"Kalau tak nak sudah. Duduk la sini sorang-sorang. Saya nak pergi naik atas." Kata Riz lalu beredar menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.
Dia meluru ke arah beranda. Kelihatan kereta sport hitam tersebut mula keluar daripada perkarangan rumah. "Alhamdulillah!" Luah Riz.
'Apa aku nak buat dengan dia eh?' Riz berfikir seketika. Dia menutup berandanya dan berbaring di atas katil. Otaknya masih ligat mencari idea untuk mengenakan bodyguardnya itu.
"Esok aku cuti. Mesti kalau aku nak keluar dia akan teman aku atas arahan papa. Hmm.. Yes! I got it! Tunggu kau Asy."
**********
Riz memakai kasut adidas berwarna putihnya di muka pintu. Kelihatan Asy sudah berdiri di tepi keretanya menunggu Riz.
"Nak pergi mana ni Riz?" tanya Dato' Iskandar. Biasanya pada waktu begini anaknya akan sambung tidur tapi hari ni lain pula.
"Riz nak pergi mall. Beli barang sikit. Riz pergi dulu ya papa. Assalamualaikum." Riz menyalami Dato' Iskandar.
"Waalaikumussalam. Elokla kalau macam tu. Pergi dengan Asy sekali ya." Asy hanya mengangguk dengan arahan Dato' Iskandar.
"Okay papa!" Riz masuk ke dalam kereta Asy. Beberapa saat kemudian, kereta sport hitam mengaum pergi. Dato' Iskandar hanya melihat kereta itu pergi.
"Nak pergi mana ni?" tanya Asy.
"Mall yang paling dekat dengan rumah aku." Balas Riz.
"Okay!" Asy hanya mengikut kata Riz. Setelah menemukan tempat untuk parking, Asy dan Riz terus berjalan masuk ke dalam mall tersebut.
"Asy! Kalau kau nak pergi mana-mana dulu pergi la. Nanti aku call kau bila dah siap." Kata Riz.
"Okay!" Asy terus berjalan menuju ke sebuah restaurant di dalam mall tersebut. Tanpa disedari, Riz mengikutnya dari belakang. Kelihatan Asy memesan makanannya dengan salah seorang pelayan restaurant tersebut.
"Dik! Kejap!" Riz menuliskan sesuatu pada sticky notenya. "Adik, nanti letak garam sikit tau dalam minuman dengan makanan dia tu. Jangan cakap akak yang suruh. Lepastu bagi sticky note ni sekali."
"Tapi kak nanti kalau dia marah saya macam mana?" Tanya budak tersebut yang jelas kelihatan risau.
"Jangan risau. Dia takkan marah punya." Balas Riz penuh yakin. Budak tersebut hanya mengangguk.
Riz segera keluar dari mall tersebut dan mendapatkan sebuah teksi. Dia terus ke pantai untuk menenangkan mindanya. Di situ jugalah tempat dia melepaskan rindu pada mamanya. Setiap kali pergi ke situ, dia pasti akan teringat semua kenangannya bersama arwah mamanya dulu.
'Mama! Riz rindu mama!'
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya pesanan yang dibuat tiba. "Encik! Ni ada orang bagi." Kata budak tersebut lalu memberi sehelai sticky note berwarna biru yang tertulis 'Enjoy your food'.
"Terima kasih dik!" Budak tersebut terus berlalu pergi. Asy hanya tersenyum. Dahinya berkerut ketika makan suapan yang pertama. Suapan yang kedua pun begitu juga.
"Kenapa masin ni?" Asy terus memandang sticky note tersebut. "Enjoy your food?" Dahinya berkerut. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
Flashback
"Saya nak suruh kamu jadi bodyguard dia kerana bersebab." Kata Dato' Iskandar. Dia mengeluh kecil.
"Apa sebabnya Dato'?" tanya Asy ingin tahu.
"Kalau kamu nak tau, Riz tu nampak saja perempuan tapi perangai dia Ya Allah! Mengalahkan lelaki. Setiap hari ada saja benda bodoh yang dibuat. Haritu dia belasah kawan lelaki dia sampai masuk hospital. Uncle pun tak tau la macam mana boleh jadi macam tu. Sebab tu la uncle nak suruh kamu tolong tengok-tengokkan dia." Asy hanya mengangguk.
End of flashback.
'Patutla! Terkena rupanya! Siap kau Riz!' Asy membayar makannya di kaunter. Dia menelefon Riz berkali-kali namun gagal. Asy terus memandu keretanya menuju ke rmah Dato' Iskandar.
"Ada apa ni Asy?" tanya Dato' Iskandar.
"Riz ada?"
"Bukan tadi dia dengan kamu ke?" tanya Dato' Iskandar pelik. Asy menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Nak cerita ke tak nak? Nak cerita ke tak nak? Argh!! Cerita je la!'
Asy menceritakan peristiwa tadi dari A-Z. Dato' Iskandar terkejut dan hanya mampu mengucap panjang. Sekejap-sekejap dia menggeleng.
"Takpe. Kita tunggu sampai dia balik." Putus Dato' Iskandar.
Riz keluar dari perut teksi. "Alamak! Asy ada? Takkan dia bagitau papa aku kot!" Riz menggigit jarinya. "Biarla! Bukannya aku takut pun. Setakat kena marah je no hal la!" Sambungnya lalu masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum!" Serentak Asy dan Dato' Iskandar memandang ke arah pintu. Riz menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
"Apa senyum-senyum?" tanya Dato' Iskandar serious.
"Senyum pun salah ke papa?"
"Apa yang Riz buat pada Asy?" tanya Dato' Iskandar sekali lagi. Matanya merenung tajam puteri tunggalnya itu.
"Mana ada Riz buat apa-apa." Riz berpura-pura tidak tahu. Matanya memandang Asy tajam manakala Asy menarik senyuman sinis. Asy kemudiannya mengeluarkan sehelai sticky note yang didapatinya tadi. Riz menunduk.
"Apa yang Riz dah buat? Explain!" tanya Dato' Iskandar sekali lagi. Nada suaranya juga sudah dilembutkan kembali. Keluhan kecil dilepaskan.
"Garam je pun bukannya racun!" Balas Riz geram sambil menjegilkan kedua-dua biji matanya kepada Asy ketika menyebut racun.
"Ya Allah! Budak ni! Kalau buat dekat budak kecik pun dia tak makan sebab rasa tu dah berubah. Lain kali cuba fikir dulu sebelum buat. Tak ke membazir makanan orang kalau buat macam tu." Dato' Iskandar membebel dan dalam pada masa yang sama dia turut menasihati puteri tunggalnya itu.
Jangan lupa vote or comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...