Nama siapa?"
"Nur Salwa bt Abdullah."
"Umur?"
"18 tahun."
"Asal?"
"Shah Alam, Malaysia."
"Hem, Malaysia. Tak wujud tempat tu dik." Polis juga menyatakan hal yang sama. Negara Malaysia tidak wujud.
"Takpelah, nanti kami usaha cari rumah adik. Sila tinggalkan no telefon."
Jung Kook terpaksa memberikan nombor telefonnya memandangkan nombor telefon ku tidak sah dipakai di sini.
Selesai melaporkan kes ini di balai polis, aku yang ditemani V dan Jung Kook masuk ke sebuah kedai.
"Jomlah masuk sini." Ajak V.
"Perut dah berbunyi ni. Lambat bagi makan, beranak pinak pula ulat dalam ni." Jung Kook menggosok perutnya.
Aku mengikut sahaja ke mana mereka pergi. Bukan aku kenal tempat apa ni. Yang aku tahu, ini dunia di dalam sebuah mv.
"Pak cik nak burger tiga. Salwa, kau makan kan burger?"
"Takpelah awak, saya tak lapar." Sebenarnya aku lapar tapi duit takde. Jadi aku pura-pura kenyang.
"Yeke tak lapar tadi depan polis tu perut sape yang berbunyi?" Jung Kook memerli. Malu aku jadinya.
"Dah lah, tak payah malu-malu. Hari ni, aku belanja. Dan satu lagi panggil aku oppa. Aku tua setahun dari kau tau." Suruh V.
"Aku pun, panggil Oppa."
"Kau tak payah, kau pun 18 tahun juga."
"Biarlah. Apa salahnya.''
Aku ketawa kecil dengar mereka gaduh.
"Ingat tak reti gelak tadi." Jung Kook terkejut tengok aku gelak. Yelah, dari semalam menangis.
"Lepas makan, kau hantar dia balik ye Kook, hyung ada hal."
"Eh, hyung datang bertiga balik bertiga la."
"Syuhh..diam nak makan ni."
"Tch.''
Selepas v berlalu, aku pulang ditemani Jung Kook. Suasana agak kekok. Aku diam dia pun diam. Dalam masa tu juga aku teringat mv yang pernah aku tengok sebelum ni. Jadi aku merasa orang sebelah ku ini bukan ahli bts sebaliknya remaja biasa saja.
"Kau memang tak ingat ke?" Jung Kook bersuara memecahkan kesunyian.
"Kalau saya cerita kebenaran saya yakin awak takkan percaya."
"Kebenaran apa?" Jung Kook menatap muka ku dengan pandangan serius.
"Biarlah. Saya tak sedia lagi nak cakap."
"Keluarga kau mesti tengah susah hati. Baik kau cepat ingat cepatlah boleh balik."
Bila dia sebut tentang keluarga mata segera berkaca. Sedih. Entah apa yang jadi kat rumah. Mesti mereka bimbang sebab anak mereka hilang.
"Saya nak sangat balik."
"Maaflah. Aku tak patut mention pasal tu masa-masa macam ni. Dah lah kita balik naik bas okey, jom."
Skip
"Nah, aku minta dengan adik aku. Rasa muat kot." Rupanya tadi v pergi ambil baju adik dia untuk beri pada aku.
"Terima kasih."
"Wauww, gentlemen pelik kau V" Usik Jimin.
"Biasalah, orang kacak." V berbangga diri membuatkan Jimin menjuihkan bibir.

ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
Fiksi PenggemarKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...