Bab 2

6.5K 437 6
                                    

Riz membisikkan sesuatu kepada pelayan kafe itu. Dia pula hanya memesan segelas air laici dan diminta bungkus.

“Dah order ke?" tanya Syafiq setelah Riz duduk bertentangan dengannya. Riz hanya mengangguk. 5 minit menunggu akhirnya makanan yang dipesan tadi tiba jua.

“Syafiq, kau makan la dulu. Aku nak pergi toilet jap." Kata Riz lalu berlalu pergi. Setelah jauh meninggalkan kafe dan setelah memastikan bahawa Syafiq tidak lagi mampu melihatnya, dia terus membuka langkah seribu.

“Kau nak sangat makan dengan aku kan. Nah! Rasakan!" Rupa-rupanya, Riz mempunyai agendanya yang tersendiri. Dia terus masuk ke dalam kereta dan ketawa terkekeh-kekeh. Kemudian, dia terus memecut keretanya keluar dari perkarangan universitinya itu namun Syafiq pula...

“Kenapa lain macam je rasa nasi ayam aku ni? Masin gila!" Syafiq kehairanan. “Takkan la Riz kenakan aku pula kot! Argh!!! Better aku tanya di kaunter tu."

Syafiq pergi ke kaunter dan bertanya tentang makanannya yang terasa masin itu. Pelayan yang mengambil pesanan Riz tadi menceritakan segala-galanya. ‘Aku dah agak dah! Ni mesti Riz punya kerja ni! Siap kau Riz!’ desis hati Syafiq geram lalu keluar dari kafe tersebut. Dia juga terus memecut laju meninggalkan universitinya itu.

**********

Riz masuk ke dalam rumahnya sambil tersenyum geli hati.

“Dah kenapa senyum sorang-sorang tu?” tegur papanya, Dato' Iskandar.Riz tersengih dan menggeleng. Dia terus berlari menaiki tangga dan terus ke biliknya.

Beg dicampak ke tepi dan badan dihempaskan di atas katil. “Dekat kelas kena soal siasat, balik pula mamat tu menggedik nak ajak makan. Padan muka! Nak sangat kan! Mesti muka dia pelik lepastu esok cari aku. Haha! Sian kau Syafiq!” Riz tersengih kembali mengingatkan kejadian tadi.

Riz membuka pintu berandanya dan berdiri di situ untuk melapangkan mindanya. Tiba-tiba ada sebuah kereta sport berwarna hitam memasuki perkarangan rumahnya.

“Kereta siapa pula ni? Takkan la ada orang nak datang rumah. Hmm.. Biarla. Better aku masuk lepastu tido!” Riz merebahkan dirinya di atas katil. Belum sempat dia memejamkan mata, dia terdengar namanya dipanggil.

“Tengku Azira!” Jerit Dato' Iskandar.

“Kenapa pulak papa panggil aku ni? Hmm.. Turun je la.” Sekali lagi namanya dipanggil. Terus dia tergopoh-gapah menuruni tangga. Belum sampai di tangga yang terakhir, dia sudah melompat turun ke bawah.

“Bertuah punya anak! Kalau jatuh nanti siapa yang susah?” Marah Dato' Iskandar.

“Ni Riz la papa. Mana pernah jatuh.” Jawabnya selamba dan terus berjalan menuju ke arah papanya. Matanya melihat sesusuk tubuh yang memerhati dirinya dan papa sejak dari tadi. ‘Siapa pula la mamat ni? Muka boleh tahan.’ Komen Riz dalam hati. Eh! Sempat lagi!

“Ada apa papa? Panggil Riz macam nak kena tembak je tadi.”

“Tak sayang mulut langsung la budak ni.” Dato' Iskandandar hanya menggelengkan kepala melihat kerenah puteri tunggalnya itu.

“Ni papa nak kenalkan kepada Riz. Nama dia Asyraf Arfan. Mulai dari sekarang, dia akan jadi bodyguard Riz.” Terang Dato' Iskandar tenang.

Riz membulatkan matanya. “What? Papa berapa kali...” belum sempat Riz menghabiskan ayatnya, Dato' Iskandar telah memotong percakapannya.

“Papa tau! Tapi ni untuk kebaikan Riz jugak. Riz kan tau yang papa bukan setiap masa boleh tengok Riz so bila papa takde Asyraf boleh tolong papa jaga Riz. Please Riz! Terima dia untuk jadi bodyguard Riz.” Pujuk Dato' Iskandar.

Riz, berfikir seketika. Jari telunjuknya diletakkan didagu dan dia memandang Asyarf Arfan dari atas sehingga ke bawah.  Hmm.. Kalau dia ada boleh aku kenakan dia sekali. Papa nak sangat dia jadi bodyguard aku kan! Seronok jugak!

“Okay! Riz terima!”

“Alhamdulillah!” Dato' Iskandar meraupkan mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

“Kalau macam tu, korang borak la dulu. Buat sesi suai kenal dulu ke. Papa ada kerja sikit.” Belum sempat Riz menahan, Dato' Iskandar sudah menghilangkan diri di dalam biliknya

“Woi! Apa nama kau?” tanya Riz.

‘Amboi! Kasar gila!’ desis hati Asyraf namun dia segera menjawab. “Asyraf! Panggil Asy je.”

“Ooo.. Asy! So, bila kau start kerja jadi bodyguard aku?”

“Esok!”

“Bak sini nombor kau! Nanti aku nak call kau ke apa senang sikit.” Riz mengeluarkan smartphonenya dan bersedia untuk menyimpan nombor bodyguardnya itu.

“Oh! 013... bla bla” Asy memberi nombornya.

“Kalau kau nak balik, pergi la. Settle dah sesi suai kenal aku dengan kau rasanya.” Kata Riz.

“Menghalau nampak!” Balas Asy geram. Sebenarnya dia memang dari tadi lagi geram melihat kerenah Riz. Bukan macam perempuan lain yang dia pernah jaga sebelum ni yang asyik sibuk bertanya tentang dirinya itu ini disebabkan rupanya yang agak handsome tapi Riz lain. Langsung tak pandang dia. Ice breaking pun ala kadar je. Mencabar ego lelakinya betul!

Jangan lupa vote or comment!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now