Setelah beberapa minit, akhirnya mereka tiba di sebuah balai polis yang telah menemui pembunuh Dato' Iskandar.
“Assalamualaikum Tuan!” Asy memberi salam sambil mengangkat tangan pada dahi tanda hormat.
“Waalaikumussalam!” Balas pegawai polis tersebut.
“Jadi macam mana dengan kes Dato' Iskandar tu Tuan?” tanya Asy ingin tahu.
“Jom kita bincang dekat dalam bilik saya!” Asy hanya menurut. Kelihatan sebuah pintj yang cantik terukir dengan nama Ariff. Pintu tersebut dibuka lalu Ariff terus menapak ke dalam diikuti Asy dan Riz.
“Duduk la dulu!” Jemput Ariff.
“Terima kasih Tuan!” ucap Asy.
“Tak payah nak Tuan Tuan sangat la. Panggil je Ariff. Saya pun tak suka formal sangat. Lagipun, kita sekarang berada dalam bilik saya. Jadi, panggilan macam tu je pun takpe!” Kata Ariff. Ariff berjalan ke arah sebuah rak yang mempunyai banyak fail. Kemudian, dia menarik fail yang paling bawah dan yang paling terakhir. Dia kemudiannya berjalan semula ke arah sofa dan duduk bertentangan dengan Asy dan Riz.
“So now kita akan discuss about your kes.” Kata Ariff sambil memandang Riz. Riz hanya mengangguk.
“Berdasarkan penyiasatan yang saya dan anggota yang lain telah lakukan , kami mendapati bahawa Allayarham Dato' Iskandar dibunuh kerana kes rasuah. Seorang lelaki bernama Edzril atau dikenali sebagai Ed telah merasuah ayah cik kerana menginginkan ekonomi syarikatnya meningkat. Oleh kerana syarikat allayarham paling berkuasa dari segi ekonomi maka Ed bersepakat dengan ahli syarikatnya yang lain untuk merasuah allayarham.” Asy dan Riz terlalu fokus dengan maklumat yang diberitahu oleh Tuan Ariff.
“Namum, allayarham tidak menerima rasuah kerana beliau tahu perkara tersebut adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ed dan ahli syarikatnya yang terlibat telah bersepakat untuk memerhatikan gerak geri Dato' Iskandar. Dengan dendam yang mendalam terhadap perkara tersebut, Ed memutuskan untuk membunuh allayarham kerana Ed yakin bahawa dia akan lebih berkuasa dari segi ekonomi syarikat. Ed mendapat maklumat bahawa Cik Riz akan pergi belajar mengaji dengan seorang wanita yang bernama Haiza setiap pagi pada hujung minggu. Jadi, Ed menggunakan peluang tersebut untuk membunuh allayarham. Gambar dan maklumat tentang Ed serta ahli anggotanya yang terlibat telah kami kumpulkan dalam fail biru ini.” Kata Ariff sebelum menyerahkan sebuah fail berwarna biru kepada Riz.
Riz mengambil fail tersebut dan menyelak satu persatu helaian kertas yang ada dalam fail tersebut. Hatinya terluka saat melihat sebuah gambar. Gugur air matanya.
“Kenapa dengan dia? Kau kenal ke?” tanya Asy.
“Kenal! Kenal sangat! Dia ayah kawan baik aku Asy! Sampai hati ayah dia buat macam ni dekat papa aku! Ya Allah!” Riz menahan tangisan dan mengelap air matanya.
“Sabar Riz! Ini semua ujian Allah!” Kata Asy. Riz mengangguk dan bangun. Begitu juga Asy. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berdua terus keluar dari bilik dan secara langsung keluar dari balai polis tersebut.
Asy memandu dengan tenang. Riz masih termenung memikirkan kata-kata Tuan Ariff.
“Rasuah!” Terpacul perkataan tersebut secara tiba-tiba daripada mulut Riz.
“Kenapa?” tanya Asy prihatin. Riz hanya menggeleng.
“Ala! Kalau ada benda nak bagitau tu bagitau je la terus.” Pujuk Asy lagi. Riz tiba-tiba teringat kembali tentang permintaan arwah papanya.
“Sebenarnya...”
‘Pap!!!’
“Adoi! Sakitnya kepala aku! Kau ni dah pahal ha?!! Tekan brek tiba-tiba!!” Marah Riz.
“Diam!! Cuba kau tengok orang yang keluar dari kereta tu sape.” Arah Asy. Riz mengalihkan pandangannya kepada seorang lelaki yang sebaya bapanya.
“Edzril?” Riz mula panik.
“Buat apa orang tua tak guna ni datang sini? Nak minta maaf? Sorry la! Neraka kirim salam awal-awal!!!” Kata Riz sinis.
“Jom turun!” Ajak Asy.
“Kau buat lawak apa ni wey? Tak kelakar tho!” Kata Riz.
“Turun je la!” Kata Asy lagi.
“Tak nak! Takut aku! Nanti tak pasal-pasal kena bunuh macam bapak aku. Dah la amal aku tak banyak lagi. Syurga ke neraka la aku nanti kan.” Kata Riz selamba. Eh! Sempat lagi fikir pasal akhirat?
“Dah tau amal tak banyak turun je la. Nanti lagi la kau dalam bahaya!” Marah Asy.
“Okay!! Fine!!” Riz menjegilkan matanya sebelum keluar dari perut kereta.
Asy menghampiri Ed.
“Kau nak apa datang sini?” tanya Asy. Riz masih menunggu di tepi pintu kereta. Utamakan keselamatan!
“Sorry la budak. Aku tak nak cakap dengan kau. Aku nak cakap dengan budak yang boleh tahan lawa jugak tu.” Ed mengarahkan jari telunjuknya kepada Riz.
“Woi!” Panggil Asy. Riz tidak memandang.
“Woi! Sini la!” Panggil Asy lagi
“Eh! Kau panggil aku eh?” tanya Riz.
“Tak! Panggil setan sebelah kau.” Balas Asy geram.
“Ok!” Balas Riz pula.
“Sini la woi!” Panggil Asy sedikit kuat. Riz mula berjalan menghampiri Ed dan Asy.
“Apa?” tanya Riz. Asy menunjukkan jari telunjuknya pada Ed.
“Nak apa?” tanya Riz lagi.
“Jadi kau la Tengku Azira anak Dato' Iskandar tu kan?” tanya Ed.
“Riz!”
“What?” tanya Ed.
“Panggil aku Riz! Tu pun susah nak faham ke? Rasuah orang faham pulak!” Fuhh!! Pedas sindiran yang diberikan oleh Riz.
“Kau nak apa datang sini?” tanya Riz kasar.
“Biar aku cerita je la ea!” Kata Ed.
“Sebelum Dato' Is.. ops!!!” Ed menutup mulutnya seketika.
“ARWAH! Dato' Iskandar meninggal, dia ada wasiatkam syarikat dia pada kau. Memandangkan pemilik syarikat tu kau, jadi aku nak kau sign surat ni supaya aku dapat kembangkan syarikat aku. Maksud aku syarikat kita.” Kata Ed. Riz sudah panas telinga mendengar penerangam tersebut.
Jangan Lupa Vote and Comment!
Hye you all! Sorry sangat² sebab Yin dah lama tak update story ni sebab too busy la guys. Dengan kes pelajarnya susah nak handle, hw lagi. So, if kurang best ke apa ke sorry la ek! Yin dah cuba yang terbaik dah nak update story ni. Ok tu je. Bai 👋
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AcciónIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...