Malam ini aku tidak dapat melelapkan mata walaupun bilik tetamu di rumah Jin sangat luas dan cantik. Aku masih teringat kejadian petang kelmarin.
Truuutt truuutt truttt
Telefon bimbit ku tiba-tiba bergetar. Mustahil ada yang menghubungi ku memandangkan kad sim aku tidak berfungsi di sini.
Aku bangkit dari katil. Jantung mula berdegup kencang. Aku cuba mencapai telefon tersebut.
Getaran terhenti.
"Kenapa telefon aku bergetar?"
Tanpa menunggu lama aku terus membuka kunci skrin dan perkara pertama yang aku cari ialah galeri video.
Aku terkejut. Tiba-tiba sahaja muncul dua buah video. Iaitu Wing short Film Stigma dan Reflection. Setahu aku sebelum ini video tersebut hilang.


https://www.youtube.com/watch?v=405R1VNGDxw
Aku ingat lagi isi kandungan video tersebut. Dalam video Stigma menunjukkan Tae Hyung ditangkap polis dan disoal siasat. Ada juga adegan imbas kembali di mana dia memeluk adiknya yang dibelasah ayah tirinya.Seterusnya ada adegan dia memeluk anjing dan kemudiannya anjing itu berlari pergi. Paling menyayat hati, aku lihat dia berbaring di lantai dalam keadaan menangis dan penuh luka-luka. Video itu berakhir dengan dia meminta kebenaran untuk buat satu panggilan telefon.
Dalam video Reflection pula, Namjoon memegang sekeping gambar burung. Dia abadikan gambar itu dalam bentuk tatu di tangannya sebelum gambar itu dibakar. Kemudiannya dia mabuk dan dirinya kelihatan serabut. Selepas itu, aku lihat dia berlari ke arah pondok telefon tetapi tempat tu terkunci. Dia tak mampu nak buat apa-apa untuk membuka mangga itu.
"Jin oppa.." Aku berlari keluar dari bilik sambil memanggil Jin.
"Kenapa Salwa?" Tanya Jin yang dari tadi belum masuk tidur.
"Tengok ni."
Telefon tersebut bertukar tangan. Jin memainkan video-video itu berulang kali.
"It was the first fissure in the columns that had upheld my childhood which every child must destroy before he can become himself. Such fissure and rents grow together again, heal and are forgotten. But in the most secret recesses they continue to live and bleed. Ia tulisan Herman Hesse dalam novel Dermian tapi oppa tak ingat sangat. Oppa cuma rasa pernah baca."
"Apa maksudnya?"
"Untuk jadi matang, seseorang tu perlu rasa dulu kehancuran."
Kehancuran yang dimaksudkan pasti sama macam yang dialami Tae Hyung sekarang

"Tengok ni ada gambar Eva. Dia watak ibu yang selalu bagi semangat untuk watak Sinclair untuk harungi masa muda dia yang susah." Kata Jin.
"Maknanya Tae Hyung oppa perlukan sokongan ke?"
"Mungkin."
Jin pause video tersebut..
"Ni pondok telefon dari video yang ada Namjoon kan?"
Aku mengangguk. Pondok telefon tersebut tiba-tiba muncul sekilas dalam video Stigma.
Satu ayat keluar sebelum video Stigma berakhir.
"Here, there are only different whales that speak different languages"
"Ayat ni saya tak faham tapi ia diambil dari lirik lagu bts Whalien 52." Kata ku.
"Ni pula ayat dari video Reflection, The other realm however, overlapping half our house was completely different. A loud mixture of horrendous, intriguing, frightful, mysterious things including slaughterhouses and prisons, tales of robbers and suicides"
"Apa maksudnya?"
"Oppa tak pasti tapi barangkali ada kaitan dengan keluarga Namjoon sebab mereka banyak terlibat dengan jenayah. Kalau bunuh diri, dulu masa kecil Namjoon pernah toreh tangan dia. Sebelum kami berjumpa dia ada juga buat kerja bukan-bukan tapi lepas tu dia insaf."
Sebelum ini, Namjoon ada cerita tentang itu kepada ku jadi aku faham maksud Jin.
"I can see someone through the mirror right now. I need to survive? Namjoon selalu cakap dia harap masa berlalu dan dia cepat mati. Rasanya ayat-ayat ni cuma ayat monolog atau muhasabah diri dia untuk--, eh nanti kejap..."
Jin menghentikan video itu. Ada babak kaca pecah yang ditayangkan sekilas. Babak tersebut adalah dari video Stigma.
"Ni dari video Tae Hyung dan yang ni oppa rasa Namjoon pergi pondok telefon sebab Tae Hyung hubungi dia."
"Kalau tengok reaksi Namjoon oppa, saya rasa dia tak sempat jawab panggilan tu."
Kami mula berfikir dan mencari jawapan melalui video tersebut.
"Oppa.."
Jin memandang aku.
"Tadi oppa cakap gambar Eva pada video Stigma melambangkan sokongan seorang ibu kepada anak, jadi adakah ini maknanya Tae Hyung oppa perlukan sokongan seseorang dan orang itu adalah Namjoon oppa. Kiranya hanya Namjoon oppa yang boleh hentikan dia sebab dia cuma percayakan Namjoon oppa?"
Jin cuba menghadam kata-kata ku. Dia berfikir sejenak.
"Jom, kita pergi ke rumah Namjoon."
Skip
Namjoon membuka pintu rumahnya. Aku dapat menghidu bau arak pada badannya. Dia kelihatan kusut.
"Kau mabuk lagi, Joon?" Soal Jin.
Namjoon tidak menjawab. Dia terus meminta kami duduk dulu.
"Tae oppa ada call oppa ke?"
Air muka Namjoon berubah mendadak. Dia meraup kasar wajahnya sebelum menjawab soalan ku.
"Malam tadi aku mabuk. Aku serabut dengan masalah keluarga aku. Masalah hidup, masalah Tae. Keluarga aku buat pasal lagi. Aku tak tahan. Jadi aku minum."
Dia menarik nafas sebelum menyambung.
"Malam tadi Tae Hyung hubungi aku t-tapi.. tapi aku marah dia, aku tengking dia. Aku cakap jangan libatkan aku dalam masalah hidup dia, jangan susahkan aku. Aku tak bagi dia peluang bercakap. Aku mabuk. Aku tak sedar. Semua salah aku."
Aku dan Jin terkejut. Kami hilang kata-kata.
"Allahuakbar macam mana ni, Tae Hyung cuma percayakan oppa sorang. Cuma oppa yang tinggal untuk dia. Dia mesti rasa hilang harapan. Saya takut dia bunuh diri ya Allah.. Macam mana ni."
Air mata ku mengalir kerana teramat takut. Aku takut terlambat.
Namjoon dibebani rasa bersalah.
"Tak. Jangan fikir macam tu. Oppa yakin dia kuat. Dia takkan buat macam tu." Pujuk Jin.
"Tak.. Percayalah. Dia akan cuba bunuh diri. Saya takut..." Aku menangis teresak-esak. Aku serabut. Aku rasa tidak berdaya.
Namjoon tiba-tiba terus bangun dan berlari keluar dari situ.
"Namjoon!!"
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...