Halusinasi

309 37 5
                                        

Tae  Hyung menyelinap masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap rumah yang separa terbuka. Mujurlah tiada sesiapa yang nampak kelibatnya waktu itu.

Tujuannya pulang ke rumah bukan kerana ingin menyerah diri tapi dia ingin melihat wajah adik kesayangannya dan ianya mungkin untuk kali terakhir.

Tae Hyung berjalan ke arah bilik adik perempuannya. Perlahan-lahan dia membuka pintu tersebut.

Kosong.

"Mana dia pergi waktu-waktu macam ni? Ke dia tinggal rumah Namjoon hyung?" Jelas terpamer kekecewaan pada wajah Tae Hyung.

Tae Hyung beralih pula ke biliknya. Dia rindu kehidupannya yang dulu. Kini semuanya telah tinggal kenangan. Walaupun sekuat mana hatinya berharap, apa yang berlaku tidak dapat diubah lagi.

Akhirnya Tae Hyung telah pun berada di biliknya sendiri. Dia terkedu melihat sekujur tubuh yang berbaring di atas katilnya. Serta-merta air pipinya terasa sejuk. Ada air jernih yang tiba-tiba sahaja mengalir. Dia menunduk lemah.

Dihadapannya ada adik perempuannya yang sedang tidur sambil memeluk bajunya. Mata adiknya membengkak barangkali kerana terlalu lama menangis. Entah berapa ramai yang mengutuk adiknya kerana bersaudarakan penjenayah.

Tae Hyung menghampiri adiknya. Dia menatap lama wajah orang yang sangat dirinduinya itu. Dahi adiknya dikucup lembut sambil tangannya sempat menyeka air mata sendiri.

"Selamat tinggal." Bisiknya.

Tae Hyung menyelubung kepalanya dengan hoodie. Sudah tiba masanya untuk dia pergi. Dia tidak mahu adiknya tahu dia ada di sini.

Baru sahaja hendak memulakan langkah,  seorang lelaki yang amat dikenalinya muncul di depan mata.

"A-ay-ayah?" Mata Tae Hyung terbeliak.

"Kenapa? Terkejut?"

"Bukankah ayah d-dah m-mati?"

Lelaki itu bergerak selangkah menghampiri Tae Hyung. Tubuh Tae Hyung mula menggigil. Semakin lama lelaki itu semakin mendekat menyebabkan Tae Hyung semakin berundur ke belakang.

" Kau dah mati, tak, tak mungkin. Aku yang tikam kau. Kau dah mati!!" Jerit Tae Hyung.

"Kenapa kau nampak takut?"

"Diam! Tak mungkin! Kau dah mati!" Tae Hyung mulai resah.

"Mati? Aku takkan mati sebelum aku cabut nyawa kau!" Lelaki itu terus berlari ke arahnya dan mencekik leher Tae Hyung.

"Lepaskan aku! Lepaskan!" Tae Hyung meronta-ronta. Cengkaman yang kuat pada lehernya menyebabkan dia sukar bernafas.

Tae Hyung cuba menendang perut lelaki tersebut dan berjaya. Lelaki itu tersungkur. Tanpa menunggu lama, Tae Hyung terus berada di atas badan lelaki tersebut dan kini dia pula yang mencekik leher  lelaki itu.

"Kau yang buat hidup aku musnah! Kau manusia tak guna! Mati kau!" Tae Hyung dikuasai amarah dan cuba sedaya upaya membunuh lelaki itu untuk kedua kalinya.

Sedikit pun dia tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang berhalusinasi. Orang yang dicekik itu tidak lain tidak bukan adalah adik perempuannya sendiri.

"Op-oppa.." Suara adiknya tersekat-sekat.

Tae Hyung bagaikan sudah dirasuk syaitan. Rayuan adiknya sudah tidak didengari sama sekali. Dia menghayunkan tangannya untuk menumbuk wajah orang yang disangka sebagai bapa tirinya. Belum sempat tumbukan dilepaskan, Jhope tiba-tiba sahaja muncul dan menarik serta terus menumbuk Tae Hyung sehingga tersungkur.

Leher hoodie Tae Hyung dicengkam kuat oleh Jhope.

"Kau dah gila ke hah?! Kau nak bunuh adik kau pula ke?!" Jerit Jhope.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang