Reflection

328 45 1
                                    

"Bye semua. Bye"

Aku dan Namjoon sama-sama mengucapkan selamat jalan terhadap mereka semua. Nampaknya malam ini sekali lagi  aku terpaksa bermalam berdua sahaja dengan dia. Semua yang lain ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi mereka perlu balik ke rumah masing-masing.

"Salwa, kau masuklah dulu. Aku nak pergi kedai depan tu kejap."

"Kalau saya nak ikut boleh? Nak beli top up."

Namjoon mengangguk. Kami berjalan beriringan ke kedai yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah. Bayu malam membuatkan aku menggigil kesejukan. Begini rupanya rasa udara di Korea. Sejuk sangat.

''Ah chum." Aku terbersin.

"Nah pakai sweater ni."

Namjoon menawarkan sweaternya pada ku. Awalnya aku menolak tetapi dia tiba-tiba memakaikannya di badan aku. Aku terkedu untuk seketika. Terasa agak segan bila diperlakukan sebaik itu. Dia buat aku rasa memiliki abang yang sangat prihatin.

Akhirnya kami sampai jua di kedai tersebut. Kedai tersebut dibuka 24 jam.

"Aku ke sana kejap." Ujar Namjoon sambil berjalan ke bahagian makanan segar.

Aku pula pergi ke kaunter untuk membeli top up. Untuk urusan pembayaran aku terpaksa meminjam duit Namjoon terlebih dahulu memandangkan aku langsung tidak berduit. Mujurlah dia tidak keberatan untuk meminjamkan sebahagian duitnya untuk ku.

Setelah selesai segala urusan, kami melangkah keluar. Dia ku lihat membeli barang masakan. Maknanya esok, aku perlu stand by bangun awal untuk membantunya memasak. Walaupun skil memasak aku agak teruk.

"Woah, tengok siapa ni, ada Namjoon di sini." Seorang lelaki muda tiba-tiba sahaja menegur Namjoon.

"Dah Salwa, jom jalan." Namjoon segera ingin berlalu. Riak wajahnya kelihatan kurang senang dengan kehadiran lelaki tersebut.

"Kau lupa member sekarang ek? Mentang-mentang dah ada awek. Siapa sebelah kau tu? Tak nak kenalkan ke? Tak sangka anak zina pun ada orang nak." Dia ketawa mengejek.

Aku tak silap dengar ke tadi. Anak zina? Siapa? Namjoon ke?

"Eh kau nak apa sebenarnya hah?" Namjoon mula naik geram.

"Saja. Lama dah kan kita tak jumpa. Mesti lah aku nak tanya khabar kau. Amacam life kau sekarang? Dah ada girlfriend aku tengok sekarang ni. Maju betul."

"Bukan urusan kau. Ketepi!"

"Dik, kau kekasih dia ke? Kau bagi dia sentuh kat mana dik sampai korang boleh couple?" Dia sengaja mengapi-apikan Namjoon melalui soalan terhadap aku.

Namjoon tiba-tiba sahaja naik angin. Dia menarik kolar baju lelaki tersebut. Satu tangan dinaikkan. Bersedia untuk menumbuk muka lelaki di hadapannya.

"Oppa jangan! Tolonglah jangan." Aku berasa amat takut. Emosi Namjoon nampak tidak terkawal.

"Lepaslah! Hei, anak zina. Kau rasa kau layak ke pegang aku. Anak tak sah taraf!!" Bentak lelaki itu.

Satu tumbukan dilepaskan ke arah muka lelaki tersebut menyebabkan dia tersungkur. Mulutnya pecah. Namjoon benar-benar marah. Aku tidak pernah lihat dia semarah ini.

"Sial! Kau memang tak guna! Kau ingat kau layak pukul aku ke hah?!"

Namjoon terasa tercabar lagi dan ingin menumbuk lelaki itu lagi. Aku terpaksa menarik belakang bajunya untuk menghentikan perbuatannya itu.

"Namjoon Oppa, sudahlah!"

"Berambus semua orang!. Balik sana!" Namjoon terus berlari meninggalkan kami setelah membentak ku. Aku terdiam. Tidak pasti apa yang perlu aku lakukan. Aku hanya mampu melihat Namjoon dari jauh.

***

"Mana dia ni? Dah pukul 12 malam. Bimbang pula aku. Nak buat apa ni?"

Aku tercegat di muka pintu menunggu kepulangan Namjoon. Tapi dari tadi kelibatnya tidak kelihatan. Aku mula merasa tidak senang duduk.

Tiba-tiba fikiran ku teringat pada sesuatu. Lagu Rap Monster!

Every life’s a movie
We got different stars and stories
We got different nights
and mornings
Our scenarios ain’t just boring
This movie is so fun to me
I want to film it well every day
I want to caress myself
I want to caress me
But sometimes, I really really don’t like myself
Actually, I really don’t like myself often
When I don’t’ like myself, I come to Ttukseom Island
I just stand there in the familiar darkness
There are people smiling and I’ve got a beer that’s making me smile
A fear creeps up and hold my hand
It’s okay, there’s two and three of other people
It’s good for me to have a friend too
The world is another name for despair
My height is the Earth’s another radius
I am all of my happiness and groans
It repeats every day, the love and hatred towards me
Hey friend, looking over at the Hangang river
Would we become intertwined if the ends of our clothes brush as we pass each other
No, maybe we passed each other in a past life
Maybe we ran into each other countless times
People look happier
In darkness than they do during the day
Each person knows their place
Only I walk without a purpose
But it’s more comforting to be here, mixed in with others
Ttukseom Island swallows the night and
Hands me a completely different world
I want to be free
I want to be free from freedom
I’m happy now but I’m unfortunate
I see myself
At Ttukseom Island
I wish I could love myself
I wish I could love myself
I wish I could love myself
I wish I could love myself
I wish I could love myself
I wish I could love myself
I wish I could love myself
I wish I could love myself

Dalam lagu itu tertulis Ttuekseom Island dan Sungai Hangang. Tempat ini merupakan tempat Namjoon melepak seandainya diri dia ingin bersendirian. Ya aku perlu ke sana!! Namjoon pasti di sana!

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Where stories live. Discover now