Tempat apa ini? Ya Allah, tolonglah aku nak balik. Dah hampir setengah jam aku ke sana ke mari, bertanya orang tapi tak ada siapa yang tahu kat mana rumah aku."Eh, budak. Ambik ni rasakan! Kau berlagak sangat. Ambik kau!"
Dari jauh aku nampak seorang lelaki remaja sedang di belasah oleh dua orang lelaki berbaju hitam. Aku mahu membantunya, tapi aku takut. Aku hanya mampu menyorok sambil berdoa agar lelaki itu dilindungi.
"Arghh..sakitnya.'' Raung budak lelaki tersebut.
Setelah kedua samseng itu berlalu, aku nampak lelaki itu cuba berdiri tapi dia tidak kuat dan terus terjatuh. Aku cuba memberanikan diri mendekatinya.
"Awak, okey ke?"
Dia mengangkat muka memandangku. Aku terkedu. Dia, dia Jeon Jung Kook. Aku kenal wajah itu. Lantas ingatan tentang 20 minit yang lalu muncul kembali di kepala ku.
Flashback
"Adik, tutup pintu tau sebelum keluar, akak nak layan kpop. Haha."
"Yelah. Jangan sampai termasuk dalam video pula."
"Macam cerita Boboiboy ke? Siap boleh masuk dalam game?''
"Ye. Haha, mesti best."
"Kalau macam tu, nak tengok mv I need You lah, mana tahu tersedut masuk dalam ni, boleh jumpa bts depan-depan."
"Haish.. Dahsyat akak punya imaginasi."
"Lagipun mv ni sedih lah. Kalau akak masuk dalam ni, akak nak biar mereka semua dapat happy ending."
"Kan? Bagus, bagus. Adik sokong. Eh dah lambat ni, bye?"
"Bye. Elok-elok."
Setelah adik aku pergi. Aku mula memainkan video I need You sambil berbaring di atas katil. Sesekali kaki yang separuh terangkat aku goyangkan.
Tiba-tiba bunyi guruh yang berdentum menyebabkan aku terkejut. Hujan mula turun dengan begitu lebat. Aku segera menutup pintu bilik. Langsir ku tutup.
Tiba-tiba pintu jendela diketuk. Ada orang dekat luar ke. Sebaiknya aku segera membukanya. Akan tetapi langkah ku terhenti apabila aku sedar bilik ku di tingkat dua. Mana mungkin ada yang mampu mengetuknya dari luar. Serta merta bulu roma ku menegak.
Perlahan-lahan aku menyelak langsir. Dadaku berdebar dan tangan menggigil. Langkah terhenti apabila video I need You yang telah ku tutup tadi terpasang sendiri.
Aku berasa semakin takut. Langkah kaki dihayunkan ke arah katil. Telefon ku capai. Video tadi tiba-tiba menjadi kosong. Bunyi nyanyian ahli bts masih ada tapi videonya tidak ada.
Makin lama bunyi mv semakin lantang dan semakin lantang.
Aku menjerit kerana telingaku tersangat sakit. Sudah tidak mampu menahan kekuatan bunyi tersebut akhirnya membuatkan aku pengsan.End of flashback
"Awak, Jeon Jung Kook kan? Penyanyi kpop kan?"
"Apa kau merepek ni? Penyanyi kpop? Nama aku, mana kau tahu?" Lelaki itu memandangku dengan wajah aneh.
"Betul, saya yakin saya tak salah orang. Awak, tunggu kejap."
Aku membuka telefon bimbit ku yang terbawa bersama dengan ku. Aku mencari-cari video Run tapi semua video yang ku simpan di dalam telefon terhapus termasuk semua gambar bts.
"Mana ni? Takkan satu pun takde. Ya Allah."
"Dahlah, jangan main-main boleh tak. Aku tengah sakit ni. Jawab soalan aku tadi. Mana kau tahu aku ni Jung Kook."
"Awak ni kan idol terkenal, mestilah saya kenal awak."
"Ikut kau lah. Malas aku nak layan loyar buruk kau." Jung Kook bangun dan perlahan-lahan berjalan pergi.
"Jung Kook, tunggu. Saya tak tahu macam mana boleh ada kat sini. Tolonglah saya, awak." Aku merayu kepada jung Kook.
Dia tidak mengendahkan aku. Aku turutnya sehingga ke seberang jalan.
"Tolonglah awak, saya hanya kenal awak je kat sini. Saya tak tahu macam mana boleh sampai ke Korea. Saya takde IC, duit. Semua benda saya takde. Tolonglah awak." Air mata mula mengalir.
"Pergilah balai polis. Dah lah aku nak balik."
"Awak, tolonglah."
"Pergilah sana. Entah orang gila mana ni."
Rayuanku tidak diendahkan. Aku dibiarkan sahaja di jalan. Aku terduduk dan menangis di situ. Jung Kook telah pun hilang dari pandangan.
"Ya Allah. Apa semua ni." Air mata membasahi pipi ku.
"Hai si cantik. Sorang je ke?"
Seorang lelaki mabuk menyapaku. Dia dengan beraninya memegang pipi ku.
"Janganlah, lepaslah."
"Bibirkau, aku nak rasa."
"Tolong, lepaskan aku."
Belum sempat lelaki itu mencium ku, seseorang datang dari belakang dan menumbuknya hingga terjatuh. Dia bingkas bangun dan lari dari situ.
"Jung kook."
Jung Kook rupanya datang semula untuk melihatku. Aku bersyukur melihatnya. Kalau dia tak datang aku pasti menjadi mangsa lelaki mabuk tadi.
"Kau ni kan, menyusahkan." Marah jung Kook.
Aku tunduk dan menangis di hadapannya. Sungguh aku merasa ketakutan dan bingung dengan apa yang terjadi.
"Mana rumah kau? Jawablah."
"Saya tak tahu. Saya sesat."
"Habis tu, kau nak tidur mana malam ni?"
Soalannya aku jawab dengan gelengan kepala. Dia berfikir sejenak sebelum menjawab.
"Ikut aku?"
"Kemana?"
"Ikut je dulu."
Aku terpaksa mengikut Jung Kook ke mana sahaja dia bawa aku kerana aku tidak tahu untuk meminta bantuan daripada sesiapa. Hanya dia yang aku kenal saat ini.
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...