Asy memandang Riz sayu. Hatinya sempat berdoa agar Allah Yang Maha Esa menyalurkan kekuatanNya kepada Riz.
"Riz! Jom tengok papa kau!" Riz menurut. Tiada satu pun air matanya jatuh ketika itu. Itulah janjinya. Walau apa pun dugaan yang menimpa, dia harus kuat.
"Papa! Inshaallah Riz akan tunaikan permintaan papa. Tapi Riz takut papa. Riz takut Riz tak ikhlas papa!" Riz tersenyum hambar. Asy hanya mendegar apa yang diucapkan oleh Riz. Hatinya turut tertanya-tanya permintaan apa yang Dato' Iskandar pinta.
**********
Sudah seminggu pemergian Dato' Iskandar. Sepi terasa di hati. Kenangan-kenangan manisnya bersama Dato' Iskandar mula bermain di minda.
Lempias hujan yang menitik pada cermin sliding doornya persis hatinya yang dirundung sayu. Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi laungan namanya yang biasa disebut oleh papanya, pergaduhan kecil antara mereka serta segala bunyi yang pernah didengari bagai lenyap tanpa khabar berita.
Guruh mula memancar di langit. Kilat yang sabung menyabung juga terdengar kuat sekali. Riz menyorokkan badannya ke dalam selimut. Tangisan kecil didengari.
"Papa! Papa! Riz takut papa!" Ucapnya dalam esakan. Jika dahulu, pastinya dia akan berada di samping papanya ketika cuaca sebegini berlaku. Namum sekarang kosong.
Dia terdengar seperti seseorang memasuki rumahnya. Dia membuka selimut yang menutupi seluruh badannya.
"Masyaallah! Gelapnya! Ya Allah! Aku takut! Tolong aku Ya Allah!" Riz seperti kanak-kanak yang mahukan aiskrim.
Setapak demi setapak tapak kaki orang sedang berjalan kedengaran di luar pintu biliknya. Riz semakim gerun. Perlahan-lahan dia menuruni katilnya dan mencari alat untuk dijadikan senjata. Hah! Jumpa! Sebatang penyapu diambil dan dia duduk di sebelah pintu. Senang untuk mengetuk terus penjahat yang cuba masuk ke dalam biliknya.
Pintu biliknya dibuka seseorang secara perlahan. 1 saat... 2 saat... 3 saat..
'Pap! Pap! Pap! Pap!' Riz mengetuk sekuat hati orang tersebut.
"Aduh! Sakitnya!" Orang tersebut mengaduh kesakitan. Untung dia sempat mengelak dan pemyapu tersebut terkena pada dada bidangnya.
"Asy?"
"Ya ni aku. Kau pahal main penyapu ni!" Marah Asy. Kedengaran petir sabung-menyabung dengan begitu kuat sekali di luar rumah. Spontan penyapu dilepaskan dan badan Asy dipeluk Riz. Asy terkedu.
"Asy!! Tolong aku Asy!! Jangan tinggal aku! Aku takut!! Aku tak kuat Asy!! Aku rindu papa!!!!" Riz menangis sekuat hati. Baju Asy sudah basah dengan air mata Riz.
"Dah! Dah! Takde ape la! Rumah kau ni terputus bekalan elektrik je. Kebetulan aku lalu. Aku singgah la kejap. Pastu aku masuk sebab nak tengok ada orang ke tak. Jangan risau la. Aku akan jaga kau punya! Aku kan bodyguard kau!" Kata Asy memujuk.
"Aku takut petir Asy!" Riz masih teresak-esak.
"Sekarang! Kau ikut aku! Kita hidupkan balik bekalan elektrik yang terputus tu." Riz memcapai tudungnya dan setia memegang baju Asy daripada belakang. Asy hanya ketawa kecil.
"Dah kenapa gelak!! Lawak sangat ke?!!" Marah Riz. Bahu Asy dipukul kuat.
"Macam budak-budak!" Komen Asy selamba. Tepukan Riz pada bahunya langsung. tidak terasa.
"Bla la kau!" Riz melepaskan tangannya yang setia memegang baju Asy.
"Riz! Jangan main main Riz! Bahaya ni! Rumah kau dah la banyak tangga. Gelap! Nanti jadi apa-apa aku jugak yang susah!" Kata Asy. Riz hanya diam membisu. Hakikatnya, Riz masih di belakang Asy. Suis besar dicari. Beberapa saat sahaja rumah tersebut mula diterangi cahaya lampu. Asy memusingkan badannya ke belakang.
"Allah!" Asy terkejut melihat Riz. Riz hanya tergelak!
"Ingat lawak ke?!! Dah la masa-masa macam ni! Kau sakit!!! Aku jugak susah!!" Marah Asy.
Riz menunduk. Asy kemudiannya berlalu ke sofa.
"Hey!" Panggil Asy lembut.
"Apa?" Riz masih menunduk tanpa memandang Asy.
"Duduk depan aku jap!" Kata Asy. Riz menurut.
"Kau ok ke? Maksud aku, kalau ada masalah share la." Kata Asy
"Aku takde masalah tapi..." Riz mengeluh kuat.
"Ha! Cakapla! Apa?" Gesa Asy.
"Papa aku... papa aku mintak.."
Kedengaran lagu perfect berkumandang dari telefon milik Asy. Taliam diangkat.
"Hello Assalamualaikum!"
"Seriously? Cepatnya!!!"
"Baik-baik! Kami akan ke sana sekarang juga!"
Perbualan Asy terbantut akibat telefon bimbit Asy yang mengganggunya.
"Wey! Sekarang ni kita kena pergi balai! Anak buah aku dah jumpa dah orang yang bunuh papa kau tu." Kata Asy serius.
"Tapi.."
"Cerita tu sambung lain kali. Yang penting sekarang ni, kita kena pergi balai. Jom! Kau mesti nak tau kan apa motif dia bunuh papa kau!" Kata Asy. Riz mengangguk lemah.
Jangan Lupa Vote and Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...