getaran hebat di dadanya saat mata redup Asy memanah matanya.
“See what?” Riz mula menggelabah.
‘Minah ni tak boleh nak di eye contact rupanya!’ desis hati Asy.
“Woi! Tengok apa? Jawab la soalan aku tu!” Jerkah Riz.
“Sorry! Apa soalan kau tadi?” tanya Asy. Kantoi la usha anak dara orang!
“See apa?” tanya Riz dengan nada sedikit tinggi. Bengang kot bila kita cakap ada orang mengelamun. Pastu kena ulang balik!
“Biar aku terangkan diri kau. Kau bila ada masalah, kau selalu cari dunia. Lepak di mall, main phone, jumpa kawan la itu la ini la. Pernah tak kau cari Dia bila kau ada masalah?” tanya Asy lagi.
“Dia? Siapa pulak dia ni Asy wey? Kau ni!” Riz makin blur.
“Allah!” Riz terkedu.
“Kenapa?” tanya Asy. Pelik bila tiba-tiba sahaja Riz diam. Riz tidak menjawab.
Tiba-tiba kedengaran guruh di langit. Riz tersentak dan memandang Asy. Hilang! Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Asy sedang berlari menuju ke kereta.
“Balik la woi! Hujan ni!” Jerit Asy. Riz segera berlari masuk ke dalam kereta.
**********
“Kenapa kamu berdua basah kuyup ni?” tanya Dato' Iskandar risau.
“Hu..hu..hujan! Fuh! Se..se..juk!” Bergetar gigi Riz menahan sejuk.
“Masyaallah! Riz pergi naik atas cepat! Mandi lepastu salin baju!” Arah Dato' Iskandar.
“Asy pergi la balik dulu tukar baju. Nanti demam karang, terpaksa cuti pula!” sambungnya lagi. Jangan sesekali bantah jika Dato' Iskandar memberi arahan. Nanti ada yang kena basuh dengan clorox karang!
Masing-masing mengikut arahan Dato' Iskandar.
5:00 a.m.
“Fuh! Sejuknya!” Riz menarik selimut rapat menutupi kepala. Sejuknya belum hilang. Dia manggagahkan dirinya untuk bangun dan menutup suis aircond. Dia kembali baring di atas katil.
“Fuh! Lega!” Belum sempat dia melelapkan mata...
‘Kriiinnnngggg!!!’
“Apa pulak ni?” Riz mencapai phonenya di bawah bantal.
“Hah? Oh! Alarm rupanya! Oh! Pukul 5:30 dah!” Riz meletakkan phonenya di bawah bantal semula. Dia mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik air.
Selesai menunaikan solat subuh, dia menyambung tidurnya. Sekali lagi...
‘Kriiinnnggg!!!’
“Adoyai! Apa lagi ni?” Riz mengeluh. Dia mencapai phonenya.
“Dah pukul 7:00 dah? Awalnya!! Huaaa!! Malas gila!” Riz menggeliat.
Dia mengemas tempat tidurnya. Orang gaji? Tak perlu bazir duit upah orang gaji kalau semua benda mampu buat sendiri. Dia turun dan mencari papanya di dapur.
“Mana papa ni?” Riz melihat di belakang rumah pula. Kosong! Tiada sesiapa!
Dia masuk kembali ke dapur.
“Cari apa?”
“Aduh!” Riz jatuh terduduk.
“Apa la papa ni, kalau ya pun bagi la salam dulu!” Riz bangun dan duduk di meja makan.
“Papa dah makan belum?” tanyanya lagi.
“Papa tunggu my princess la!” jawab Dato' Iskandar.
“Ololo shweetnya dia! Dah! Tak payah nak mengada-ngada. Jom makan!” Riz meletakkan nasi goreng ke dalam pinggannya dan juga pinggan Dato' Iskandar. Usai membaca doa, suapan dimulakan. Selesai makan, mereka melepak di ruang tamu.
“Mana Asy papa?” tanya Riz. Kelibat Asy dari tadi lagi tidak kelihatan. Selalunya, pukul 7:30 dah tercegat dekat ruang tamu. Ni tiada pula!
“Rindu ke?” Sakat Dato' Iskandar.
“Baik rindu kambing tepi jalan tu dari rindu mamat yang entah apa-apa tu!” Balas Riz.
“Eleh! Jangan nanti jatuh hati naik cinta sudah! Dia takde! Demam!” Balas Dato' Iskandar sambil matanya masih melekat pada akhbar yang dipegangnya.
“Demam? Hujan macam tu pun demam? Manjanya!” Ejek Riz selamba.
“Eh! Eh! Bukan main sedap mulut dia kutuk orang ya! Semua manusia akan sakit la Riz!”
Nasihat Dato' Iskandar.“Ya la! Yang tu Riz tau! Tapi takkan la hujan sikit macam tu pun sampai demam! Ke dia ni tak salin baju lepas balik!” Riz membuat spekulasinya tersendiri.
“Buat spekulasi sendiri nampak! Daripada Riz asyik nak sangka pelik-pelik dengan dia, better Riz tolong papa.”
“Tolong apa?”
“Nah!” Dato' Iskandar menghulurkan wang berjumlah RM100 kepada Riz. “Beli barang dapur! Ni senarai!” Senarai barang yang perlu dibeli dihulurkan.
“Ai! Ai! Kapten!” Riz bangun dari duduknya dan terus memandu ke bandar. Ketika dia memilih sayur yang perlu dibeli, dia terpandang seseorang yang cukup dia kenali.
“Asy? Siapa perempuan dengan dia tu? Bukan main mesra nampak!” Sayur yang dipegang tadi sudah lunyai.
Jangan lupa vote and comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...