Bab 16

4.3K 272 5
                                    

“Ya la! Ada je yang tak puas hati dengan kita kan!” Balas Riz.

“Biasa la tu. Akak dulu pun macam tu jugak.”

“Maksud akak?” tanya Riz pelik.

“Dulu, akak ada jatuh cinta dengan seorang lelaki ni. Dia pun sama. Kitaorang dulu bercinta. Macam-macam yang kitaorang buat. Memang bahagia sangat hidup akak masa tu. Tapi ada seorang perempuan ni. Dia suka lelaki tu. Dia jealous bila dapat tau yang kitaorang selalu bersama. Dia buat macam-macam dekat kitaorang sampai la kitaorang terpisah.” Cerita Rai.

“Kesiannya!” memberikan respon. “Siapa lelaki tu akak? Macam mana orangnya?” tanya Riz ingin tahu. Entah kenapa hatinya tiba-tiba berdebar.

“Nama lelaki tu Asyraf Arfan!” Kata Rai. Riz sudah menelan air liurnya. Terasa perit tekaknya.

“Orangnya? Baik, penyayang, sopan, lembut berbicara. Tapi akak yakin yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Sambung Rai lagi. Riz lega. Ciri-ciri lelaki tersebut memang jauh berbeza daripada ciri-ciri Asyraf Irfannya.

Riz melihat jam tangannya. Sudah jam 5:30 petang. Solat asar belum ditunaikan lagi.

“Akak! Saya balik dulu ya. Nanti kita borak lagi.” Riz menyalami Rai sebelum beredar.

**********

“Pergi mana lewat balik? Tau tak kitaorang risau!” Tegas Asyraf Irfan bertanya. 1 jam dia tercegat dihadapan pintu menunggu Riz pulang. Risau benar hatinya apabila mendapati yang Riz masih belum sampai di rumah.

“None of your bussiness!” Balas Riz sinis.

“Jawabla orang tanya ni.” Asy mengeraskan lagi suaranya.

“Pergi taman.” Balas Riz pendek tetapi laju.

“Buat apa?” tanya Asy secara lebih lanjut.

“Perlu ke tau?” tanya Riz sambil memandang Asy sinis.

“Perlu. Perlu sangat!” Asy geram.

“Pergi tenangkan fikiran. Seronok ke pergi makan dengan Elis tadi?” tanya Riz pula.

‘Tadi nak sangat tanya pasal aku kan! Sekarang kau pula yang kena! Padan muka kau!’ Riz bermonolog.

“Why Elis?” tanya Asy pelik. Pelik kerana tiba-tiba nama Elis yang muncul. Padahal, pergaduhan kecil tersebut hanya melibatkan mereka berdua.

“Ya la! Tadi kan bukam main dia ajak kau teman dia makan? Aku tanya la seronok ke tak.” Terang Riz.

“Seronok! Seronok sangat! Kenapa? Jealous?” tanya Asy seperti mengejek.

“Jealous? For what?”

“Jealous la sebab aku makan dengan Elis. Mana la tau kau tiba-tiba jatuh cinta dekat aku! Lepastu kau jealous. Sebab tu la kau tanya pasal aku dengan Elis tadi kan? ” Asy mendekatkan mukanya dengan muka Riz.

Riz terkedu. Tekaan Asy seperti mengena tetapi cuba dinafikan.

‘Kenapa la aku tanya pasal dia dengan Elis tadi! Bodohnya aku! Takkan la aku jealous. Mustahil la kalau aku dah jatuh cinta dengan Asy pula. Aku kan dah janji dengan diri aku yang aku takkan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki!’ Riz membebel sendirian.

Riz memandang Asy seketika sebelum berlalu.

‘Kenapa la aku tanya macam tu dekat dia? Takkan sebab aku suka dia!’ Tiba-tiba Asy tergelak sendiri.

“Dah kenapa gelak sorang-sorang?” Riz mengsound Asy daripada balkoni atas.

Gelakannya terus mati. “Alamak! Dia sound kita pulak! Buat malu je.” Asy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kerana malu, dia mengambil keputusan untuk beredar.

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now