Matanya terjaga. Istighfar diucapkan beberapa kali.
“Astagfirullahalazim! Aku mimpi rupanya!” Riz mengambil handphonennya untuk melihat jam.
“Oo..Pukul 3:00 pagi!” Riz turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Qiamulail dilakukan.
Setelah selesai melakukan beberapa solat sunat, Riz duduk di atas katil. Dia teringatkan kembali tentang mimpinya.
“Siapa lelaki tu eh? Daripada bentuk badan, macam aku kenal.” Fikir Riz. Kata- kata lelaki tersebut terngiang kembali di telinganya.
“Jangan bersedih wahai saudari. Keluarlah dari kegelapan. Carilah cahaya yang mampu membuatkanmu bahagia saudariku.”
“Yes! Mulai dari sekarang, aku akan keluar dari kegelepan hidup aku selama ni. Aku akan cari kebahagiaan aku dan aku tahu kebahagiaan hanya boleh didapati dengan mendekati Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah! Yes Riz! You can do it!” Kata Riz dengan penuh semangat.
Jam sudah menunjukkan jam 5:00 pagi. Tuala diambil dan menuju ke bilik air. Tak lain tak bukan mandi la tu. Selesai bersiap, dia mengambil sebuah Al-Quran.
‘Ya Allah! Maafkan aku Ya Allah! Betapa lamanya aku tak baca qalam mu ini Ya Allah!’ desis hati Riz. Basmalah dibaca. Satu-persatu mutiara jernihnya gugur lagi. Bacaannya tersekat-sekat.
‘Ya Allah! Aku dah tak selancar dulu Ya Allah! Tolonglah aku Ya Allah!’ desis hatinya lagi. Al-quran ditutup kembali. Sumpah! Hatinya tidak kuat lagi untuk membaca qalam suci tersebut. Hancur hatinya apabila bacaannya sudah tidak selancar dulu.
“Jangan menangis puteriku! Masih ada cara lain untuk melancarkan kembali bacaanmu nak! Fikir nak! Fikir!”
Terdengar seperti suara ibunya menasihatinya dan memberikannya semangat baru.
“Ya! Aku tak boleh mengalah! Aku mesti cari jalan lain! Aku akan cari ustazah yang ikhlas ajar aku!”
Azan subuh berkumandang. Selesai azan berkumandang doa selepas azan dibaca. Solat subuh ditunaikan seperti biasa.
Kebiasaannya, Riz akan bersarapan bersama papanya namun hari ini kelibat papanya langsung tidak kelihatan.
“Papa! Papa!” Riz memanggil papanya berkali-kali namun tiada sahutan. Setiap pelosok rumah sudah dicarinya namun masih tidak ketemu.
“Haih! Mana pula la papa ni?” keluh Riz.
Lagu perfect ed sheeran berkumandang. Skrin telefon berkelip-kelip menandakan ada panggilan masuk. Riz menatap skrin iphonennya sebelum panggilan tersebut diangkat.
“Assalamualaikum anak papa! Dah sarapan belum?”
“Waalaikumussalam! Belum. Dari tadi lagi Riz cari papa tau. Papa ni! Nak keluar tak bagitau!” Riz menarik muncungnya. Macam la papa dia nampak!
“Alololo! Merajuk pulak! Papa keluar dengan bodyguard Riz ni ha! Ada kerja sikit.”
“Eii!! Tak malu ambil bodyguard orang!”
“Ala! Kalau dia dengan Riz pum bukannya aman selalu. Asyik gaduh je! Stress dia tau tak? Baik dia keluar dengan papa!”
“Hmmm.. suka hati papa la! Riz nak keluar sorang-sorang gak nanti. Bai!” Talian diputuskan. Dia menuju ke dapur dan menyegerakan sarapannya. Setelah itu, dia memakai tudung dan memilih baju yang sesuai untuk keluar.
Motor dihidupkan dan ditunggang menuju ke destinasi yang diingini. Riz memarkir motornya dihadapan sebuah rumah anak yatim. Ya! Destinasi Riz adalah untuk ke Rumah Anak Yatim Al-Amin.
Salam diberikan. Tidak lama kemudian, terpacul wajah seorang wanita yang berusia dakam lingkungan 40 an.
“Ya Allah Riz! Lama dah tak jumpa! Orang dekat sini dah lama nak tengok Riz tau tak? Dah bertudung dah sekarang! Alhamdulillah Ya Allah!” Kata Puan Haiza iaitu salah seorang penjaga di rumah anak yatim tersebut. Badan Riz dibawa ke dalam pelukan. Riz tersenyum nipis dipeluk sebegitu. Sudah lama dia dahagakan pelukan seorang ibu.
“Bonda! Ya Allah! Lama Riz tak jumpa bonda. Riz bukan tak nak datang sini tapi Riz busy. Tahun ni banyak sangat kerja yang Riz kena buat. Maklumla nak dapat ijazah kena la usaha sikit.” Riz menerangkan sebab mengapa dia tidak boleh kerap datang ke rumah anak yatim tersebut.
“Ni kenapa Riz datang sini?” tanya Puan Haiza.
“Saje!” jawab Riz.
“Ye ke? Macam tak boleh percaya je!”
“Hmm.. suka hati bonda la.”
“Ya la! Jemput la masum dulu. Ni tercegat je kat sini. Tak letih ke kaki tu?”
“Dari tadi lagi letih ni? Nak dengar arahan dari bonda dulu baru Riz nak masuk.” Balas Riz selamba. Sejak kematian ibunya, hanya Puan Haiza sajalah tempat dia mengadu dan menagih kasih sayang. Oleh itu, hubungan mereka sangatlah akrab dari sehari ke sehari sehinggalah sekarang.
“Mengada-ngada!” Pipi Riz dicubit manja. Riz masuk ke dalam rumah anak yatim tersebut. Dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi.
“Riz duduk la dulu ya. Bonda nak buat air kejap!” Riz hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, air dihidangkan. Puan Haiza mengambil tempat disebelahnya.
“Bonda! Dekat dekat sini ada tak tempat belajar mengaji Al-quran?” tanya Riz.
“Tempat mengaji eh! Bonda rasa ada kot! Kenapa?” Tanya Puan Haiza pula.
“Ala bonda ni! Mesti la nak belajar mengaji. Takkan la ustazah nak ajar Riz berjoget pulak! Apa la bonda ni.” Kata Riz.
“Ala! Bonda gurau je la!” Puan Haiza tergelak melihat telatah Riz. Mengalahkan budak-budak.
“Nanti kalau bonda jumpa bonda call Riz ok!” Kata Puan Haiza!
“Ok!” Balas Riz.
Jangan lupa Vote and Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...