Aku tertidur di atas sofa manakala Jung Kook tidur di atas kerusi di depan katil Suga. Hanya kami berdua yang berjaga siang ini. Namjoon dan Jin perlu pergi bekerja jadi mereka tidak dapat bersama kami.
Aku yang separa terlena terkejut apabila terdengar suara Suga merengek. Dia akhirnya sedar jua sebelum melepasi 48 jam.
"Suga oppa."
"Hyung." Jung Kook ikut tersedar.
"Aku dekat mana? Kenapa aku hidup lagi?"
"Hyung. Syukurlah hyung hidup lagi. "Jung Kook cuba memeluk Suga tapi ditepis.
"Aku tak nak hidup! Kenapa kau selamatkan aku?! Aku nak mati! Tak guna!" Suga tiba-tiba mengamuk.
Dia menanggalkan wayar pada tangannya dan ingin keluar dari situ tapi Jung Kook segera menghentikannya. Aku juga terpaksa memegang lengannya. Suga betul-betul tidak terkawal.
"Hyung sudahlah hyung. Sudahlah!!"
"Oppa, janganlah macam ni."
"Kenapa korang nak selamatkan aku? Aku tak nak hidup. Buat apa selamatkan orang pembawa sial macam aku? Kenapa? Aku dah hancurkan hidup kau Jung Kook. Kenapa kau bodoh sangat selamatkan aku?!"
"Kalau hyung dah tahu hyung punca kaki Kook rosak jadi bertanggungjawablah!!"
Suga terdiam.
"Kalau betul rasa bersalah, bertanggungjawablah. Jangan lari lagi. Kalau betul hyung sakitkan Kook, pulihkanlah Kook balik. Kenapa nak lari lagi?" mata Jung Kook mula bergenang.
"Kook, saya keluar dulu. Awak slow talk lah ya dengan Suga oppa." Aku meminta diri dan keluar dari situ agar mereka ada masa privasi untuk berbincang.
"Hyung, memang aku ada kawan, aku ada keluarga tiri tapi semua tu tak sama dengan hyung. Hyung yang berjanji nak bersama-sama aku kejar kejayaan tapi kenapa hyung mungkir janji? Kenapa hyung?"
Suga tidak mampu memberikan jawapan.
"Hyung, sekalipun kau bencikan hidup kau hyung, janganlah hyung buat aku hilang tempat bergantung aku satu-satunya. Kau tak kesian ke dekat aku, hyung? Hah?"
Suga berasa bersalah. Dia fikir tindakannya membunuh diri adalah tindakan yang tepat tapi nampaknya tindakan itu menyebabkan sahabatnya itu lebih terluka.
"Aku cuma tak nak kau lebih terluka nanti bila kau dekat dengan aku. Aku.."
"Siapa kau untuk tentukan apa yang aku rasa hyung. Kau takkan mampu fahami hati aku kalau tak kau takkan buat kerja gila ni, hyung."
Suga menghembuskan nafasnya sambil menunduk.
''Kau patutnya bencikan aku. Kakak kau terkorban selepas kenal aku. Impian masa depan kau musnah sebab aku dan sekarang kaki kau sakit sebab aku. Kau patutnya bencikan aku."
"Ya, aku benci kau hyung tapi aku tak boleh tipu diri aku. Aku benci hyung sangat sampai aku benci diri aku sendiri sebab aku biarkan diri aku buat macam tu pada hyung. Tolong bantu aku buang perasaan tu hyung sebab aku tak nak benci diri sendiri."
"Tapi aku pembawa nasib malang.."
"Kau sedar tak hyung, kau dan aku tak ada beza pun. Disebabkan aku, ibu aku meninggal. Aku lagi sial dari kau hyung. Kita sama-sama pembawa sial. Tak ada siapa yang boleh bertahan bila dekat dengan aku, bila dekat dengan kau, hyung. Aku sepi hyung. Kau faham kan macam mana perasaan sepi dan sedih hidup aku? Nasib kita sama. Aku yakin kau lebih tahu perasaan aku, hyung."
Suga berasa sangat sedih selepas mendengar pengakuan Jung Kook. Dia memang sangat sayangkan Jung Kook. Melihat Jung Kook sedih, dia rasa seolah-olah telah mungkir janji dengan kekasihnya. Janjinya untuk menjaga adik arwah kekasihnya.
"Kaki kau, macam mana?" Suga memerhati kaki kiri Jung Kook yang berbalut. Jung Kook terpaksa berdiri menggunakan tongkat.
"Doktor kata banyak saraf yang rosak. Kook boleh berjalan tapi tak boleh lama-lama nanti kejang. Kook pun tak boleh buat kerja lasak."
"Maafkan aku. Aku puncanya." Suga dihurung rasa bersalah. Dia menunduk kembali.
"Jadi, hyung nak tak bertanggungjawab?"
Suga mendongak.
"Jaga aku sampai mati?"
Suga tunduk kembali dan mengangguk.
"Duduklah. Nanti kau s--"
Dush.
Satu tumbukan kecil mengena di pipi Suga menyebabkan Suga terkejut. Terbuntang mata Suga dibuatnya.
"Kau gila ke? Kenapa kau pukul aku?"
"Kook dah janji dekat tuhan kalau hyung sedar Kook nak pukul hyung. Aku patut pukul kau lagi teruk, hyung. Tu balasan sebab dah buat aku hampir hilang abang yang aku sayang." Jung Kook tergelak kecil. Puas hati dengan apa yang baru dibuatnya.
"Gila."
"Nak mencarut la tu? Padan muka pipi dah bengkak."
"Yahh, aku ni pesakit lagi tahu tak?"
"Alololo marah ke?"
"Kurang ajar kau eh, budak? Tak apa nanti kita sama-sama sihat, aku terajang kau." Suga pura-pura geram.
"Hahahaha."
Suga menghulurkan tangannya.
"Jadi, kau maafkan aku?"
Huluran tangan Suga disambut Jung Kook.
"Tak. Sampai bila-bila pun Kook tak akan dapat maafkan hyung sebab memang dari awal hyung tak pernah pun buat salah pada Kook."
"Terima kasih Jung Kook. Aku.. Aaarghhhhh." Suga menjerit apabila tangannya dipicit kuat oleh Jung Kook.
Jung Kook tergelak.
"Kejam eh kau, Kook. Tak apa, tak apa. Siap kau nanti bioa aku dah keluar dari sini."
"Haha. Aku keluar dulu la hyung. Nak panggil doktor. Kau kan baru sedar hyung. Lepas tu nak suruh Salwa masuk balik. Kesian dia sorang-sorang dekat luar."
"Jung Kook, tunggu!"
"Ya hyung?"
"Aku... Aku sayangkan kau."
"Hah? Ulang sekali lagi?" Jung Kook menahan gelak. Dia macam tak percaya boleh dengar ayat macam tu dari mulut Suga.
"Dah ah. Pergilah cepat." Suga berasa malu.
"Hyung sayang aku? Serius ek? Gila ah." Jung Kook masih lagi mengacau hyungnya.
"Ambil kau!" Suga melempar bantal ke arah Jung Kook.
Mereka berdua tergelak bahagia.
![](https://img.wattpad.com/cover/134967840-288-k408477.jpg)
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...