Matanya tertala pada kad yang dihulurkan Asy tadi. “Patutla handsome sangat. Bodyguard rupanya.” Komen gadis tersebut.
**********
Kereta sport berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah itu. Asy keluar dari keretanya. Kunci rumah dikeluarkan dan tidak sampai seminit pintu rumah sudah berjaya dibuka.
Dia menanggalkan kasutnya dan menapak masuk ke dalam rumah. Bahan-bahan yang dibeli diletakkan di atas meja makan. Jaket ditanggalkan dan disangkut pada kerusi. Kemudian, badan dihempaskan di atas sofa.
“Fuh! Panasnya!” Fikirannya tiba-tiba teringatkan gadis yang dilanggarnya tadi. Dia menarik senyuman nipis. “Apa nama perempuan tu ek? Lawanya dia! Astaghfirullahalazim Asy! Apa la yang kau fikir?” Dia mengetuk kepalanya sendiri.
‘Ding! Dong!’
Loceng rumah berbunyi.
“Takkan adik dah sampai kot? Baru pukul sembilan setengah.” Asy membuka pintu rumhnya.
“Aik? Adik? Kenapa awal sangat ni? Tadi kata pukul 10:00 baru nak datang!” Asy mengerutkan dahinya seribu. Mana taknya, tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah pun yang adik kembarnya itu akan datang awal dari yang diucapkan. Ni first time wey!
“Awal salah! Lewat salah! Kalau macam tu adik balik je la!” Asyraf Irfan menarik muncung.
“Merajuk pulak! Kau ni, dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Merajuk je kerja. Buruk benor rupa!” Asy mengutuk kembarnya. Terikut perangai Riz la ni!
“Amboi! Sedap kutuk adik ya! Tepilah! Adik nak masuk!” Asyraf Irfan menolak sedikit badan Asy supaya dirinya dapat melolosi pintu rumah.
Asy hanya menggeleng melihat kerenah adiknya itu.
“Abang masak apa untuk adik?”
“Ingat nak masak asam pedas. Dah kau datang awal sangat tu siapa suruh? Kau kena masak sekali la ngan abang!”
“Okay!” Balas Asyraf Irfan. Mereka berdua memulakan operasi memasak asam pedas. Lebih kurang setengah jam akhirnya asam pedas siap dimasak. Nasi juga sudah siap ditanak. Pinggan diambil. Nasi dan lauk diletakkan ke dalam pinggan masing-masing. Setelah doa dibaca, si kembar itu memulakan suapan.
Selesai makan dan membereskan dapur, si kembar tersebut melepak di hadapan televisyen. Kebetulan siaran yang disiarkan ketika itu merupakan siaran kegenaran mereka sejak kecil iaitu The Boy Who Cried Werewolf.
Lagu perfect nyanyian Ed Sheeran berkumandang. ‘Siapa pulak yang kacau aku time macam ni ni?’ Asy mendengus namun smartphonenya tetap diangkat.
“Hello! siapa ni?” tanya Asy.
“Awak! Tolong saya awak! Ada orang nak rompak saya awak! Tolong saya!” Kedengaran suara gadis yang dilanggarnya tadi di talian.
“Awak dekat mana sekarang ni?” tanya Asy cemas.
“Tepi lorong sebelah mall yang dekat dengan pasar tadi tu. Tolong saya awak!”
“Ok! Ok! Saya datang sekarang!” Asy melihat jamnya. Dahi ditepuk kuat. “Ya Allah! Masa ni la juga Riz balik. Dik! Kau tolong ambil anak Dato' Iskandar tu dekat universiti dia. Nanti aku send location. Kau tolong menyamar jadi aku. Pakai sebijik cam aku tau! Jangan bagitau pun yang kau ni kembar aku.” Asy memberi arahan tanpa henti kepada adiknya. Kereta kerunci dicapai. Tidak lama kemudian, kereta milik adik kembarnya itu mengaum pergi.
‘What?’ Asyraf Irfan bengang! Namun, pakaian dicapai jua. Seumur hidupnya dia tidak pernah menyamar menjadi abangnya. Inilah kali pertama. Paksa rela la katakan!
“Aduh! Benci betul!” Rungut Asyraf Irfan. Phonenya bergetar. Dia tahu itu abangnya yang menghantar lokasi universiti anak Dato' Iskandar. Lantas semua pakaian yang dipakai oleh abang kembarnya itu disarungkan ke badan.
Dia keluar dari rumah tersebut. Tiba-tiba matanya terbuntang. “What? Kereta aku pun dia kebas sekali? Penyamaran tahap melampau ni!” Mukanya sudah merah menahan geram. Kunci kereta abang kembarnya dicari. Setelah menjumpai benda yang dicari, kereta sport berwarna hitam itu terus dipecut laju ke lokasi yang ingin dituju.
“Pahal kau lewat 10 minit hari ni? Selalunya aku keluar kau dah tercegat dekat parking lot ni.” Kata Riz setelah masuk ke dalam perut kereta.
“Ada hal!” Balas Asyraf Irfan. Riz mengangguk.
“Wait! Kenapa rambut kau perang?” tanya Riz yang merenung rambut kembar Asy itu dari tadi lagi.
“Oh! Saja je try rambut baru.” Asyraf Irfan membalas tenang tapi dalam hati sudah dup dap dup dap. ‘Janganla dia tanya aku macan-macam. Aku ni kembar Asyraf Arfan. Bukan Asyraf Arfan cik kak oi!’ desis hati Asyraf Irfan.
“Woi! Termenung apa lagi. Gerak la!” Asyraf Irfan tersentak.
“Pergi mana?”
“Rumah aku la. Takkan disco pulak!” Kata Riz geram. ‘Asal pelik sangat eh Asy hari ni. Selalunya tak macam ni pun.’ Desis hati Riz.
“Kau tunjuk jalan boleh. Aku pening la lepas makan pisang tadi. Aku tak boleh makan pisang sebenarnya tapi tiba-tiba ada mak cik mana entah bagi aku makan makanan apa entah. Aku ingat takde pisang. Lepas makan baru tau.” Asyraf Irfan mereka cerita. Nah kau! Jawapan paling tip top pernah kau bagi!
“Pelik la kau ni. Kena sampuk jembalang mana tah. Dah la! Drive cepat! Aku tunjuk jalan!” Gesa Riz.
Akhirnya, kereta sport berwarna hitam yang dipandu oleh Asyraf Irfan itu memasuki perkarangan rumah Dato' Iskandar.
“Assalamualikum!” Riz memberi salam. Belum sempat dia membuka pintu, Dato' Iskandar sudah membukanya.
“Waalaikumussalam! Eh! Anak papa dah balik!” Dato' Iskandar menggosok kepala Riz.
“Ya la. 10 minit tunggu Asy baru sampai. Pastu tiba-tiba kena sampuk dengan jembalang mana tah merapu tak ingat jalan balik rumah la tukar style rambut la.” Riz menjeling sekilas Asyraf Irfan sebelum naik ke biliknya.
Asyraf Irfan menyalami Dato' Iskandar dan mula melangkah untuk pulang. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam perut kereta, kedengaran namanya dipanggil.
“Asyraf Irfan!” Panggil Dato' Iskandar. Asyraf Irfan terkedu. ‘Macam mana pula ayah minah ni boleh tau nama aku ni?’ Dia berpatah balik menuju ke arah Dato' Iskandar.
“Ma.. macam mana dato' boleh kenal saya?” tanya Asyraf Irfan gugup. Dato' Iskandar tergelak.
“Tak payah panggil dato'. Abang kamu pun panggil uncle uncle. Macam mana uncle kenal kamu? Senang je. Abang kamu tu selalu on time buat apa-apa. Satu lagi, rambut dia hitam. Bukan perang macam kamu. Itu perbezaan kamu antara abang kamu sejak lahir. Warna rambut.” Terang Dato' Iskandar panjang. Asyraf Irfan hanya tersengih.
Jangan lupa vote and comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AcciónIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...