“Cepat la siap!! Adoo mak cik ni! Lambat betul! Nanti jalan jem!” Laung Asy dari bawah.
“Kejap la!! Dah siap dah ni! Tak boleh sabar betul! Lain kali pergi sendiri! Tak payah ajak orang!” Bebel Riz ketika menuruni tangga. Dah ada rumah sendiri bolehla nak jerit-jerit macam ni. Kalau rumah mak bapak dia confirm kena ketuk sorang-sorang!
Riz mencapai handbagnya yang terletak di atas sebuah meja kaca di tengah sofa dan terus keluar dari rumah. Asy menurut.
“Aloo!! Shayang merajuk ke? Jangan la merajuk!” Pujuk Asy. Riz memekakkan telinga. Pintu kereta di bahagian sebelah pemandu dibuka. Setelah meloloskan dirinya, dia terus menutup kuat pintu kereta tersebut.
‘Dum!’
“Amboi! Memgamuk sakan nampak!” Ucap Asy spontan. Dia turut meloloskan dirinya ke dalam kereta dan mengambil tempat di bahagian pemandu. Nak harap Riz bawak kereta? Masuk longkang dulu baru sampai!
Enjin kereta dihidupkan Dan kereta segera dipandu.
“Abang! Ingat tak hari ni hari apa?” tanya Riz.
“Hari ni hari Jumaat la sayang! Sebab tu abang bawa sayang jalan-jalan beli barang.” Jawab Asy.
“Emm! Betul la!” Balas Riz. Kepala ditundukkan dan wajah mula kesedihan.
“Heysh! Kenapa monyok ni? Tak suka keluar ngan abang ke?” Asy bertanya dalam nada merajuk.
“Haih! Merajuk ke?” tanya Riz pula. Kepala sudah didongakkan memandang Asy. Asy diam!
“Tak payah la nak buat muka merajuk sangat! Buruk benor muka nao!” Balas Riz. Saja nak pancing suaminya.
Asy menjelingnya tajam. Tak tajam mana pun. Sederhana gituww!!
“Hello! Suami you handsome ok! Limited edition. Orang lain pun tak dapat tau!” Balas Asy.
“Ha! Nampak sangat acah. Blweekk!! Malas layan!” Balas Riz pula sambil menjelirkan lidahnya.
“Kita nak pergi mana?” Tanya Riz.
“Tadi kata tak nak layan. Kenapa tanya jugak?” Bidas Asy. Saja nak sakitkan hati Riz. Riz tarik muka. Kalau Riz boleh kenakan dia, kenapa dia tak boleh kenakan Riz? Ha! Baru fair and square!
“Tak baik tau tarik muka dengan suami!” Kata Asy selamba.
“Okay! Orang tak buat dah! Orang minta maaf.” Ucap Riz.
“Perlu ke maafkan ek?” Asy menggosok dagunya manakala tangan sebelah lagi mengawal stereng kereta. Saja nak main tarik tali dengan Riz.
“Ala.. kan orang dah minta maaf. Maafkan je la.” Pujuk Riz.
“Suka hati abang la nak maafkan ke tak!” Balas Asy sambil membuat muka annoyingnya.
“Ala.. maafkan la..” Pujuk Riz lagi.
“Ya la! Ya la! Abang maafkan!” Kata Asy.
“Betul ke abang tak ingat hari ni hari apa?” tanya Riz.
“Oh, lupa pula! Hari ni hari ibu dengan kembar abang nak datang rumah kita la. Untung sayang ingatkan. Terima kasih sayang!” Kata Asy.
‘Memang orang tak ingat birthday aku kot!’ Desis hati Riz sedih. Matanya fokus terhadap jalan. Tiada lagi perbualan antara mereka dan juga Asy. Masing-masing hanya diam membisu. Asy tahu apa yang bermain di benak kepala isterinya namun dia hanya membiarkannya. Pujuk? Nanti-nanti la.
Kereta sudah diparkir di tempat yang sesuai. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan ke mall tersebut.
“Nak beli apa?” Tanya Asy. Mata Riz tertarik pada sebuah anak patung beruang Yang berwarna coklat putih. Terus tangan Asy ditarik ke bahagaian tersebut.
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AksiIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...