Riz juga turut menangis bersama papanya.
“Ni semua daripada ibu pa! Kalau.. kalau ibu tak muncul dalam mimpi Riz mesti Riz tak macam ni kan papa?” Riz tersenyum sambil mengalirkan air mata kegembiraan.
Asy hanya mendengar dan mendiamkan diri. Hatinya mula bergetar.
“Ya Allah! Perasaan apakah ini Ya Allah!” Asy bermonolog sendiri. Dia memandang Riz. Hatinya mula bergetar lagi.
“Tak mungkin Ya Allah!” sambungnya lagi.
“Riz naik dulu ya pa!” Pinta Riz. Dato' Is mengangguk.
Asy hanya memandang Riz.
“Astaghfirullahalazim! Apa aku ni. Tenung anak dara orang! Heysh!” keluhnya. Dia meminta izin dan terus pulang ke rumah.
Kereta diparkirkan di halaman rumah. Asy memberi salam apabila kakinya sudah dijejakkan ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam! Awalnya anak ibu dah balik. Anak Dato' Is tu tak nak pergi mana-mana ke?” tanya ibu Asy pelik.
“Tak! Nanti dia nak pergi mana-mana di call je la Asy.” Jawab Asy. Mukanya muram. Dia memminta diri untuk naik ke bilik namun dihalang oleh ibunya.
“Kenapa ni? Cuba cerita dekat ibu!” Pujuk ibu Asy.
“Takde apa la ibu. Asy okay!” Asy bohong. Dia menipu ibunya dan dirinya sendiri.
“Tak baik tau tipu ibu sendiri!” Ibu Asy memujuk lagi.
Air mata Asy bergenang di kelopak mata. Lama-kelamaan air matanya terus laju keluar dari tubir matanya. Secara jujurnya Asy sering menangis di hadapan ibunya. Hanya ibunya lah tempat mengadu yang Asy ada setelah kematian bapanya.
“Asy tak kuat ibu! Asy jumpa dia balik ibu! Asy tak kuat! Kenapa Allah temukan kami balik ibu? Kenapa ibu? Kenapa Asy jumpa dia setelah di bergelar isteri orang ibu? Asy tak kuat ibu! Asy masih sayangkan dia ibu! Asy tak sanggup nak lepaskan dia ibu!” Asy meluahkan segala yang terbuku di hatinya setelah sekian lama menyimpan kesemuanya di dalam hati.
“Shh!! Sabar nak! Ingat! Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya! Allah tak akan uji hambanya diluar kemampuan nak! Ingat tu! Istighfar Asy! Istighfar! Berzikir Asy!” Nasihat ibunya.
Asy beristighfar. Kemudian berzikir. Kepala Asy dipangku ibunya. Ibunya mengusap-usap lembut rambutnya. Kini, Asy kelihatan tenang.
“Asy! Ibu nak tanya boleh?”
“Tanya la!” Jawab Asy.
“Asy masih sukakan Rai ke?”
Asy diam. Dia bermain dengan jarinya.
“Asy! Dengar sini ya nak! Ibu rasa better Asy lupakan saja Rai. Inshaallah Asy akan jumpa perempuan yang lebih baik daripada dia. Yang faham Asy, yang ikhlas cintakan Asy dan yang sanggup hidup dengan Asy dalam apa jua keadaan sekalipun.”
Kata-kata ibunya seperti membenarkan semua perkara yang patut dilakukan dan menusuk jauh ke dalam hati. “Tapi mampukah Asy ibu?” Suaranya lirih. Pandangan yang redup diberikan kepada ibunya.
“Tiada yang mustahil dalam dunia ni Asy! Ingat tu!” Kata ibunya lagi.
“Inshaallah ibu! Asy akan cuba!” Sahut Asy.
“Ya Allah! Terima kasih Ya Allah! Engkau lah yang maha pengampun lagi maha mengasihani Ya Allah! Terima kasih Ya Allah! Aku berjanji ak tidak akan mensia-siakan hidayah yang Engkau beri ini Ya Allah! Makbulkanlah segala doak Ya Allah! Amin! Amin! Ya rabbal alamin!” Kedua-dua belah tangan diraupkan ke muka tanda doa sudah habis dibacakan. Solat isyak juga sudah selesai ditunaikan. Telekung dilipat dan kemudiannya disangkut. Begitu juga dengan sejadah.
Riz melabuhkan punggungnya di birai katil. Frame gambar di atas meja belajarnya diambil kemudian diusap-usap perlahan. Ada setitis air jernih pada permukaan frame tersebut. Kemudian, diikuti dengan beberapa titis lagi. Ya, Riz menangis! Gambar itu dikucup perlahan dan dibawa ke dalam pelukan.
“Ibu! Riz rindu ibu! Ya Allah! Aku rindu ibu aku Ya Allah! Aku rindu dia Ya Allah! Aku rindu insan yang memahami aku Ya Allah! Aku kasar kerana ingin menutup kelemahanku Ya Allah! Berikanlah aku insan yang memahamiku Ya Allah!”
Riz sudah teresak-esak. Semakin lama semakin menjadi-jadi. Kebetulan, seseorang terdengar segala ungkapan dari hatinya. Niat untuk memanggil Riz dibatalkan. Hatinya turut pilu mendengarkan segalanya.
“Ya Allah! Bantulah dia Ya Allah! Kuatkanlah dia Ya Allah! Sesungguhnya dialah wanita yang paling kuat pernah aku jumpai Ya Allah!” Lelaki tersebut berdoa dalam diam. Dia menuruni tangga dan menuju ke arah Dato' Is.
“Ha Asy! Mana Riz?” tanya Dato' Is.
“Dah tidur kot!” Asy membuat memet muka kecewa.
“La... macam tu pulak!” Dato' Is turut membuat memet muka kecewa.
“Takpe la Asy. Jom la kita makan dulu.” Mereka berdua memulakan suapan. Asy termenung seketika.
‘Di sebalik kekerasanmu terselit kelembutan yang tak pernah diduga dan kesedihan yang tak pernah dapat diatasi oleh semua wanita sepertimu!’ Hati kecil Asy berbisik.
“Termenungkan apa lagi tu Asy?” Pertanyaan Dato' Is menyentakkan lamunan Asy. Asy menggeleng serta tersenyum dan meneruskan kembali suapannya.
Riz bersandar pada dinding dan menangis semahunya. Kelihatan satu cahaya yang menerobosi matanya. Silau! Itu yang dirasakan ketika itu.
Seorang lelaki yang lengkap berbaju putih bersih membelakanginya.
“Jangan bersedih wahai saudari. Keluarlah dari kegelapan. Carilah cahaya yang mampu membuatkanmu bahagia saudariku.”
“Siapa kau?” Tanya Riz.
“Itu tidak penting. Kelak kau akan tahu siapa aku!” Kata lelaki tersebut. Sedikit demi sedikit lelaki itu menghilangkan diri.
"Tunggu!” Riz menyuruh lelaki tersebut menunggu. Namun, hanya sia-sia. Riz akhirnya menjerit.
“Tungggguuuuu!!!!!”
Jangan Lupa Vote And Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AcciónIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...