“Kenapa tak pergi check je Ash? Alang-alang ada dekat hospital ni.” Tanya Dato' Is lagi. Bodyguard kesayangan mana boleh biar je.
“Malas la uncle! Takde ape la uncle! Sakit perut biasa je ni! Ni pun dah lega dah.” Asy membalas. Nak aku berlakon sangat kan! Ha! Ambik kau!
“Hmm.... kalau macam tu korang sembang lah dulu ya. Uncle ada appoinment dengan client jap dekat luar.” Dato' Is meminta diri sebelum beredar. Pintu berbunyi menandakan Dato' Is sudah keluar. Asy menggeleng sebelum duduk di atas kerusi di tepi katil Riz.
Kedua-dua tangan diletakkan di atas katil Riz. Mata pula ditenung ke wajah Riz. Hati Riz berdegup kencang. ‘Dup! Dap! Dup! Dap!’
“Woi! Pahal kau tenung aku semacam!” Riz cuba mengawal ketakutannya.
“Tenung calon isteri pum salah!” Jawab Asy selamba.
“Kau jangan macam-macam!” Riz cuba bangun dari katil.
“Eh! Eh! Kau nak pergi mana pula ni?” tanya Asy yang sudah risau dengan Riz yang mahu turun dari katil.
“Kau la! Seram aku! Baik aku cabut dulu!” Riz memarahi Asy. Asy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kedua-dua lengan Riz dipegang. Sorry! Berlapik ok!
“Kenapa? Kau takut eh? Kalau aku cuba nak...” Kata Asy dalam nada menggoda. Ayatnya dibiarkan tergantung.
“Kau nak buat apa ni Asy? Tolong la lepaskan aku!” Suara Riz sudah tenggelam timbul. Kelihatan ada air yang bergenang di kelopak mata.
“Sudah! Aku gurau je la! Kau ni.. sensitif betul!” Kata Asy.
Riz merentap tangannya daripada pegangan Asy. Dia duduk melutut dan menangis di situ.
“Ya Allah! Apa aku dah buat ni!” Asy meraupkan mukanya dengan kedua-dua belah tangan.
“Hey! Jangan la nangis. Aku gurau je la. Listen here! I'm your bodyguard. Takkan la aku nak buat macam tu dekat kau. Kau pun tau kan apa tugas aku. Untuk protect kau. Aku janji aku akan protect kau selagi nyawa aku masih ada. Dah! Dah! Jangan nangis ok! Nanti tak cantik!” Pujuk Asy lembut.
“Janji?”
“Yes! Promise!” Asy mengangguk sambil tersenyum.
**********
“Wah! Leganya aku dah boleh keluar! Rindunya aku dengan kau katil!” Riz merebahkan badannya di atas katil.
Sudah 4 hari Riz berada di hospital. Orang susah nak demam la katakan. Bila kena sekali, lama bukan main! Nombor seseorang didail.
“Assalamualaikum!” Suara di talian menyahut.
“Waalaikumussalam!” balas Riz. “Kau buzy tak hari ni?” sambungnya lagi.
“Tak! Kenapa? Nak pergi mall ke?” tanya Asy.
“Wow! Hebatnya kau teka. Macam apa tu.. Ha! Ahli nujum pak belalang!” Riz menjerit kerana tekaan Asy tepat.
“Ada ada je la kau ni. 15 minit lagi aku sampai. Assalamualaikum!” Asy meletakkan talian sebelum sempat Riz menjawab salamnya.
“Ceh!” Keluh Riz.
“Yahoo! Pergi mall!” Riz kemudiannya bersorak kegembiraan. Persis beruk dekat dalam hutan pun ada. Bergegar satu rumah!
“Kenapa tu Riz?” Laung Dato' Is daripada bawah.
“Alamak! Kuat sangat ke?” Riz tertanya-tanya.
“Takde apa la papa! Riz ok!” Riz menjerit sedikit supaya papanya dapat mendengar suaranya. Dengam segera Riz bersiap. Tetapi hari ini, cara pemakaiannya sedikit berbeza daripada sebelum ini.
Rambut yang sebelum ini disanggul kemas dilepaskan. Panjangnya sudah melepasi separuh bahagian belakang badannya. Minyak diambil kemudia disapu rata. Sikat pula diambil lalu rambutnya disikat supaya lebih kelihatan rapi.
Kalau sebelum ini jaket sahaja yang disarungkan di badan namun kali ini berbeza. Riz mengenakan sweater yang berjenama Adidas berbelang hitam putih pula di bahagian tepi.
Seluar jean disarungkan. Kini, Riz kelihatan seperti seorang perempuan. Kalau sebelum ini, sekali pandang persis seorang lelaki. Kalau dulunya selalu bertopi namun kali ini rambutnya dilepas bebas begitu sahaja.
Hon! Hon!
Kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah. Riz bergegas turun dari tangga.
“Nak pergi mana pula ni?” tegur Dato' Is.
“Mall!” Jawab Riz pendek. Tangan Dato' Is disalami dan pipinya pula dicium.
“Bai pa! Kesian Asy tunggu. Assalamualaikum!” Riz melambai papanya. Kasut Adidas berjalur 3 yang berwarna hitam putih disarung.
Riz membuka pintu kereta belakang dan masuk ke dalam. Asy masih membatu.
“Kenapa tak gerak lagi? Jom la!” Kata Riz. Asy terkejut. Dia menampar pipinya lembut.
‘I can't believe it!’ desis hati Asy. Kereta terus dipandu menuju ke mall.
“Weyh! Jom makan aiskrim!” Riz mengajak Asy.
“Ok! No prob!” mereka berjalan beriringan menuju ke booth aiskrim yanh terdapat di dalam mall tersebut.
“Bagi saya chocolate flavour and vanilla flavour satu!” Riz memesan 2 jenis aiskrim. 2 minit, aiskrim yanh dipesan siap.
“Semuanya RM3!” kata jurujual tersebut. Riz menghulurkan 3 keping wang berjumlah RM1.
“Jom makan dekat bangku sana!” Asy menunjuk bangku yang disediakan berhampiran booth tersebut. Mereka berdua duduk di situ sambil menikmati aiskrim.
Asy mengeluarkan iphonenya. Dalam diam, beberapa keping gambar Riz sedang makan aiskrim disnap. Tanpa sedar, Asy tertekan flash.
1,2,3, snap!
“Apa ni tangkap gambar orang!” Riz menjerit kecil.
“Hehe!” Asy menunjukkan barisan giginya yang putih.
“Ingat comel la buat macam tu?” Riz geram.
“Of course!” Balas Asy sambil memuncungkan mulutnya. Riz tergelak. Buruk benor rupanya!
“Amboi! Seronoknya korang!” tegur seseorang yang melihat adegan mereka. Masing-masing memandang gerangan tersebut.
Jangan lupa Vote and Comment!

YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
ActionIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...