Lelaki tersebut begitu lemah menahan sakit. Pistol di dalam poket kotnya dikeluarkan.
Riz memusingkan kepalanya ke belakang.
“ASY!!!” jerit Riz lalu memeluk Asy. Serentak dengan itu kedengaran satu tembakan dilepaskan. Asy masih terkejut dengan bunyi tersebut. Riz yang memeluknya perlahan-lahan terbaring jatuh ke atas tanah. Tembakan tersebut terkena pada belakang badan Riz.
Asy melutut di sebelah Riz. Sebak mula melanda hatinya. Sedaya upaya ditahan supaya dirinya tidak menangis di hadapan Asy.
“Why you did this to me Riz?” tanya Asy sebak.
Riz tersenyum menahan kesakitan tanpa banyak bicara. Riz tahu, sekiranya dia berbicara mungkin hidupnya hanya setakat itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran siren polis berbunyi berhampiran tempat mereka berada. Ed dan lelaki tersebut masih lagi terbaring tidak sedarkan diri.
“Riz dah tak tahan Asy!” Kata Riz perlahan.
“No Riz! You need to!” Balas Asy. Sumpah dia tak sanggup kehilangan Riz yang sudah lama bertakhta di hati.
Pihak polis mula menyerbu hutan tersebut. Ed dan anak buahnya itu digari lalu dimasukkan ke dalam kereta polis.
Ariff perlahan-lahan menapak ke arah mereka.
“Sorry Asy! Assalamualaikum!” Perlahan-lahan Riz menutup matanya. Hanya perkataan tersebut yang kedengaran di telinga Ariff sebelum Asy menjerit kuat.
“Tiiddaakkk!!!!!!!” Asy menjerit sekuat-kuatnya. Kemudian dia menekup mukanya. Tangisan yang kuat kedengaran.
“Sabar Asy! Sabar! Kita masih boleh selamatkan dia!” Kata Ariff. Asy masih lagi dengan tangisannya. Irfan dan Johan yang tiba bersama pihak polis tadi turut melihat adegan tersebut.
“Irfan! Call ambulan sekarang!” Arah Ariff.
“Ok!” Dengan pantas nombor ambulan didail. Irfan memiliki segala jenis nombor. Polis! ambulan! JPAN! semuanya dia ada.
Talian bersambung. Irfan berbual-bual bersama orang di talian sebelum mematikan talian tersebut.
“Done?” tanya Johan.
“Done sir!” Jawab Irfan.
“Inshaallah Riz boleh sembuh. Kau percayakan takdir kan?” tanya Johan sambil meletakkan tangannya oada baju kanan Asy. Asy hanya mengangguk lemah.
Tidak lama kemudian, ambulan tiba. Riz diusung ke dalam ambulan. Irfan dan Johan menaiki kereta Inspektor Ariff dan segera menuju ke hospital bersama-sama ambulan.
Ambulan diberhentikan di hadapan pintu kecemasan. Asy segera keluar dan meminta bantuan jurutawat yang bertugas.
Riz diletakkan di atas katil beroda dan ditolak masuk ke wad pembedahan.
Asy mencari surau di dalam hospital itu. Dirinya perlu ditenangkan. Langkah mula diatur ke bilik yang mempunyai tag kecil iaitu surau lelaki. Paip dibuka dan wudhu' diambil.
Sungguh dirinya berasa tenang yang amat. Solat sunat hajat mula didirikan. Selesai memberi salam, satu doa yang agak panjang dipanjatkan. Kemudian, doa tersebut diaminkan.
Kelihatan sebuah rak kecil berdekatan dinding yang menempatkan Al-quran, Al-ma'thurat, Yasin dan sebagainya.
Yasin dicapai. Asy duduk bersandar pada dinding. Yasin dibuka.
“Bismillahirrahmanirrahim.. Yasin..” Asy membaca yasin hingga ayat terakhir.
Yasin dicium sebanyak tiga kali sebelum disimpan kembali di rak. Asy melangkah keluar dari surau tersebut. Kasut dipakai kemudian langkahnya diatur menuju ke bilik pembedahan.
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AzioneIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...