Bab 26

4K 261 6
                                    

“Syarikat kita? Kepala hotak kau!! Lepas kau rasuah papa aku, kau bunuh dia. Lepastu, nak rasuah aku pulak?!! Lepastu bunuh aku pulak?!! Macam tu?!!! Jangan harap la wey! Orang cam kau ni tak LAYAK jadi pemegang syarikat tau tak!!!” Tengking Riz. Perkataan layak ditekankan ketika ayat-ayat panas tersebut diungkapkan.

“Oh! Jadi kau tak nak sign kontrak dengan aku la ni? Takpe! takpe! Kau tunggu la nasib kau macam mana nanti.” Kata Ed sebelum keretanya mengaum meninggalkan jalan tersebut.

“Dah la Asy! Jom balik!” Kata Riz perlahan. Seluruh badannya menggeletar. Riz terus masuk ke dalam perut kereta. Asy pula sudah berada di kusyen pemandu.

“Kau okay tak ni?” tanya Asy.

“A..a..aku tak tau!” Kata Riz perlahan sambil menggeleng kecil.

“Aku takut!! Aku penat!! Aku tak tahan! Aku tak kuat!!” Sambungnya lagi sebelum tangisan kecil kedengaran.

Asy memperlahankan kelajuan keretanya. Kereta dibelakang? Jalan jam? Lantak kau la!!

Asy mengeluh kecil sebelum memulakan bicara.

“Riz! Berapa kali aku nak cakap! Ni semua ujian dunia! Allah uji kau sebab Dia tau kau mampu. Dia tau kau boleh tempuh ujian ujian Dia. Dia tahu kau kuat. Dia sayang kau! Dia nak jadikan kau ahli syurga dia.

Cuba kau tengok diri kau. Kau dah mula berubah. Kau dah mula pakai tudung. Kau dah mula mengaji. Dia bagi hidayah pada kau dan dalam masa yang sama Dia uji kau. Dia tau kau boleh tempuh. Listen! Kau mampu hidup tanpa ibu kau. Tak mustahil kau mampu hidup tanpa papa kau pulak! Kau wanita yang paling kuat yang pernah aku jumpa. Aku! Bodyguard kau! Tugas aku! Jaga kau! Lindungi kau dengan memgorbankan nyawa aku sendiri.” Kata Asy.

“Dah jom turun! Dah sampai ni.” Sambungnya lagi. Riz yang baru sahaja lepas menangis terpinga-pinga.

“Jom turun! Ke kau nak duduk dalam kereta no dengan aku sampai malam? Aku boleh je.” Sakat Asy.

“What? Tak ingin la aku nak duduk dengan kau sampai malam!” Balas Riz geram. Asy tergelak kecil. Hesyh! Pantang disakat mula la nak menyinga.

Riz membuka pintu kereta dan terus keluar memasuki rumahnya. Asy tersenyum kecil. Kereta diundur lalu dia meninggalkan rumah banglo tersebut.

**********

Asy mengelap rambutnya yang basah dek baru selesai mandi menggunakan tuala bersaiz sederhana yang berwarna biru.

Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di atas katil.

‘Ting!’

Bunyi whatsapp masuk mula kedengaran.

“Siapa la yang whatsapp aku time macam ni.” Kata Asy. Skrin dibuka dan whatsapp diperiksa.

“Riz?” Kata Asy. Hairan bin pelik! Tidak pernah Riz mewhatsappnya pada waktu sebegini. Biasanya hanya pada waktu siang sahaja. 

Assalamualaikum! Sorry ganggu kau. Aku nak ucap thanks sebab selama papa aku meninggal kau sentiasa ada dengan aku. Kau sentiasa tolong aku. And thanks jugak sebab kau bagi nasihat dekat aku tadi. Aku baru sedar sesuatu. Okay la! Aku malas ganggu kau! Bai!
7:30 p.m.
👀

Waalaikumussalam. It's just a small matter. Alhamdulillah kau sedar. Letak Allah nombor satu. Inshaallah hati kau tenang. Bai.
7 : 32 p.m.
👀

“Letak Allah nombor satu! Inshaallah Asy!” Kata Riz seusai membaca mesej whatsapp yang dihantar oleh Asy.

Riz berbaring di atas katil. Tidak lama kemudian, dia tertidur.

Satu jam.. 2 jam..

Alarm berbunyi dengan kuat di tepi telinganya. Bingit!! Riz terjaga. Mata digosok.

“Dah pukul berapa ni? Malasnya!” Mata dikecilkan sedikit untuk melihat jam pada skrin telefonnya.

“Astaghfirullahalazim!! Dah pukul sembilan setengah! Allahu! Aku tak solat lagi.” Riz bergegas turun dari katil dan terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Solat isyak ditunaikan.

Selesai solat, Riz memutuskan untuk keluar ke kedai buku. Sudah lama dia ingin membeli buku islamik namun masa mencemburuinya.

Shawl keknis dililitkan di kepala. Gaun ang bersaiz L separas lutut dipakai. Kemudian, seluar jean pula disarungkan. Stokin? Mana stokin?

“Haish! Mana pula aku letak stokin aku ni.” Riz mula menggeledah almari pakaiannya.

“Stokin ooo sto..” Kakinya terpijak sesuatu.

“Dekat sini rupanya!” Kata Riz yang terpijak stokin di bawah katilnya itu. Beg sandang diambil. Kasut adidas yang mempunyai tiga strike disarungkan ke kaki. Kunci motor papanya diambil. Dengan lafaz bismillah motor ditunggang ke SMO yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

SMO merupakan kedia buku kegemarannya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Segala jenis buku boleh didapati di situ.

Riz memarkirkan motornya di hadapan kedai buku tersebut dan masuk ke dalam untuk mencari buku yang berunsurkan islamik.

“Kau nampak budak tu?” Kata Ed kepada seorang lelaki yang mengekori Riz dari rumahnya lagi.

“Nampak!” Jawab lelaki tersebut.

“Aku nak kau jalankan seperti yang dirancang esok petang. Pagi kita bagi dia chill chill dulu.” Arah Ed.

“Beres bos! Asal aku dibayar aku on!” Balas lelaki tersebut pula.

Jangan Lupa Vote and Comment!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now