Jimin menyuakan nasi ke dalam mulutnya. Dia sedang menikmati waktu rehatnya di kafetaria universiti bersama Jhope.
"Hyung, pagi tadi dah makan nasi ke?" Soal Jimin bila kawannya hanya minum air kopi sahaja.
Jhope dari tadi hanya mengelamun memikirkan kata-kata Tae Hyung sewaktu mereka bertemu malam itu.
'Aku tak ada kawan yang tak percayakan aku.'
Kata-kata Tae Hyung asyik bermain di mindanya. Ya, memang Tae Hyung sekarang adalah seorang penjenayah tapi bagi Jhope itu tak akan pernah merubah hakikat yang mereka berdua adalah SAHABAT SELAMANYA.
"Hyung, hyung ok ke? Hyung!"
"Hah? Kenapa Jimin? Ada apa?" Jhope agak terkejut.
"Hyung fikirkan apa tu? Pasal Tae Hyung?" Teka Jimin.
Jhope menunduk tanpa memberikan jawapan kepada soalan Jimin. Melihat wajah sugul Jhope, Jimin dapat mengagak memang itulah perkara yang sedang bermain di fikiran Jhope.
"Tak apa hyung. Tak perlu rasa macam tu. Bukan salah hyung. Nanti kita berdua pergi cari dia sampai jumpa. Sekarang, kita harap yang baik-baik saja untuk Tae." Pujuk Jimin.
Tak lama selepas itu, tiga orang rakan sekelasnya muncul. Salah seorang daripada mereka tiba-tiba sahaja meletakkan lengan di bahu Jimin.
"Korang tak pergi cari budak tu ke? Siapa nama dia, aku dah lupa la. Puas polis cari tak jumpa-jumpa. Entah-entah dah mampus kena makan dengan serigala." Ejek lelaki tersebut.
Jimin berdiri dan hampir ingin membelasah lelaki yang sedang menghina sahabatnya itu. Nafasnya naik turun menandakan dia sedang menahan rasa marahnya.
"Jimin duduk." Arah Jhope tanpa memandang ke arah mereka semua.
"Weh Jhope, kau masih berkawan dengan dia ke? Tak takut ke kalau kau tak dapat masuk syurga sebab budak tu. Rugi tau kau pergi gereja hari-hari tapi disebabkan sokong pembunuh kau jadi berdosa. Kau kan dah nak mati patutny--"
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Jimin terlebih dahulu menyambar kolar baju lelaki tersebut. Jhope tiba-tiba berdiri dan menarik tangan Jimin dan memaksa Jimin beredar dari situ bersamanya. Jimin masih belum puas tapi dia terpaksa melangkah juga.
"Kenapa hyung halang aku?" Marah Jimin. Waktu itu mereka berhenti di depan tandas.
"Kalau ikutkan hyung, hyung nak tampar muka budak tu sampai pecah tapi ni kawasan universiti, kita tak boleh sampai terlibat dengan masalah disiplin." Terang Jhope. Dia tak nak sampai Jimin terpengaruh dengan emosinya itu.
"Tapi hyung. ."
"Dah. Ada kelas lagi tak selepas ni? Kalau tak ada jom balik sama-sama." Ajak Jhope.
"Tak apalah hyung. Jimin ada nak jumpa kawan kejap."
Selepas menepuk bahu Jimin, Jhope berlalu dari situ. Jimin mengeluh berat. Bila sebut tentang kematian, hatinya jadi tak kuat sebab dia takut hal itu benar-benar berlaku. Dia tak nak sahabat yang disayanginya itu pergi untuk selama-lamanya. Dia ada Jhope sorang saja.
Skip
"Weh Jimin!" Panggil seorang lelaki berambut perang. Matanya melilau-lilau seperti sedang memeriksa keadaan sekeliling.
"Kau bawa tak?"
"Ada masalah sikit.
"Masalah apa? Kau jangan buat pasal dah beberapa hari aku tak guna benda tu." Muka Jimin berubah tegang.
"Pembekal yang selalu bekalkan marijuana kat aku tu kena tangkap dengan polis tu pasal aku tak dapat stok baru. Kau tahan la dulu."
"Aduh.. Habis tu bila pula benda tu aku boleh dapat."
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...