Biar kami bantu

504 65 37
                                    

"Tempat apa ni awak?"

"Ni tempat aku. Kau duduk dulu. Aku nak telefon seseorang."

Aku duduk di atas bangku. Jung Kook pula menghubungi rakannya barangkali. Rumah kecil yang berada di depan ku ini katanya merupakan tempat lepak Jung Kook. Pelik, sebab artis biasanya tinggal di asrama mewah. Tempat ni macam aku pernah nampak tapi tak ingat kat mana.

"Kau tunggu kat luar kejap. Aku nak pergi ambik barang. Kejap lagi kawan-kawan aku sampai. Nanti aku tanya diaorang cara nak tolong kau."

"Terima kasih Jung Kook."

Dia masuk ke rumah tersebut. Di sini terasa sungguh sejuk dan asing bagiku. Aku memandang ke sekeliling. Hanya terdapat beberapa perumahan saja di sini.

"Nah, pakai ni." Jung Kook menghulurkan sweater kepada ku.

Dia lantas duduk di kerusi berdekatan ku. Di tangannya ada kotak ubatan.

"Habis hilang muka kacak aku." Jung Kook melekatkan plaster di luka pada wajahnya.

"Saya ada cermin kecil, kalau awak nak guna."

"Tak payahlah. Eh, kau lari dari rumah ke sebenarnya."

"Tak. Saya sendiri pun tak faham apa yang tengah jadi. Sedar-sedar saya dah ada kat sini." Air mata mengalir lagi.

"Tak payah lah nangis. Aku tanya  je.''

"Woi.  Jung kook"

Kedengaran suara seseorang menyapa dari jauh. Aku mengangkat kepala. Sekali lagi aku tergamam kerana di hadapan ku kini berdiri enam orang lagi lelaki yang amat ku kenali wajah mereka. Ya, semuanya adalah ahli bts.

"Jung Kook, sape ni? " Tanya Jimin.

Keenam mereka terkejut dengan kehadiran aku. Maklumlah mana pernah perempuan datang ke tempat melepak mereka.

"Sebenarnya aku tak kenal pun sapa, cuma.." Belum sempat Jung Kook menjawab, Jimin menariknya ke belakang.

"Sorry ya, awak. Kami ada benda sikit nak bincang."

Mereka berbisik sesama sendiri. Aku membatu di situ. Mesti mereka rasa sangat pelik sekarang.

"Jung Kook, anak dara sape pulak kau bawa balik ni, jangan buat pasal." Namjoon mula bersuara.

"Eh, Jung Kook pun tak kenal dia. Jung Kook agak dia amnesia. Nak kata gila, tak nampak macam gila."

"Habis tu yang kau bawa dia sampai ke sini dah kenapa?" Kali ini Suga pula yang menyoal.

"Jung Kook malas juga nak campur hyung, tapi tinggal kejap je tadi dah ada orang nak cabul bagai. Lelaki kenalah lindungi perempuan kan?"

"Banyak lah kau, diri sendiri pun tak reti jaga. Muka pun lebam." Kepala Jung Kook ditunjal oleh V. Jung Kook mencebik.

"Jomlah kita selidik dulu. Betul kata Jung Kook kesian kat dia sorang-sorang. Mujur jumpa kitaorang kalau jantan lain, dah mendapat dah budak ni. Jom." Jin mula memberi cadangan.

Mereka semua mengangguk dan berjalan ke arah ku.

"Erm, duduklah awak. Saya nak tak tanya boleh?" Jhope memulakan perbualan.

"Tanyalah." Aku merasa agak segan kerana dikelilingi oleh tujuh lelaki tetapi aku ketepikan dulu perasaan ini.

"Apa yang berlaku dekat awak?"

"Saya tak tahu macam mana boleh sampai sini. Saya bukan orang Korea. Saya.." Aku berhenti sejenak. Takkan aku nak cerita yang aku termasuk ke sini melalui telefon. Nanti aku dianggap gila.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Where stories live. Discover now