“Banyak gila barang kahwin!” Riz terpegun sehingga terlopong mulutnya.
“Nama pun kedai kahwin!” sampuk Asy.
“Sebab tu la aku kata banyak barang kahwin. Ada aku kata banyak gila mamat handsome! Ada?” tanya Riz geram sambil menjegilkan biji matanya terhadap Asy.
“Hoi! Hoi! Sedar sikit diri tu dah nak kahwin!” Asy menjeling Riz dengan pandangan jealous.
“Macam tu dah jealous? Haih! Kalau kahwin nanti macam mana la agaknya.” Bebel Riz perlahan.
“Ingat tak dengar ke?” Kata Asy.
“La, dengar ke? Alhamdulillah! Dah! Dah! Tak payah nak berdrama sangat kat sini. Jom cari barang.” Riz sudah melangkah jauh meninggalkan Asy.
“Nampak sangat semangat nak kahwin dengan aku!” Kata Asy sendirian.
Dia mula mengikuti jejak Riz. Barang-barang kahwin dipilih. Selesai melakukan pembayaran, mereka terus bergerak ke rumah ibu Riz.
“Assalamualaikum!” Riz memberi salam.
“Waalaikumussalam!” Jawab ibu Asy sambil menjengulkan kepalanya.
“Ha! Masuk! Masuk!” sambungnya lagi. Riz dan Asy membawa barang-barang yang dibeli tadi ke dalam rumah. Barang-barang tersebut diletakkan di tengah ruang tamu. Riz sudah terjelopok di hadapan barang-barang tersebut.
“Ibu! Hantaran ni siapa yang nak buat ibu?” tanya Riz. Nak suruh dia dan Asy buat? Boleh! Boleh nazak! Haha!
“Ibu la yang buatkan dengan orang-orang keliling rumah. Adik Asy pun buat sekali nanti.” Kata ibunya.
“Asy ada adik? Tak bagitau pun!” Riz menarik muncung.
“La.. Asy tak bagitau kamu ke yang dia ada...”
“Shh.. Jangan ibu! Biar dia tau sendiri masa kahwin nanti.” Asy memotong percakapan ibunya.
“Kenapa tak boleh bagitau terus je?” tanya Riz.
“Tak boleh! Dia special ok! So, tak boleh bagitau sekarang. Kahwin nanti tau la. Just wait and see and you will get shock.” Kata Asy.
“Ok! Kita tengok ya nanti!” Balas Riz. Asy menjuihkan mulutnya.
Tidak lama kemudian, terdengar orang memberi salam di luar rumah.
“Masuk la!” Laung Asy pula. Riz bangun lalu membuka pintu.
“Ni ke orangnya! Lawanya! Patutla Asy berkenan.” Kata mak cik yang memberi salam tadi. Di belakangnya kelihatan lagi beberapa orang wanita.
‘Mungkin ni kot orang keliling rumah yang ibu cakap tu.’ Fikir Riz.
“Jemput la masuk!” laung ibu Asy.
“Err.. ha! jemput la masuk ya!” ucap Riz sambil mempersilakan mak cik mak cik yang berada di luar masuk.
Sesi menggubah barang hantaran dilakukan. Tak sempat nak selesaikan pada waktu siang disambung pula pada waktu malam.
Riz pula sudah pulang ke rumahnya. Dia meminta pertolongan saudaranya untuk menolongnya menggubah barang hantaran bagi pihak sebelahnya. Untung saudaranya itu sudi menolong.
“So bila majlis pertukaran barang hantaran tu Riz?” tanya Qistina iaitu salah seorang sepupu Riz.
“Kitaorang rancang nak buat sekali dengan majlis perkahwinan. Senang sikit. Biar la nampak lain daripada orang pun caranya.” Jawab Riz.
“Ooo..” balas Qistina.
“Ni barang-barang semua dah hampir siap ni. Nanti nak letak mana semua ni?” tanya Zahra iaitu adik kepada Qistina.
“Bilik kosong kan ada. Apa susah! Taruk je la situ!” Balas Riz.
“Aik? Sejak bila rumah kau ada bilik kosong ni?” tanya Qistina. Adiknya pula menyokong soalan tersebut.
“Sejak aku lahir lagi dah ada. Korang je yang tak perasan. Buat apa nak heboh ada bilik kosong dalam rumah!” Jawab Riz. Kedua-dua beradik itu hanya mengangguk. Qistina segera menyiapkan barang hantaran yang terakhir di tangannya itu.
“Yey!! Dah siap!! Huargh!!! Lenguh gila pinggang aku!” Qistina menggeliat ke kiri dan ke kanan.
“Nak baring jap lagi ek! Sekarang ni angkat semua barang-barang ni and bawa masuk dalam bilik kosong tu dulu. Lepastu kemas rumah dulu. Lepas dah siap semua tu, kau nak baring tu baring lah sampai ke petang pun!” Pesan Riz. Qistina dan adiknya segera mengangkut barang-barang tersebut ke dalam bilik kosong.
**********
Segala persiapan nikah sudah disiapkan dua minggu yang lalu. Kini, telah tiba masanya untuk disatukan dua insan yang dijodohkan bersama iaitu Tengku Azira dan Asyraf Arfan.
Majlis perkahwinan diadakan di dewan dan disambut dengan sungguh meriah dan dihiasi juga dengan red carpet.
“Eh! Dah sampai la! Dah sampai!”
“Cepat! Cepat! Tangkap gambar! Tangkap gambar!”
Kedengaran suara tetamu yang hadir memeriahkan dewan tersebut berbisik sesama mereka saat DJ memgumumkan ketibaan pengantin. Asy dan Riz berjalan sambil berpegangan tangan di sepanjang red carpet diikuti keluarga Asy dan sanak-saudara Riz yang memegang barang hantaran pihak masing-masing.
“Are you happy now?” soal Asy.
“I'm very happy Asy. Thanks for all this things.” Jawab Riz. Kedua-dua mereka mula menaiki pentas. Kedengaran tepukan yang gemuruh oleh seluruh hadirin yang hadir pada hari itu.
“So now, saya menjemput Encik Asyraf untuk memberikan ucapan sempena hari istimewanya pada hari ini!” Ucap DJ yang bertugas.
“Assalamualaikum semua! First saya nak ucap terima kasih kerana sudi datang. Harap makanan yang disediakan lazat. Bersempena hari istimewa saya pada hari ini, saya ingin ucap..” Asy sengaja menghentikan ayatnya. Mikrofon diambil daripada pemegang mikrofon. Kemudian, dia menghadap Riz yang memandangnya pelik.
“I love you!” Seluruh hadirin bersorak dan memberikan tepukan yang amat gemuruh buat mereka.
“You are very a strong person that I've ever met! Walaupun dari segi luarannya nampak kasar, tapi ada kelembutan yang orang lain tak nampak. Walaupun dari segi luarannya kuat dengan muka sombong dia tu , namun terselit pelbagai dugaan dalam hidupnya. Terima kasih kerana sudi hadir dan menjadi suri hati saya.” Asy meletakkan kembali mikrofonnya namun, belum sempat Asy meletakkan mikrofon tersebut dengan sempurna, Riz datang merampasnya.
“Saya pun ada ucapan sweet ok! Ingat dia sorang je ke yang sweet?” Riz member mukanya kepada Asy. Mikrofon tersebut pula dirampas Asy.
“Mengaku je la saya ni sweet!” Kini Asy pula memberi mukanya kepada Riz. Muka mereka hampir bersentuhan.
“Hoi!! Dah dah la tu buat sweet! Cincin bila nak sarung!” Seseorang datang ke hadapan pentas. Asy dan Riz melihat orang yang berada di hadapan pentas tersebut. Asy hanya tersenyum.
“How can...” Riz tidak menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba Asy melutut. Riz makin pelik.
“Again dear! Would you be mine?” tanya Asy sambil mengeluarkan kotak baldu berwarna merah berbentuk hati
“Tapi tu..”
“Nanti saya cerita ya! Now would you be mine?” Tanya Asy sekali lagi.
“Yes!” Jawab Riz. Cincin di dalam kotak itu diambil kemudian disarungkan ke tangan Riz. Kalau tadi mereka sudah diijabkabulkan, Sekarang cincin itu merupakan cincin hadiah perkahwinan mereka daripada Asy sempena mereka tidak mengadakan majlis pertunangan.
Jangan Lupa Vote and Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AzioneIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...