“Okay! Okay! Riz tau Riz salah. Riz minta maaf! Puas hati?”
“Not with me but with Asy!” Dato' Iskandar menunjukkan jari telunjuknya ke arah Asy.
“Betul jugak sebab aku buat salah dengan kau an! Okay, listen! Asyraf Arfan, aku mintak maaf sebab dah buat kau macam tu. Tu la sape suruh kau jadi bodyguard aku, kan dah kena. Kesian la kau ni!” Kata Riz.
“Riz! Maknanya selama ni Riz tak ikhlas la terima dia jadi bodyguard Riz? Macam tu?” Serkap Dato' Iskandar.
“Mmm.. Tak jugak!”
“Maksud Riz?” Dato' Iskandar kehairanan. Tadi cakap macam tak ikhlas. Ni terbalik pula. Memang puterinya ini banyak kerenah betul la.
Riz hanya mengangkat bahu. Dato' Iskandar mengangkat sebelah keningnya tanda meminta penjelasan.“Mmm.. takde apalah. Dah la! Riz dah malas nak cakap pasal benda ni. Kalau tau tadi bagi racun je terus. Hehe! Gurau jer bro! Jangan marah.” Riz tersengih memandang Asy dan terus berlari naik ke atas. Takut kena bebel la tu!
“Ya Allah! Budak ni! Asy! Sabar je la ya! Riz tu nakal sikit. Kalau uncle nak minta tolong kamu ubah perangai Riz tu boleh?”
Asy melopong. “Ah? Asy?” Asy menunjuk dirinya sendiri. “But why?” sambungnya lagi.
“Kalau Asy nak tau, sebelum ni mana ada mangsa Riz berani bagitau pasal dia dekat uncle. Kamu ni dah kira berani Asy.” Dato' Iskandar menyentuh bahu Asy.
“Seriously? Macam ni pun dah kira berani?” tanya Asy seperti tidak percaya. Dato' Iskandar mengangguk perlahan.
“Kenapa diorang takut?” tanya Asy ingin tahu. Badan ditegakkan dan mata fokus kepada Dato' Iskandar.
“Semangat nak tau!” Sakat Dato' Iskandar. Apa? Ingat dato' ni tak reti nak bergurau? Datuk tu pun pandai la!
Asy menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih malu. “Saja je nak tau. Nampak interesting!” Balas Asy.
“Interesting pun interesting la. Siapa yang bagitau pasal dia dekat uncle, confirm kena lagi teruk dari first time jadi mangsa.” Dato' Iskandar bersemangat bercerita.
‘Tadi cakap aku bersemangat nak dengar. Ni, dia pulak dah bersemangat nak cerita. Adoyai! Tak paham la aku!’ Asy bermonolog di dalam hati.
“Asy? Menungkan apa tu?”
“Ah? Mmm.. Takde apa. Hehe!" Dia tersengih lagi. Memang raja sengih ek Si Asy ni? “So, sebab tu uncle nak Asy tolong uncle ni?” sambungnya lagi. Nadanya juga kelihatan bersungguh-sungguh. Dato' Iskandar mengangguk.
**********
“Woi! Jalan cepat sikit boleh ak?” Marah Riz.
“Tak nampak ke ada orang kat depan tu? Ke dah buta? Nama pun mall kan!” Asy membalas sinis.
“Kau ni kan! Untung tempat ni public place. Kalau tak..”
“Kalau tak apa? Nak belasah aku? Belasah la! Sikit-sikit belasah orang! Sikit-sikit belasah orang! Apa? Ingat orang ni takde perasaan cam kau ke?” Bidas Asy. Dia berlalu pergi.
“Aik? Merajuk ke? Aduh!! Sudah!! Susah la dapat bodyguard kuat merajuk macam ni. Baik aku je jadi bodyguard dia. Haih! Satu kes pulak nak kena pujuk budak ni. Aku sumbat dalam lubang tandas karang trauma satu tahun.” Riz mengeluh.
“Biarla dulu. Nanti la aku cari.” sambungnya lagi. Dia ternampak sebuah tempat menjual aiskrim. “Mm.. Bestnya! Better aku beli aiskrim daripada layan budak merajuk tu.”
Ketika beratur, dia ternampak kelibat Asy. “Aik? Asy pakai baju warna biru? Bukan tadi dia pakai suit dia ke? Siapa pula perempuan sebelah dia tu? Mesra bukan main!” Kata Riz ingin tahu.
“Dik! Nak aiskrim perisa apa?” tanya jurujual aiskrim.
“Ah! Bagi saya vanila and chocolate flavour.” Jurujual itu mengangguk.
“Aik? Takde dah? Mmm.. Salah tengok kot!”
“Ni aiskrimnya dik! Terima kasih! Nanti datang lagi ya.” Riz mengambil aiskrimnya dan mengangguk. Dia terus berjalan sambil menikmati aiskrimnya. Dalam masa yang sama, dia turut mencari Asy.
“Mana pulak la mamat ni? Ha! Tu dia! Ewah! Sedap makan sorang-sorang ya!” Riz berjalan ke arah Asy. Terdapat sebuah kerusi kosong di hadapan Asy. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut.
“Merajuk ke?” tanya Riz.
“Merajuk? Aku bukan budak-budak la nak merajuk bagai ni. Lain la kau!” Asy menjuihkan mulutnya ke arah Riz.
“Sedap kau mengata aku ek? Nah!” Riz merendamkan aiskrimnya ke dalam air milo Asy.
“Wey! Apa ni! Air aku! Suka hati kau je an nak buat macam tu! Ingat ni free ke?” Asy membuat muka dan memandang tajam ke arah Riz. Riz? Apa lagi! Gelak la budak tu.
“Balasan! blwekk!!” Dia menjelirkan lidahnya.
“Assalamualaikum!” Serentak kedua-duanya menoleh ke arah suara tersebut.
“Eh! Syafiq!” Riz berbasa-basi. Dalam hati dah menyampah dah.
“Kau buat apa dekat sini?” tanya Syafiq.
“Saja! Lepak-lepak dengan boyfriend!” Riz membalas. Asy mengerutkan dahinya dan memandang Riz dengan muka yang tidak percaya. Suka hati mak nenek dia je.
Riz yang sedar akan perubahan muka Asy terus menyepak kaki Asy untuk memberi isyarat supaya bekerjasama.
Asy mula faham. Dia hanya mengikut rentak lakonan Riz. Fuh! Dah macam pelakon wanita terbaik dah Riz ni.
Asy hanya tersenyum.“Oh! So, ni la boyfriend kau!” Syafiq menunjuk ke arah Asy. Riz hanya mengangguk.
“Sayang! I rasa kita dah lama sangat la duduk dekat sini. Jom balik!” Riz membuat suara mengadanya. Asy tersedak.
“Eh! sayang! Kenapa ni? Tu la.. lain kali makan la elok-elok sikit.” Riz menggosok belakng Asy dan menekan dengan kuat. Baru sayang dah tersedak. Kalau sebut hubby tadi confirm dah pengsan ni rasanya.
Jangan lupa vote or comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...