Kelihatan seorang wanita memakai baju kurung dan juga tudung putih berjalan ke arah Riz tetapi setelah separuh jalan, dia berhenti.
“Ibu!” Panggil Riz.
“Ya Riz! Ibu di sini. Tengku Azira anak ibu! Dengar apa yang ibu pesan ya. Riz dah besar kan! Jadi, Riz kena buat apa yang sepatutnya Riz buat.
Aurat kena tutup ye sayang. Ingat, aurat perempuan daripada hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan telapak tangan. Tanggungjawab Riz kena ingat. Solat! Solat kena jaga sayang sebab nanti amalan pertama yang dihitung di sana adalah solat. Puasa Riz kena cukup. Jangan tinggal sebab ia dah jadi kewajipan Riz. Dengan cakap papa. Dengar cakap bodyguard Riz, Asy tu ya sayang. Ingat! Tak semua benda kita boleh miliki walaupun kita sayang akannya.
Inshaallah Riz dapat masuk syurga kalau Riz ikut apa yang patut Riz ikut. Ibu tak boleh lama-lama lagi ya sayang. Assalamualaikum anak ibu! Ingat pesan ibu!” Wanita tersebut melambai ke arah Riz sebelum perlahan-lahan hilang daripada pandangan matanya.
“Ibu! Tunggu ibu! Jangan tinggalkan Riz! Ibuuuuu!!!” Riz terkejut tiba-tiba. Terasa ada air yang mengalir keluar dari tubir matanya.
“Astaghfirullahalazim! Aku mimpi rupa-rupanya. Jam dilihat. Sudah pukul 5:00 pagi. Azan adalah pada jam 5:30. Lantas dia menuruni katil dan ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Selesai berwuduk, dia ingin menunaikan beberapa solat sunat.
“Macam mana nak solat sunat eh?” Riz terfikir. “Ha! Buku tu.” Riz lantas membuka sebuah buku yang telah lama ditinggalkan oleh arwah ibunya. Buku tersebut sudah berdebu.
Tajuk solat sunat dicari. Setelah menjumpai apa yang dikehendaki dan setelah memahami segala isi yang tersurat, dia terus menunaikan beberapa solat sunat.
Solat sunat taubat adalah solat sunat yang terakhir dilakukan. Riz bersujud pada sejadah dengan lebih lama daripada sujud yang biasa. Kelihatan air mata taubat ikhlas mengalir keluar mengenai sejadah. Selesai memberi salam, Riz menadah tangan memanjat kesyukuran kepada yang Maha Esa.
“Ya Allah Ya Tuhanku! Terima kasih Ya Allah! Terima kasih kerana Engkau masih memberikanku peluang untuk bertaubat Ya Allah! Ya Allah! Ampunilah aku Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang jahil Ya Allah! Ya Allah! Ampunilah dosa kedua ibu bapaku Ya Allah! Berikanlah mereka syurga Ya Allah! Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami daripada azab neraka Mu. Hisablah kami dengan Hisab yang mudah Ya Allah! Ya Allah! Matikanlah kami dalam husnul khotimah Ya Allah! ............ Amin Ya Rabbal 'Alamin!”
10 minit berdoa, akhirnya diakhiri dengan kalimah Amin.Tasbih diambil dan zikir dibaca. Setelah agak lama berzikir, akhirnya azan subuh berkumandang. Selesai azan, Riz segera menunaikan solat subuh. Tangan diraupkan ke muka tanda doa telah habis dibaca. Kata-kata ibunya tadi terngiang-ngiang di telinganya.
“Aurat kena tutup ye sayang. Ingat, aurat perempuan daripada hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan telapak tangan.”
“Ibu! Mulai dari sekarang, Riz akan jaga aurat Riz ibu. Riz nak masuk syurga dengan ibu.” Riz berkata dengan penuh semangat. Telekung dilipat. Begitu juga sejadah. Kemudian, kedua-duanya disangkut pada penyangkut baju.
Di melabuhkan punggung di birai katil. Fikirannya terkenangkan kata-kata ibunya.
“Tutup aurat! Kalau tutup aurat kena la pakai tudung. Nanti, aku ada apa-apa aktiviti tak eh?” Dia berfikir seketika.
“Hmm.. Macam takde. Kalau macam tu aku nak pergi mall la beli tudung. Tapi, nak keluar kena la pakai tudung.” Langkah diatur ke hadapan almari yang pernah dikongsi bersama ibunya.
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
БоевикIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...