Bab 20

4K 271 7
                                    

5:00 pm
“Betul ke apa yang Asy cakap ni? Asy memang serious ke?” tanya Dato' Is dengan wajah yang serius. Mereka berdua sedang berbincang tentang suatu perkara yang serius di sebuah kafe berdekatan dengan pejabat Dato' Iskandar.

“Betul uncle! Asy serious!” Jawab Asy bersungguh-sungguh.

“Kamu sanggup ke kalau dia tiba-tiba nak sambung belajar?” Tanya Dato' Is lagi. Kopi yang telah dihidangkan selama 2 minit tadi disisip sedikit.

“Inshaallah uncle saya sanggup! Kalau itu yang Riz nak saya akan beri keizinan.” Jawab Asy lagi.

“Dia dah tahu ke?” tanya Dato' Is.

“Belum uncle! Uncle jangan la bagitau dia dulu. Biar Asy sendiri yang bagitau dia ok!” Kata Asy separuh merayu.

“Baiklah! Kalau itu yang kamu minta uncle ikutkan sahaja.” Dato' Is setuju dengan permintaan Asy.

“Pagi esok saya datang rumah uncle! Kita bincang pasal ni.” Dato' Is mengangguk.

8:00 pm
Iphone milik Riz berkelip-kelip menandakan ada panggilan masuk. Panggilan tersebut diangkat Riz.

“Hello! Assalamualaikum!” Riz memberi salam.

“Waalaikumussalam!” Balas Puan Haiza.

“Ada apa bonda call Riz malam malam macam ni. Biasanya waktu siang baru bonda call Riz.”

“Bonda dah jumpa dah ustazah yang boleh tolong ajarkan Riz mengaji.” Kata Puan Haiza dengan nada gembira.

“Ya Allah! Betul ke ni? Terima kasih bonda! Bonda! Nanti jangan lupa send alamat rumah ustazah tu dekat Riz ya!” Balas Riz teruja.

“Iya! Nanti bonda send ok! Suka sangat la tu.”

“Mestilah suka bonda. Dah lama dah Riz tak belajar mengaji. Rindu la!”

“Ololo manjanya dia! Hmm.. Takpe la Riz. Bonda nak rehat dulu ni. Sambung lain kali ya! Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” Talian diputuskan.

“Riz! Riz! Turun sini jap sayang! Papa da benda nak cakap ni! Riz! Oo Riz!” Dato' Is memanggil Riz berulang-ulang kali.

“Apa dia pa... hah?” Riz terkejut dengan kehadiran Asy kerana dia tidak bertudung. Riz berlari naik ke atas dengan pantas dan tanpa sengaja dia tersadung satu anak tangga.

“Aduh! Sakitnya! Tak guna punya anak tangga!” Riz menjerit kuat.

“Elok-elok!” Laung Asy.

“Diam la kau!” Laung Riz pula. Asy tersenyum nipis kemudian menggeleng kecil. Dato' Is hanya tergelak melihat keletah kedua-dua oramg tersebut.

Tidak lama kemudian, Riz turun dengan pakaian yang lengkap menutup aurat. Dia berjalan terhincut-hincut dan melabuhkan punggungnya di atas sofa rumahnya yang empuk. Dato' Is dan Asy juga turut berbuat perkara yang sama.

“Ada apa papa panggil Riz ni? Kenapa tak bagitau yang Asy nak datang? Tengok! Kan dah cedera!” Riz membebel.

“Papa lupa yang anak papa dah bertudung sekarang. Sorry!” Dato' Is memohon maaf.

“It's okay! So, papa nak cakap apa? Macam serius je bunyi.” Riz sudah berdebar-debar menantikan ayat yang akan muncul dari mulut papanya.

“Macam ni. Asy datang ni ada tujuan sebenarnya. Korang pun dah lama kenal. Jadi, tak salah rasanya kalau Asy nak ambil Riz jadi isteri dia. Macam mana? Riz setuju tak?” Riz melopong. Sesuatu yang tidak pernah dijangka seumur hidup. Asy hanya memandang karpet. Takut untuk mendengar jawapan daripada mulut Riz.

“So Riz! Macam mana? Setuju tak?” tanya Dato' Is. Riz berdiri.

“Stay away from me for 1 week!” Kata Riz tegas sebelum langkahnya diatur naik ke bilik.

“Riz!” Marah Dato' Is dengan sikap puterinya itu. Riz tidak menghiraukan panggilan papanya.

“Sorry la Asy! Riz tu susah nak jangka tindakan dia.” Kata Dato' Is.

“Saya faham uncle dan saya tahu kenapa dia jadi macam tu. Takpe la uncle. Saya balik dulu.” Asy terkilan dengan perlakuan Riz. Dia menyalami tangan Dato' Is sebelum beredar. Dato' Is hanya menghantar Asy dengan pandangan kosong.


“Ya Allah! Kenapa hati aku sakit saat aku tolak lamaran dia Ya Allah! Kenapa Ya Allah! Ya Allah! Tolong la aku Ya Allah! Beri aku petunjuk Ya Allah!” Riz menangis. Bantal diambil dan ditekup ke muka. Dia menjerit sepuasnya. Keliru dengan perasaan sendiri. Hati kata mahu tetapi mulut menolak. Dia menangis sepuasnya dan akhirnya tertidur kerana keletihan.

Pintu diketuk.

Satu saat... Dua saat... Tiga saat...

“Waalaikumussalam! Nak apa datang rumah adik malam malam buta macam ni?” Tanya adik kembarnya bersama satu sindiran. Adab datang rumah mana? Melayang?

“Sorry! Assalamualaikum! Dah tepi la!” Asy menolak sedikit badan adiknya supaya dirinya dapat membolosi pintu yang hanya muat satu setengah badan manusia sahaja. Untung dia kurus!

Asy membaringkan badannya di atas sofa. Bantal kecil sofa diambil dan ditekupkan ke muka. Dia diam seperti mayat.

“Haih! Dah kenapa? Broken?” Adik kembarnya masih menyindir.

“Kau ni! Satu hari tak sindir aku tak boleh kan?” Asy geram.

“Wo! Wo! Chill la brother!” Irfan meminta abangnya bertenang.

“Chill kepala hotak kau kalau dari tadi asyik duk menyindir aku je kerja.” Balas Asy.

Haih kembar ni! Satu hari tak bergaduh memang tak sah. Untung kembar! Senang nak berbaik.

Jangan lupa Vote and Comment!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now