Motor ditunggang menuju ke mall yang biasa dilawatinya. Selesai sahaja memarkirkan motor di tempat yang sepatutnya, dia terus berlari ke arah kedai menjual telefon.
“Banyak gila iphone lawa-lawa dekat sini. Nak beli yang mana ek? Hmm.. aku beli yang model sama je la. Nombot beli baru. Baru aman hidup.” Kata Riz.
Selesai urusan jual beli iphonennya dia terus berjalan keluar dari mall tersebut. Tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang. Riz menoleh ke arah gerangan yang memegang lengannya. Hatinya mula mendidih. Muka juga kelihatan merah-kemerahan menahan marah.
“Nak apa lagi?” Kata Riz kasar.
“Riz! Kau ni dah kenapa? Benda boleh bincang elok-elok kan!” Asy membalas.
“Nak bincang apa lagi? Nak kahwin dengan aku sebab nak lupakan Rai! Eiii! Tolongla! Boleh pergi mati la kalau macam tu.” Bentak Riz.
“Kenapa perlu babitkan Raihana? Mana awak tahu saya nak kahwin dengan awak sebab nak lupakan Raihana? Kalau saya ikhlas? Hati manusia takde siapa yang tahu Riz. Hanya Allah sahaja yang tahu setiap hati hambanya.” Asy mengendurkan kembali suaranya. Perkataan aku kau yang selalu digunakan oleh mereka sudah bertukar kepada saya dan awak.
Riz diam. Tiada satu pun perkataan yang terpacul daripada mulutnya.
“Kenapa diam? Betul kan? Tu handphone tu! Kenapa beli yang baru?” tanya Asy sambil menjuihkan mulutnya ke arah handphone yang baru dibeli Riz tadi.
“Pecah!” balas Riz sepatah.
“Sebab geram dengan saya awak sanggup pecahkan iphone awak yang harga beribu-ribu ringgit tu? Come on la Riz! Awak dah besar. Tolong berfikiran matang la Riz.” Kata Asy.
Riz diam lagi. Baru sahaja dia hendak melagkah meninggalkan Asy, sekali lagi lengannya dipegang Asy. Untung berlapik!
“Nak pergi mana?” tanya Asy.
“None of your bussiness!” Bentak Riz lalu segera meninggalkan Asy yang masih bermain dengan beberapa soalan di dalam kepalanya. Akhirnya dia memutuskan untuk mengekori Riz secara senyap dari belakang.
“Riz buat apa dekat sini? Setahu aku, saudara dia mana ada duduk dekat area ni.” Asy berfikir sejenak. Kemudian, dia terlihat Riz berbual dengan seorang budak lelaki dan kemudian dengan seorang wanita yang agak tua di pintu rumah tersebut.
“Takkan la ni rumah mak mertua dia? Budak tu pula takkan la anak dia? Takkan dia kahwin senyap-senyap tanpa bagitahu papa dia? Astaghfirullahalazim Asy! Apa kau fikir ni! Mengarut la kau ni.” Asy mengetuk keoalanya sendiri. Sekali pandang persis orang yang kurang waras.
**********
Riz memandu motornya menuju ke alamat yang diberikan oleh bondanya iaitu Puan Haiza. Motornya diberhentikan di hadapan rumah yang catnya kelihatan agak kusam. Kelihatan selipar banyak tersusun di hadapan pintu masuk rumah tersebut. Riz melihat semula alamat di kertas yang dipegangnya dan mengadukan alamat tersebut dengan alamat yang tertera pada peti surat rumah tersebut.
“Kalau ikutkan alamat ni la rumah yang bonda bagitau tu. Hmm.. Better aku pergi tanya.”
Riz turun dari motornya dan berjalan menghampiri pintu rumah tersebut. Pintu diketuk beberapa kali.
“Assalamualaikum!” Riz memberi salam. Pintu terbuka. Kelihatan seorang budak lelaki yang kira-kira berusia 5 tahun menyambut kedatangannya.
“Akak cari siapa?” tanya budak lelaki tersebut.
“Betul ke rumah ni yang ajar orang mengaji?” Riz tidak menjawab soalan budak itu malah menyoalnya kembali.
“Ha! Betul la tu.” Balas budak tersebut.
“Tolong panggilkan ustazah tu boleh?”
“Ok!” Budak lelaki tersebut terus berlalu masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian, wajah seorang wanita tua yang berusia dalam lingkungan 50 an terpacul keluar.
“Anak ni cari mak cik ke?” Wanita tersebut menyoal.
“Haah! Betul la tu. Mmm.. mak cik ke yang ajar orang mengaji dekat kampung ni?”
“Ya! Betul la tu. Kenapa ya?” tanya wanita tersebut pelik. Dahinya berkerut seribu.
“Tak. Macam ni, nama saya Azira. Mak cik panggil saya Riz je. Saya nak belajar mengaji dengan mak cik. Boleh ke?” tanya Riz.
“Mestilah boleh! Bila kamu nak mula mengaji dengan mak cik?”
“Sekarang!” Kata Riz teruja.
“Boleh! Boleh! Silakanlah masuk dulu ya Riz.” Jemput wanita itu.
Riz segera mengambil Al-quraannya sebelum masuk ke rumah tersebut. Sesi mengaji berlangsung selama 30 minit. Banyak juga bacaan Riz yang tidak kena. Tapi, Riz bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat membetulkan kembali bacaannya yang banyak salah selama ini.
Jangan lupa Vote and Comment!
YOU ARE READING
Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]
AcciónIbunya meninggal ketika usianya masih muda. Perangainya Ya Allah! Tak sama langsung dengan jantina. Setiap hari ada sahaja mangsanya. Tiba-tiba papanya pula nak ambil bodyguard untuk keselamatannya. Bila dapat bodyguard, bodyguard dia pula yang dike...