Bab 12

4.3K 298 1
                                    

“Hujan ni! Jom la balik! Lain kali je la!” balas Asy.

“Cakap je la sekarang. Hujan pun takpe.” Kata Riz.

“Nanti kalau kau demam ke sakit ke apa aku nak jawab dengan papa kau?” marah Asy. Eh! Boleh pula dia suruh cakap je walaupun dah tau hari nak hujan. Riz! Riz! Banyak songeh betul!

“Ish! Cakap je la! Aku ni bukan senang nak jatuh sakit pun. Setakat hujan ni apa la sangat.” Riz masih dengan keputusannya.

One condition!” Asy mengangkat satu jari telunjuknya.

What?

You can't talk until I finish talking!

Deal!” sahut Riz.

“Aku sebenarnya dah lama nak cakap benda ni kat kau. Aku nak tegur kau sesuatu. Boleh tak kau jadi macam perempuan lain. Ubah sikit perangai kau. Aku tegur ni pun sebagai kawan kau! Penjaga kau! Aku pun tak nak tanggung dosa-dosa kau!

Kalau kau mampu aku nak kau ubah perangai kau jadi macam perempuan lain yang jaga tutur kata dia, sopan dan yang paling penting yang menutup aurat.” Asy menekankan perkataan aurat.

“Kau tau tak kau free hair semua ni, ibu bapa kau yang tanggung dosa kau. Kau nak ke diorang tersiksa dalam kubur nanti sebab kau. Lepastu, boleh tak ubah sikap kau jadi matang. Jangan melawan bila papa kau, aku atau sesiapa je suruh kau buat sesuatu. Kitaorang suruh kau buat sesuatu benda tu pun untuk kebaikan kau. Bukan untuk kitaorang.” Sambung Asy dalam hujan yang sederhana lebat. Suaranya juga dikuatkan sedikit.

“Tak semua orang faham apa yang aku rasa Asy! Nak berubah bukan senang! Dah la Asy! Jom balik!” Ajak Riz. Dia segera bangun dari buaian dan masuk ke dalam kereta. Asy hanya melihat kelakuan Riz sebelum turut sama mengikutnya.

‘Ya Allah! Kau lembutkanlah hati dia Ya Allah!’ Asy berdoa dalam diam.

**********

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah diketuk. Terjengul wajah Dato' Is.

“Main hujan lagi?” tanya Dato' Is. Riz hanya menunjukkan barisan giginya yang putih bersih. Haish! Sabar je la dapat anak macam ni!

Riz melangkah menuju ke biliknya. Asy pula bersalaman dengan Dato' Is sebelum berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

‘Apa kes pula ni? Gaduh ke? Selalunya tak macam ni. Hmm.. Lantak la! Korang dah besar. Settle la sendiri!’ Dato' Is bermonolog dalam hati.

Riz bersandar pada pintu dinding biliknya. Kata-kata Asy terngiang-ngiang di telinganya.

“Kalau kau mampu aku nak kau ubah perangai kau jadi macam perempuan lain yang jaga tutur kata dia, sopan dan yang paling penting yang menutup aurat.”

“Kau tau tak kau free hair semua ni, ibu bapa kau yang tanggung dosa kau. Kau nak ke diorang tersiksa dalam kubur nanti sebab kau.”

“Nak berubah bukan senang Asy! Kau tak rasa apa yang aku rasa! Kau takde ayah Asy. Tapi aku. Aku takde mak Asy. Mak dengan ayah beza wey! Dari kecil lagi aku rapat dengan mama aku. Semua benda aku luah dekat dia. Bila dia pergi tinggalkan aku, aku takde tempat nak luah semua masalah aku Asy. ” Riz menangis sepuas hati apabila teringatkan kembali masa silamnya.

“Aku dulu dibuli Asy. Hari-hari aku kena buli dengan budak-budak lelaki. Sebab tu perangai aku kasar Asy. Aku tak nak jadi macam dulu. Lembik, manja, mudah lemah. Tapi...”

Tiba-tiba pintu bilik Riz diketuk. Riz segera mengesat air matanya. Pintu dibuka.

“Riz okay ke ni? Kenapa dengan mata dan hidung tu. Merah semacam je. Riz nangis ke?” tanya Dato' Is. Riz tergelak. Gelak yang dibuat-buat.

“Riz okay la pa! Nak demam kot!” balas Riz. Dato' Is melekapkan belakang tangannya di dahi Riz.

“Panasnya! Jom pergi klinik!” Arah Dato' Is.

“Tak nak la papa!” Riz menutup semula pintu biliknya.

Satu saat, dua saat, tiga saat...

Bup!

Kedengaran seperti berlaku sesuatu dalam bilik Riz.

“Riz! Riz! Riz!” Laung Dato' Is berkali-kali sambil mengetuk pintu bilik Riz namun tiada respon. Akhirnya, Dato' Is mengambil keputusan untuk membuka pintu bilik Riz.

“Ya Allah!” Dato' Is segera memangku kepala anaknya yang sudah pengsan. Pipi ditepuk beberapa kali namun Riz masih juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Nombor telefon seseorang didail.

Tidak lama kemudian, kereta sport berwarna hitam tiba di perkarangan rumah Dato' Is. Dato' Is segera mencempung badan anaknya ke dalam kereta tersebut dan terus menuju ke hospital.

**********

“Aduh! Peningnya kepala!” Riz memegang kepalanya yang terasa berat.

“Setakat hujan no hal konon!” Kata Asy.

“Aku dekat mana ni?” tanya Riz tanpa menghiraukan sindiran Asy.

“Oi! Kau ingat ni drama melayu ke apa? Dekat mana konon! Tengok la sendiri!” Bebel Asy lagi.

“Aku tanya dekat mana je kan. Tak payah la nak bebel bagai.” Kata Riz perlahan. Kelihatan ada air yang bergenang di kelopak matanya.

Jangan Lupa Vote And Comment. Sorry tau sebab yang ni pendek sikit!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now