Bab 10

4.7K 317 9
                                    

“Dik! Kalau ya pun geram dengan boyfriend, janganla sampai lunyai sayur mak cik tu kamu kerjakan!” Kata mak cik penjual sayur itu.

“Ha? Eh! Sorry mak cik! Sorry! Tak sengaja! Nah mak cik! Duit ganti rugi sayur mak cik ni!” Riz menghulurkan sedikit wang kepada mak cik itu.

“Takpe la nak! Kamu bukan sengaja pun.” Balas mak cik itu.

“Betul ni mak cik?” Tanya Riz meminta kepastian. Mak cik tersebut mengangguk.

“Terima kasih mak cik!” sambung Riz. Dia mula menjejaki Asy. Bahan yang perlu dibeli? Settle nanti la! Mata Riz melilau mencari susuk tubuh seseorang. Yes! Got you!

“Woi!” Riz menepuk bahu lelaki itu. Lelaki itu tersentak ketika melihat wajah Riz. ‘Abang!! Tolong adik bang!! Apa adik nak jawab ni!’ desis hati lelaki tersebut.

“Demam konon! Habis, ni apa? Roh kau?” Sinis Riz.

“Kau sape? Aku tak kenal kau la!” Asyraf Irfan terpaksa berlakon.

“Eh! Tak payah la sampai tak kenal majikan sendiri! Kalau ya pun nak keluar dengan girlfriend tak payah la cipta alasan yang kau demam la itu la ini la.” Bentak Riz. Riz mengeluarkan phonenya.

“Kau nak buat apa ni?” tanya Asyraf Irfan yang sudah mula gelabah.

“Aku nak snap gambar kau. Aku nak tunjuk dekat papa aku about his beloved person!” Riz segera mengsnap gambar Asyraf Irfan.

Dia masuk semula ke dalam mall dan membereskan bahan yang perlu dibeli tadi. Setelah itu, dia pulang ke rumah.

**********

Tok! Tok! Tok!

Aysraf Irfan mengetuk pintu rumah bondanya beberapa kali dengan kuat. Nak pecah dek pintu rumah dibuatnya. Pintu terbuka. Tertancap wajah Asy yang kemerahan dek demam dan marah dengan perbuatan Asyraf Irfan.

“Tau la kau ni kaya. Tak payah la sampai nak ketuk pintu rumah sampai nak tercabut macam ni.” Bebel Asy.

“Dah! Dah! Adik ada benda nak cerita. Asyraf Irfan menolak abangnya masuk sehinggalah abangnya itu terduduk disofa.

“Dah kenapa tolak abang ni? Eiii!! Menyampah la aku kau ni!” Marah Asy.

“Shhh!!!!” Asyraf Irfan meletakkan jari telunjuk di bibir tanda menyuruh abngnya diam.

“Apa? Kau ingat aku ni budak 6 tahun ke nak diajar macam mana cara nak senyap!” Asy membuat muka tanpa perasaannya. Asyraf Irfan tidak melayani abngnya itu. Asy kembali membebel. Tiba-tiba...

“Hoi! Hahehi?” Mulut Asy dipenuhi keropok.

“Kau tu senyap sikit boleh? Aku ada benda nak cerita ni kan! Senyap la woi! Senyap! S.E.N.Y.A.P. senyap! Faham?” Asyraf Irfan bengang dengan kerenah abangnya. Asal demam je mula la perangai manja dia tu datang. Menyampah betul! Tak padan dengan abang!

“Korang ni dah kenapa? Asyik gaduh je dari tadi?” Ibu mereka menarik kedua-dua telinga kembar tersebut sehingga merah.

“Aduh! Ala bonda ni! Abang ni ha yang tak nak dengar adik nak cakap apa. Kenapa tarik telinga adik pula?” Asyraf Irfan memberontak.

“Dia ni ha ibu! Tiba-tiba sumbat keropok dalam mulut abang tu dah kenapa? Kalau mati tercekik tadi macam mana?” Asy membalas.

“Dah dia tak nak dengar adik cakap. Adik sumbat la keropok tu dalam mulut dia. Takdenya nak tercekik bagai. Kata bodyguard. Kalau tercekik tu bukan bodyguard namanya. Guard depan sekolah tu ada la.” Asyraf Irfan menjelirkan lidahnya. Ibu kembar hanya menggelengkan kepala.

“Eii!! Malas la aku layan kau ni!” Asy menjeling adiknya.

“Pasal Riz!” Asyraf Irfan menyandarkan badannya pada kusyen.

“Kenapa dengan dia?” tanya Asy dengan muka separuh ke kanan dan matanya ke kiri. Kening kiri dijongketkan dan mulut pula diherotkan ke kanan. Sinis betul la muka mamat ni!

“Kau rasa?” tanya adik kembarnya.

“Cerita je la. Aku bukannya ahli nujum pak belalang nak main teka-teka macam ni!” Asy bengang. Bila dia yang bertanya, eh! Dia pula yang ditanya. Apa kes ni wey? Ibunya sudah berlalu ke dapur.

“Tadi, si Riz tu nampak aku!” Asyraf Irfan bercerita dengan penuh semangat.

“So?”

Bengap! Tak ingat ke kau tu demam. Bagitau ayah dia tadi. Lepastu ayah dia bagitau dia. Dia tahu la!” Asyraf Irfan sudah separuh membebel.

“Hah?” Asy blur.

Pap!

Bantal kecil sofa mengenai muka Asy.

“Dah kenapa baling-baling bantal ni wey?” Asy membalas perbuatan adiknya dengan melakukan perkara yang sama. Sorry! Asyraf Irfan pemain handal bola keranjang okay! Dengan tangkas Asyraf Irfan menangkap bantal kecil tersebut lalu diselitkan di bawah pehanya.

Listen! Kau demam! Dia jumpa aku! Dia marah aku sebab cakap kau tipu dia sebab nak keluar dengan girlfriend and pura-pura demam. Dia snap gambar aku hantar dekat Dato' Is. Kau rasa?”

“Rasa eh! Hmm..” Asy berfikir sejenak.

“Rasa kelakar la. Apa lagi! Bhahaha!” Asy tergelak kuat.

“Apa yang gelak kuat sangat tu? Demam dah kebas ke?” Nah kau! Kena sound dengan ibu dari dapur terus senyap. Kini, giliran adiknya pula ketawa. Merah padam mukanya kerana terlalu banyak ketawa.

“Malas la aku layan kau ni!” Kata Asy seraya bangun dari tempat duduknya. Langkah diatur menuju ke biliknya.

“Kau dah lupa ke woi yang Dato' Is tu kenal kau!” Laung Asy kuat dari dalam bilik.

“Ya tak ya jugak. Apesal la aku bengap sangat!” Asyraf Irfan mengetuk kepalanya sendiri.

**********

Riz keluar dari keretanya dan berlari masuk ke dalam rumah.

“Papa! Papa! Papa! Papa!” panggil Riz kuat.

“Ni kenapa ni panggil papa kuat-kuat macam nak pecah rumah ni?” tanya Dato' Is.

“Papa! Cuba tengok ni!” Riz menunjukkan Asyraf Irfan yang disnapnya tadi.

“Kenapa dengan gambar ni?” tanya Dato' Iskandar pelik.

“Ala papa ni! Takkan dah lupa! Asy kan demam hari ni!” Riz mengingatkan kembali papanya.

“Ya tak ya jugak. Ish! Tak mungkin la! Maybe orang ni muka sama dengan dia kot. Tadi baru saja dia skype dengan papa!” Kata Dato' Is.

“Skype?” Dato' Is mangangguk.

“Ibu dia pun ada sekali tau!” sambung Dato' Is.

“Habis? Tadi tu..” Ris tercengang memikirkan perkara tadi.

“Tu orang lain tu. Muka sama macam dia je tu. Kan dalam dunia ni ada 7 orang muka yang sama macam kita. Riz tak tau ke?” Kata Dato' Is lagi. Riz hanya menggeleng.

‘Muka sama? 7 orang? Aku salah orang ke ni? Malunya!!’ Riz mula memikir tentang perkara tadi.

Hye readers! Thanks sbb support story Yin. Love u damn much! Dato' Iskandar tu Yin pendekkan jadi Dato' Is. Asyraf Irfan pulak Yin cadang nak pendekkan jadi Irfan je. Boleh? Kalau boleh, comment okay!

Jangan lupa vote and comment!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now