"Lawak ke Asy?" tanya Riz serious. Jantungnya sudah berdegup pantas.
"I'm serious!" Kata Asy tegas.
Bunyi handphone mengganggu ingatannya terhadap kejadian tersebut.
Telefon dicapai. Tertera di skrin telefonnya mesej daripada Asy.
So how?
8:00 p.m.👀I dn't think about that yet. Please give me two days more ok?
8:01 p.m.👀Ok then!
8:01p.m.👀"Huh!" Riz mengeluh.
Tidak dapat dinafikan bahawa memang susah untuk memilih walaupun jawapannya hanyalah ya dan juga tidak. Dia mengemaskan tempat tidurnya. Posis badan yang mengiring ke sebelah kiri diubah ke sebelah kanan. Mata ditutup dan beberapa saat sahaja dia sudah sampai di alam mimpi.
Riz sedang enak menjilat aiskrim di sebuah bangku. Tiba-tiba dia merasakan silau dari arah hadapan. Kepalanya didongakkan ke atas sedikit.
"Ibu!" terpacul perkataan tersebut di bibirnya. Terus kepalanya lurus 90 darjah jika tadi kepalanya tertunduk sedikit ketika manikmati aiskrim.
Perlahan-lahan ibunya berjalan menghampirinya lantas melabuhkan punggung di sisinya. Automatik kepala Riz dilentokkan pada bahu ibunya. Ibunya membelai lembut kepalanya.
"Riz rindu ibu!" Luah Riz. Ya! Sejunurnya dia amat merindui ibunya. Sudah sekian lama dia tidak menatap wajah insan yang melahirkannya dahulu.
"Ibu tau sayang!"
"Ibu! Kenapa teramat susah untuk buat pilihan?" tanya Riz.
"Buat pilihan tak susah Riz! Yang susahnya hati kita. Ego tak nak terima." balas ibunya lembut. Riz diam.
"Terima lah Asy Riz. Dia dah banyak bantu Riz. Dia rela susahkan hidup dia semata-mata untuk jaga Riz. Dia sentiasa ada dikala Riz susah mahupun senang. Terima lah dia nak!" Ucap ibu Riz.
"Tapi ibu.." Belum sempat Riz menghabiskan kata-katanya, ibunya telah hilang dalam sekelip mata. Automatik kepala yang dilentokkan tadi terjatuh.
"Adoi! Sakitnya kepala aku!" Riz mengaduh kesakitan apabila kepalanya terhantuk pada lantai.
"Macam mana la aku boleh terjatuh. Tak guna punya katil!" sambungnya. Terus dia teringatkan mimpi dia bertemu ibunya dan kerana itu jua lah penyebab dia jatuh dan kepalanya terhantuk pada lantai.
'Terima Asy? Layakkah aku digandingkan dengannya?' hati Riz tertanya-tanya.
Dia segera mengambil wudhu' dan melakukan qiamullail. Setelah itu, dia menyambung tidur kembali.
Penggera telefon berbunyi menandakan sudah pukul 5:30 pagi. Riz bangun. Sejurus itu, tuala diambil dan dirinya dibawa masuk ke dalam bilik air. Seperti biasa Riz akan menunaikan solat subuh dan terus memasak sarapan. Kalau dahulu, arwah papanya yang akan memasak untuknya. Namun, sekarang tidak lagi.
Kenangan demi kenangan menerjah kotak ingatannya. Tanpa sedar, sebutir mutiara jatuh satu persatu. Dia bersandar pada kerusi dan menatap masakannya yang telah siap iaitu nasi goreng tomyam. Itu juga merupakan makanan kegemaran arwah papanya.
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...