Bab 5

5.3K 358 2
                                    

Asy berdehem. “Okay! Jom!” Asy bangun dari duduknya. Syafiq meletakkan tangannya pada bahu kanan Asy dan berbisik sesuatu di telinganya. Asy membulatkan matanya. Sudahnya, dia terus menarik tangan Riz dan beredar dari situ.

“Kau ni dah kenapa tarik tangan aku. Aku boleh jalan sendiri la. Tak payah la nak heret bagai.” Riz merentap tangannya. Dia menggosok-gosok pergelangan tangannya. Asy menarik senyuman sinis.

“Explain!” Asy bersuara tegas.

“Explain apa? Aku bukannya tengah belajar nak explaim bagai!” Riz geram.

“Explain!” Ulang Asy. Kali ini dengan nada suara yang sudah naik seoktaf.

“Okay! Okay! Aku terpaksa buat kau macam tu.” Terang Riz.

“Why?” Asy mengerutkan dahinya.

“Sebab dia suka aku dan seumur hidup aku, aku tak pernah suka lelaki.” Riz menunduk.

“Then, asal kau tak bagitau je dia?” Suara Asy naik seoktaf lagi.

“Banyak kali dah aku bagitau tapi dia tak nak dengar. Sebab tu..”

“Sebab tu kau terpaksa guna aku untuk jadikan bahan penipuan kau kan?” Nada suaranya sudah dilembutkan kembali. Asy menarik nafas sedalam-dalamnya. “I don't know what to say anymore! Ambil kunci kereta ni dan balik.” Asy meletakkan kunci keretanya ke dalam tangan Riz.

“Tapi nanti kau..” belum sempat dia habis bersuara Asy sudah jauh meninggalkannya.
‘Asy nak pergi mana ek?’ detik hati Riz.

Kereta diparkirkan di garaj. Riz keluar dari kereta tersebut dan terus menuju ke biliknya. Badan dihempaskan di atas katil. Kepalanya berserabut!

“Kenapa Asy marah gila bila aku buat macam tu ek? Bukan selama ni dia jenis selamba ke?Bodyguard jenis apa la dia ni? Bukan jaga aku pun tapi selalu tinggal aku.” Luah Riz.

“Dah la. Malas aku nak layan mamat tu. Baik aku tengok movie. Hilang stres!” sambungnya lagi dan terus mengambil laptopnya dia atas meja belajar.

***********

Hari ni sudah masuk hari ketiga Asy tak bercakap dengan Riz. Kalau bercakap pun, bila ada perkara penting sahaja. Segala ilmu sakat Riz sudah takde kesan pada Asy.

“Kau ni termenung je aku tengok. Ingat awek eh!” Riz cuba menghidupkan suasana namun Asy hanya diam dan fokus terhadap pemanduannya. Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu sudah berada di dalam perkarangan universiti Riz.

Riz mengeluh kecil. “Aku tau aku salah tapi tak payah la sampai tak nak cakap dengan aku. Aku minta maaf. Sorry okay! Aku terdesak. Takkan benda macam tu pun kau nak marah. Kalau kau nak macam ni juga, lepas ni kau tak payah hantar aku or ambil aku dah. Aku buat sendiri je.”

Riz terus keluar dari kereta tersebut dan berjalan menuju ke kelasnya. Asy pula terus memecut laju keretanya. Kereta dipandu sehinggalah dia menemui sebuah tasik yang mendamaikan. Dia memberhentikan keretanya berhampiran tasik tersebut. Dia berjalan ke arah tasik tersebut dan duduk di hadapannya.

‘Kenapa aku sensitif sangat bila dengan dia eh?’

‘Kenapa aku susah nak okay dengan dia walaupun 5 minit?’

‘Takkan la sebab aku tak boleh move on dengan bekas tunang aku dulu!’

Pelbagai persoalan bermain mindanya. “Argh!! Asy! Kenapa kau nak fikir pasal kau dengan dia pula. Banyak benda lagi yang kau boleh buat daripada buat benda yang tak berfaedah macam ni.” Dia cuba menenangkan hatinya.

Kereta dipandu menuju ke warung kegemarannya. Dia lepak di situ sambil menikmati sarapan pagi. Maklumla tadi tak sempat nak bersarapan.

“You buat apa dekat sini Asy?” Seorang gadis yang agak menawan dan bertubuh tinggi lampai menegur Asy.

“Berjoget!” Balas Asy sepatah.

“Kelakar la you ni. Haih!”

“Hehe! Tak lawak!” Asy menjeling gadis tersebut.

“You ni! Kenapa you dah lain sekarang? Dulu elok je you layan I tapi sekarang..”

“Tanya diri kau. Kau ingat aku boleh lupa ke apa yang kau buat dekat dia hah? Kau tau tak sebab kau dia jadi tak berapa ceria macam dulu? Dan sebab kau juga dia keluar dari rumah dan sampai sekarang aku tak dapat contact dia.” Asy bangun dan meninggalkan gadis tersebut. Makanan yang dipesan tadi dibiarkan begitu sahaja. Moodnya sudah rosak! Semuanya berpunca dari gadis tersebut.

Apakah yang gadis tersebut mahukan daripada Asy? Siapakah dia yang dimaksudkan Asy?

**********

“Assalamualaikum!” Riz memberi salam setelah masuk ke dalam rumah. Langkah diatur menuju ke bilik.

“Riz!” Langkah dihentikan dan badannya dipusingkan menghadap Dato' Iskandar.

“Yes pa! Anything?”

“Kenapa tak balik dengan Asy?” Riz mengeluh kecil. Soalan senang tapi susah untuk dijawab. Dia mengatur kembali langkahnya.

“Tengku Azira!” Dato' Iskandar memanggilnya kuat tetapi tidak diendahkan. Masuk sahaja di dalam biliknya, terus dia membaling begnya dengan kuat. “Wey!! Kau satu hari tak boleh ke tak serabutkan kepala aku hah?!!! Cakap bodyguard! Bodyguard kena kuat la siot! Baru buat macam tu dah nak beremo bagai. Kau dah kenapa hah?!!! Aku benci kaaauuu!!!” Jeritnya sekuat hati.

Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk. Dengan langkah malasnya, dia membuka pintu bilik. Terjengul wajah papanya di situ

“Any problem? Share it with me!” Dato' Iskandar memujuk anaknya. Bapak mana yang tak risau bila anak balik je terus terjerit-jerit macam orang histeria. Habis bergegar satu rumah!

Riz mengeluh lagi! Senyuman ditarik tetapi hambar! Dato' Iskandar hanya menggeleng.

Weyh!! Rasa cam hambar je cerita ni. Sorry kalau hambar. Btw jangan lupa vote and comment. Sya still new!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now