Bab 8

4.9K 326 4
                                    

"Tapi abang tak dapat ambil Riz sebab dia ada emergency. Ada orang nak kena rompak!" Asyraf Irfan menerangkan perkara yang terjadi kepada Dato' Iskandar sehingga dia dan abangnya terpaksa bertukar tempat.

"Oh! Ye ke? Habis, Riz tau tak yang kamu ni Asyraf Irfan?" Asyraf Irfan menggeleng.

"Uncle! Jangan bagitau dia please!" Asyraf Irfan merayu dan merapatkan kedua-dua tapak tangannya.

"Eh! Kenapa pula?" Dahi Dato' Iskandar berkerut seribu.

"Yang tu Irfan tak tau uncle tapi Irfan rasa mesti dia ada sebab dia yang tersendiri." Asyraf Irfan berkata dengan sungguh-sungguh.

"Hmm.. Ya la!" Dato' Iskandar mengangguk.

**********

"Asy!! Tolong saya Asy!!" Gadis tersebut meminta tolong. Asyraf Irfan meletakkan jari telunjuk pada mulutnya memberi isyarat agar gadis itu diam.

"Kau sape hah? Kacau line betul!" Marah salah seorang perompak.

"Kau tu yang kacau line aku tengok movie favourite aku tu dah kenapa?" Balas Asy. Astaga!! Sempat lagi ek!

"Zack! Kau habiskan mamat ni! Berlagak betul!" Dia menyuruh rakannya yang bernama Zack untuk menghabiskan Asy. Sorry la brother! Silap orang!

Zack mengangkat kakinya untuk menendang perut Asy namun Asy sempat mengelak. Dengan menggunakan segala ilmu mempertahankan diri yang pernah dipelajari, tidak sampai beberapa minit, Zack sudah tumbang.

Perompak tadi yang melihat rakannya tumbang mula naik angin. Pantang betul bila ada salah seorang rakannya berjaya ditumbangkan. Dia melangkah ke arah Asy dan menendang kaki Asy sekuat hati.

Asy jatuh. Kini, perut Asy pula disepak. Terpercik darah merah keluar daripada mulut Asy. Perompak tersebut tersenyum.

Asy bangkit. Dia terus mengahyunkan buku limanya tepat pada muka perompak tersebut. Perompak tersebut dibelasah sepuas hati oleh Asy sehingga lembik.

Asy menelefon polis dan melaporkan kejadian tersebut. Setengah jam kemudian, kelihatan sebuah kereta polis tiba di hadapan mereka. Asy melaporkan kejadian tadi dengan lebih terperinci. Perompak-perompak itu diserahkan kepada pihak polis.

"Asy! Awak okay ke?" tanya gadis itu. Dia berlari mendpaatkan Asy.

"Don't worry! I'm okay!" Balas Asy.

"Tapi mulut awak.."

"Don't worry! I'm okay!" Asy memintas percakapan gadis tersebut.

"By the way, apa nama awak?" sambung Asy.

"Just call me Lis!"

"Ok! Kenapa awak lalu sini? Awak kan tau yang jalan ni sunyi." Asy bertanya prihatin.

"Biasanya saya lalu, tak jadi apa-apa pun." Balas Lis.

"Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka jalan yang selalunya selamat tiada bahaya. Faham?" Lis mengangguk dan tersenyum.

"Dah! Sekarang ni biar saya hantar awak balik!" Asy menyuruh Lis masuk ke dalam keretanya. Setelah menghantar Lis kerumahnya, dia terus pulang.

Kereta selamat diparkirkan di bawah garaj.

"Assalamalualaikum!" Asy memberi salam setelah masuk.

"Waalaikumussalam!" Asyraf Irfan menjawab salam abangnya itu.

"So, macam mana tadi? Okay?" tanya Asy.

"Okay apanya? Macam-macam dia tanya. Rambut adik la itu la ini la. Untung adik bijak bagi jawapan. Abang tau tak sebab abang lupa nak bagi alamat rumah dia la, adik terpaksa bagi alasan yang memang merapu tapi logik!" Asyraf Irfan bengang.

"Adik bagi alasan apa?" tanya Asy yang sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan adiknya. Dia terus mencari sofa yang bertentangan dengan adiknya dan duduk di situ.

"Adik cakap adik pening makan pisang. Ada sorang mak cik bagi adik makanan apa entah. Lepas makan baru tau yang makanan tu ada pisang."

"What? Muka kerek macam ni alergic pisang? Lawak sia!! Bhahaha!" Asy menggelakkan adiknya.

'Pap!'

Bantal kecil sofa singgah tepat di mukanya.

"Main kasar nampak!" Asy bengang.

"Ko pikir lawak ke brother?" Asyraf Irfan mengangkat kedua-dua belah keningnya sambil membuat muka tiada perasaan.

"Wo! Wo! Lek! Lek! Sejak bila Asyraf Irfan ni jadi samseng ek?" Asy masih lagi main-main dengan adiknya.

"Sejak kita tukar tempat tadi! Dah lupa? Ke amnesia?" Balas Asyraf Irfan geram.

"Lek! Lek! Okay macam ni! Abang minta maaf! Dah urgent tadi nak buat macam mana." Asy kembali serious.

"Tapi lawa jugak kan anak Dato' Iskandar tadi." Asy menyakat adiknya.

"Lawa tu memang lawa tapi perangai kalah jantina." Asyraf Irfan menggeleng.

"Ya ek?"

Asyraf Irfan merenung abangnya tanda tidak faham. Asy juga begitu. Sudahnya, tawa berhamburan. Mana taknya, masing-masing memikirkan benda yang sama tentang anak Dato' Iskandar.

"Lain kali tukar tempat lagi nak?" tanya Asy.

"Kenapa?" tanya adiknya pula.

"Aku nak prank dia. Ya la, selalunya dia je prank orang. Apa salahya kalau dia pula diprank? Aku nak ajar sikit dia tu."

"Set!" Kembar tersebut memberi high-five.

**********

"Kau nak pergi mana cuti-cuti macam ni?" tanya Asy.

"Mana-mana je. Kau rasa dekat mana tempat paling best dekat sini yang kau pernah pergi?"

"Jom!"

"Eh! Eh! Dah jumpa dah! Orang lain kalau soalan macam ni punya la lambat nak jawab. Ala kau ni Riz! Macam tak kenal Si Asy tu. Semua benda jadi simple dengan dia." Omel Riz.

"Hoi! Mengumpat aku ke? Dari tadi asyik sebut nama aku je!" Jerkah Asy.

Bahu Riz terhenjut sedikit kerana terkejut.

"Macam la famous sangat sampai aku nak mengumpat kau! Dah la! Jom!" Riz masuk ke dalam kereta Asy.

Kereta tersebut berhenti di hadapan sebuah warung.

"Ni tempat paling best?" Riz membuat muka.

"Shh!! Diam la! Ikut je!"

"Ya la! Ya la!" Riz turun dari kereta dan berjalan mengikuti Asy. Kelihatan Asy sedang berbual dengan seorang lelaki yang agak tua. Penjual dia kedai ni mungkin.

Tidak lama kemudian, lelaki tua itu keluar dengan membawa dua bungkus air dan diberikan kepada Asy. Asy masuk ke dalam kereta. Riz mengikut.

"Apa benda dalam plastik tu?" tanya Riz ingin tahu.

"Tengokla!" Asy tersenyum sambil memandang Riz.

'Ya Allah! Handsomenya dia senyum!' desis hati Riz.

"Hoi!! Yang dari tadi tenung aku tu dah kenapa? Aku handsome eh? Ke kau suka aku senyum?" Asy menyakat Riz dengan mendekatkan mukanya dengan muka Riz.

"Err.. err.. Mana ada la! Handsome papa aku lagi! Cepat la! Mana tempat best yang kau cakap tu! Dah! Pandu sana!" Riz segera menukar topik. Egonya harus dipertahankan.

Jangan lupa vote and comment!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now