“Mana abang ni? Lambat betul la!” Keluh Irfan sambil menyisip sedikit teh yang disediakan oleh Rai.
“Cuba call dia!” Kata Johan.
“Ha! Jap! Jap!” Kata Irfan sambil mengeluarkan iphonenya. Belum sempat nombor Asy didail...
“Assalamualaikum!” Pintu terbuka dan terpacul wajah Asy yang ceria sambil memberikan salam.
“Waalaikumussalam! Lambat!” Serentak Irfan dan Johan menjawab.
“Sorry bro! Jalan jam teruk!” Balas Asy sambil mengambil tempat duduk di sebelah adik kembarnya itu.
“Alahai Asy! Sofa lain ada lagi. Tepi adik kau jugak nak menyelitnya.” Komen Johan.
“Nama pum kembar!” Balas Asy selamba.
“Suka hati kau la. So, sekarang macam mana?” Kata Johan langsung ke arah tujuan utama mereka berkumpul. Malas mahu berbasa-basi.
“Hurmm.. plan aku..” Belum sempat Asy menghabiskan ayatnya, Irfan memotong.
“Jap! Sebelum kau bagitau kitaorang idea kau tu, kitaorang ada benda penting nak bagitau kau!” Kata Irfan.
“Penting sangat ke?” Kata Asy sambil menjongketkan sebelah keningnya.
‘Pap!’
Satu bantal kecil sofa hinggap pada mukanya.
“Aduh!! Kau ni pahal? Dari semalam lagi nak baling bantal dekat muka aku?” tanya As geram.
“Kau tu pahal? Orang kata penting tu penting la!” Balas Johan pula.
“Ok! Fine!! Sorry! Irfan mana pernah nak serious kalau bercakap!” Kata Asy memerli.
“Menjawab je kerja. Ambil la nak menang! Ego!” Balas Johan. Asy hanya menjongketkan kedua-dua belah bahunya.
“So macam mana ni? Dari tadi lagi tak sampai dekat tujuan utama.” Kata Asy.
“Tu adik kau nak cerita tu. Dengar la dulu!” Kata Johan.
“Yes! My beloved little brother! What's up? You look so cute plus more handsome than yesterday!” Puji Asy melambung.
“Perli nampak!” Kata Irfan.
“Aku puji ok! Ha! Cepatla!” Arah Asy.
“Ok! Listen! Semalam aku dengan Johan nak pergi keluarkan duit lepas kau bagi arahan tu. Punya la lama aku tunggu dia keluarkan duit. Kau tau tak aku tunggu dia lebih dari setengah jam. Aku pun cakap la dia ni pergi keluarkan duit ke buat duit? Tiba-tiba.. ” Irfan tidak menghabiskan ceritanya. Asy dan Johan fokus merenung Irfan. Irfan merenung Johan dan Asy silih berganti.
“Johan! Sambung!” sambungnya.
“Kau ingat ni story telling competition sekolah menengah ke hah?” Kata Asy geram.
“Aku bukan main nak dengar kau cerita sampai habis. Boleh kau stop! Ganggu konsentrasi aku betul la kau ni. Spoiler!” Kutuk Johan. Irfan hanya diam. Suasana senyap dan sunyi. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut sesiapa.
“Huh! Ye la ye la! Aku sambung!” keluh Johan sebelum menyambung ceritanya.
“Tiba-tiba aku datang. Adik kau ni pun terkejut la. Pastu dia membebel dekat aku. Aku cakap la dekat dia yang aku pergi jalan-jalan kejap sebab ada orang ikut aku. Aku lengahkan mamat tu sebab tu lama. Dia pun faham situasi aku. Kitaorang pun balik la macam biasa. Lepastu, adik kau ni perasan yang ada kereta Audi putih asyik ikut kitaorang. Aku suruh la adik kau ni main kejar-kejar sampaila dia tak dapat ikut kereta kitaorang. Alhamdulillah! Akhirnya kitaorang berjaya sampai rumah dengan selamat.” Kata Johan menamatkan ceritanya.
“Aku dengan Johan pun syak la yabg budak tu anak buah Ed and tak mustahil. So, kitaorang tak jadi bincang dekat luar dengan kau sebab benda tu la. So sekarang ni kita kena tukar plan. Maybe kau kena pergi sorang je nanti serah duit tu.” Kata Irfan panjang lebar.
“So apa plan kau dan kau?” tanya Asy sambil mengarahkan jari telunjuknya oada Johan kemudia Irfan.
“Plan aku, kau kena pergi sorang dulu baru kitaorang ikut! Tapi lambat sikit!” Kata Johan.
“Plan aku pula waktu kau pergi nanti, aku dengan Johan pergi balai polis dulu and ceritakan semuanya dekat diorang. Then, aku and pihak polis akan serbu. Aku mintak kau call aku and pastikan kau tak tutup phone supaya aku dengan pihak polis boleh kesan kau. Pandai-pandai la kau survive dulu tempat kau nak jumpa tu. Pastikan tempat tu ada line! Jangan lupa lengahkan dia dulu. Dakam setengah jam inshaallah kitaorang sampai!” Kata Irfan.
“Bijak! Bijak! Jom!” Kata Asy!
“Now? Are you crazy?” tanya Irfan sehingga terbeliak matanya tanda tidak percaya dengan tindakan abangnya itu.
“Yes! Of course!” Kata Asy.
“Huh!” Serentak Irfan dan Johan mengeluh.
Rancangan berjalan seperti yang dirancang. Asy mengelilingi hutan berdekatan rumah Ed. Setelah mengetahui selok-belok hutan tersebut, line dicari.
“Yes! Damn I got it!” Kata Asy. Dia mula menelefon Irfan. Irfan yang baru sahaja keluar dari kereta terus mengangkat call daripada abangnya.
“Kau dekat mane sekarang?” tanya Asy.
“Baru sampai depan balai polis!” Jawab Irfan.
“Ha! Cun! Nanti aku call kau balik lepas aku call diorang!” Kata Asy.
“Ok! Ok! Cun!” Balas Irfan. Asy mematikan talian. Nombor anak buah Ed didail sementara Irfan berunding dengan pihak polis.
“Hello! Aku dah sampai dengan satu juta yang kau mintak!” Kata Asy lalu mematikan talian.
Nombor Irfan didail lalu diletakkan di dalam poket begitu sahaja. Setelah 15 minit menunggu akhirnya Ed, anak buahnya serta Riz yang diikat tangannya di belakang tiba.
‘Ya Allah! Muka ini sudah lama tidak ku tatap!’ desis hati Asy.
‘Fokus Asy! Fokus!’ Terngiang-ngiang suara tersebut di telinganya. Asy beristighfar beberapa kali di dalam hati.
“Mana satu juta yang aku mintak?” Tanya Ed.
“Ada dalam beg yang aku pegang ni ha!” Kata Asy sambil menunjuk beg coklat bersaiz segi empat tepat yang dijinjingnya itu.“Sekarang bagi aku Riz tu dulu!” Kata Asy. Riz hanya mendiamkan diri.
“Aku nak beg tu dulu!” Kata lelaki tersebut pula.
“Kau bagi Riz dulu!” Balas Ed. Riz masih setia di tangan pembantunya.
“Ok! Fine!” Kata Asy lalu menyerahkan beg coklat tersebut kepada Ed. Namun, belum sempat Ed menyambut beg tersebut, Asy menendang beg tersebut. Kemudian, muka Ed pula ditendang. Ed jatuh terguling di atas tanah.
Asy membuat pusingan 360 darjah lalu merampas pistol yang berada di tangan pembantunya. Ed cuba mengambil pistolnya yang tercampak keluar daripada poket kotnya. Asy yang menyedari akan hal itu menyepak pistol tersebut sehingga hilang daripada pandagan.
“TAK GUNA KAU ASY!!!!!” Ed menjerit sekuat hati. Pergelutan antara Ed dan Asy berlaku. Pembantunya masih setia memegang Riz. Asy menyepak belakang kepala Ed sehingga pengsan.
Riz mula menyepak lelaki tersebut. Tangannya yang setia memegang Riz digigit. Kemudian, lelaki tersebut disepak-sepak sehinggalah lelaki itu kelihatan lemah.
“RIZ!! LARI!!” jerit Asy lalu menggapai tangan Riz untuk dibawa lari.
Jangan Lupa Vote and Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AksiIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...