“Sodaqallahulazim!” Bacaan disudahi dengan kalimah suci tersebut.
“Terima kasih mak cik sebab sudi ajar saya!” Kata Riz.
“Sama-sama! Lepasni Riz panggil mak cik Mak Mah je ok!”
“Ok mak Mah!” balas Riz. Riz memasukkan Al-qurannya ke dalam beg. Setelah memyalami Mak Mah, langkah diatur keluar dari rumah tersebut.
Kelihatan Asy bersama keretanya sedang menunggu di luar rumah. Riz buat-buat tidak nampak dan terus menaiki motornya. Belum sempat dia mengundurkan motornya, Asy memblock di belakang.
‘Nak apa pulak mamat ni block aku kat belakang ni? Tepi la aku nak undur ni!’ desis hati Riz panas. Riz turun dari motor dan mengetuk tingkap kereta Asy berkali-kali.
“Weyh! Tepi la aku nak undur ni kan! Yangbkau sibuk nak block aku kat belakang ni pahal?” tanya Riz geram.
“Masuk dalam kereta aku jap sebab...” Asy tidak jadi menyambung ayatnya kerana handphonennya berbunyi. Panggilan diangkat.
“Apa?!! Kritikal?!! Tikam?!! Icu?!! Bila?!! Ya Allah! Baik-baik! Nanti saya datang!” Asy memutuskan talian dengan segera.
‘Kena tikam? Siapa pula ni?!!’ desis hati Riz. Hatinya berdebar secara tiba-tiba.
“Riz! Masuk dalam kereta aku sekarang! Ayah kau kritikal! Cepat!!” Arah Asy tegas. Suaranya tidak ubah seperti seorang sarjan memberi arahan kawad kepada anak buah kadetnya.
Riz menurut. Lututnya longlai. Terasa langkahnya lemah mendengar berita tersebut.
‘Dugaan apa lagi ni Ya Allah!’ hati Riz sudah separuh menjerit. Pedih seperti ditikan dengan pisau lebih daripada 100 kali.
‘Ya Allah! Selamatkanlah papaku Ya Allah!’ Doanya dalam diam. Kereta yang dipandu Asy akhirnya tiba di hospital yang memempatkan Dato' Is sekarang ini.
Riz berlari keluar daripada kereta tersebut. Asy segera mengejarnya. Riz melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Sebuah kereta meluncur laju dan hampir sahaja melanggarnya.
“Riz!!!” Terdengar satu jeritan yang kuat yang menyebut namanya dan serentak terasa seperti badannya ditolak kuat. Riz dan Asy rebah di atas jalan. Asy bangun dan segera menarik Riz berdiri di hadapannya.
“Boleh tak kalau keselamatan kau tu jaga sikit!!! Papa kau dah sakit dekat dalam tu takkan la kau pun nak sakit jugak!!! Kau tak nak jumpa dia ke hah?!!!” Asy memarahi Riz. Matanya tajam menikam anak mata Riz. Riz menunduk lemah. Asy segera berlari menuju ke kaunter pertanyaan dan seterusnya ke tempat ICU. Riz hanya menyusur perlahan di belakang.
Sungguh dia tidak kuat! Letih dengan hidupnya! Semuanya bercampur baur. Asy dan Riz hanya menunggu di hadapan ruang ICU sehinggalah seorang doktor perempuan keluar dari ruangan tersebut.
“Doktor! Macam mana keadaaan Dato' Iskandar?” tanya Riz. Asy setia mendengar.
“Cik ni ahli keluarga Dato' Iskandar ke?” tanya doktor tersebut.
“Ya saya!” Riz bersuara.
“Maaf cik! Peluang untuk Dato' Iskandar hidup sangatlah tipis.” Longlai lutut Riz mendengar berita tersebut. Dia kemudian dibenarkan masuk ke dalam wad tersebut untuk bertemu dengan papanya. Mungkinkah untuk kali yang terakhir?
“Papa! Riz datang ni!” Kata Riz lembut.
Mata Dato' Is terbuka sedikit. Riz bersyukur.
“Riz anak papa! Papa nak minta satu je benda dari Riz! Papa dah tak lama ni sayang!” Kata Dato' Is kesakitan.
“Papa! Jangan cakap macam tu papa! Tolong la papa! Bertahan untuk Riz papa! Riz dah takde sesiapa lagi papa!” Pintas Riz bersama linangan air mata.
“Papa nak kamu kahwin dengan Asy ye nak! Papa percaya yang dia boleh protect Riz! Papa sayang Riz tau! Jaga diri! Assalamualaikum!” Mesin pernafasan Dato' Is sudah tidak teratur.
“Papa! Tahan papa! Ampunkan Riz papa! Doktor! Doktor!” Riz menjerit memanggil doktor. Sekali pandang persis orang yang sedang kerasukan. Mesin kecemasan ditekan berkali-kali. Dia kemudiannya dihalau keluar oleh beberapa orang doktor yang masuk untuk menstabilkan keadaan Dato' Is.
Asy masih setia menunggu di hadapan wad ICU. Kelihatan Riz yang keluar bersama linangan air mata. Sumpah! Hati lelakinya tersentuh. Bukan senang untuk melihat seorang Riz yang selama ini keras kepala menangis.
Riz mengambil tempat di beberapa buah kerusi yanh telah disediakan. Kepalanya disandarkan pada dinding. Mata dipejam rapat menahan kesedihan yang tidak tertanggung.
30 minit menunggu, doktor yang sama keluar dari wad tersebut.
“Doktor! Macam mana keadaan papa saya doktor?” Tanya Riz sambil teresak-esak.
“Maaf cik! Kami tak dapat selamatkan Dato' Iskandar. Luka tikamannya amatlah dalam dan antibodinya tidak kuat untuk menahan luka tersebut. Allah lebih sayangkan dia cik! Saya minta diri dulu. Assalamualaikum!” Doktor tersebut meminta diri.
Riz terduduk lemah. ‘Ya Allah! Ujian apa lagi ni Ya Allah!’ desis hati Riz. Asy meraupkan mukanya.
Jangan lupa Vote and Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...