Lepak Sekali

409 44 3
                                        

Aku membuka mata dengan segera apabila cahaya matahari terasa menusuk kedua mata ku. Cepat-cepat aku bangun dan mencapai telefon bimbit ku. Tertera di atas skrin handphone menunjukkan sekarang sudah pukul 8 pagi. Alahai, lambatnya aku bangun. Nasib tak boleh solat kalau tak dah kelam kabut aku di buatnya. Dah lah aku tumpang rumah orang. Lelaki pula tu.

Aku harap Namjoon tidur lagi. Budak lelaki biasanya bangun lambat terutama hari minggu macam ni. Tak nak lah sampai dia tahu aku bangun selewat ini. Malulah nanti. Tuala dan baju ku ambil. Bersedia untuk melangkah ke bilik mandi.

"Dah bangun?" Soal Namjoon membuatkan aku hampir melatah. Terkejut aku. Kan dah kantoi!

"Eh, awalnya Oppa bangun." Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Buat malu je depan Namjoon.

"Lupa nak cakap. Hari minggu macam ni biasanya kami bertujuh keluar lepak. Nak ikut sekali tak?"

"Boleh lah. Saya pun tak ada benda nak buat hari ni."

Bagus juga sekiranya aku ikut mereka. Aku boleh memanfaatkan peluang ini untuk rapat dengan mereka walaupun sebenarnya tipulah kalau aku cakap aku tidak kekok. Paling penting, ini memudahkan aku untuk mencari tahu masalah mereka yang sebenar. Lagipun video I Need You baru sahaja dikeluarkan jadi memang penjelasan tentang teori video belum disediakan. Aku perlu selidik sendiri.

"Pukul berapa kita semua nak gerak?"

"Tengah hari sikit. Tak mandi lagi kan? Pergilah. Nanti nak sarapan, ambil je kat dapur. Oppa dah belikan makanan."

Aku mengangguk dan segera berlalu ke bilik air. Selesai mandi, mengenakan pakaian dan bersarapan, aku terus ke ruang tamu. Kelihatan Namjoon sedang menonton televisyen. Aku melabuhkan punggung ku di atas sofa panjang di tepinya. Niat ku adalah ingin mengenali Namjoon dengan lebih dekat. Cepat selesai cepat balik!

"Nanti kita nak lepak mana?"

"Tempat yang selalu kami pergi."

"Takpe ke bawa saya sekali?"

"Tak boleh. Perempuan tak dibenarkan." Kedengaran satu suara menyampuk dari arah pintu rumah yang terbuka luas. Aku dan Namjoon berpaling serentak.

"Woah, datang pun korang. Dah berjanggut aku dan Salwa tunggu." Namjoon berdiri dan memanggil mereka ke dalam.

"Biasalah. Si Jimin kalau tak make up tak sah." Jhope memandang Jimin yang waktu itu memaut bahunya. Dia tergelak kecil.

"Zaman sekarang bukan perempuan saja kena jaga penampilan kan Salwa?" Jimin memandang ku lantas aku mengangguk sambil tersenyum sumbing.

Sememangnya penampilan Jimin dan Jhope hari ini agak sama dengan yang aku lihat dari music video I need You. Jimin mengenakan t-shirt hitam berkolar dengan sehelai kemeja bercorak kotak-kotak diikat dipinggang manakala Jhope pula memakai baju jaket hijau gelap. Aku yakin mereka yang lain juga akan mengenakan pakaian yang sama macam dalam mv.

"Jin Oppa dan V? Masuklah." Tiga belas minit kemudian Jin pula sampai. Dia kebetulan terserempak dengan V di jalan jadi mereka terus datang bersama.

"Ya. Salwa, okey tak tinggal sini?" Jin tersenyum sambil duduk di tepi ku.

"Namjoon ada buat benda tak senonoh ke? Bagitahu Oppa." V mencelah kemudiannya kepala nya kena tunjal dengan Namjoon. V tersengih.

"Haish mana ada. Saya okey je."

"Nanti kejap lagi kita pergi bergembira. Jangan sedih-sedih." Pujuk Jin. Di antara semua watak, aku lebih senang bersama Jin versi mv. Perangai mereka berdua agak jauh berbeza. Jin yang ni nampak amat sopan dan terlebih baik. Tak percaya tengok semua mv bts yang hyyh.

"Jadi sekarang ni tinggal.." Belum sempat Jhope menghabiskan ayat Jung Kook muncul bersama Suga.

"Panjang umur dua pasangan merpati sejoli ni.'' V bangun dan ingin berlaga bahu dengan mereka berdua.

"Merpati belah mana?" Suga buat-buat menolak V dan terus duduk di atas sofa. Hari ini dia malas nak fikir pasal kerja ke masalah ke, yang penting dia nak enjoy.

"Jung Kook, kuat bau minyak wangi kau. Sebab ada Salwa ya?" Namjoon mengusik.

"Blah la Hyung. Sekurang-kurangnya Jung Kook pakai deodorant, hyung tu deodorant pun dah setahun habis tak beli yang baru lagi. Salwa, jangan dekat sangat dengan hyung ni. Nanti bau busuk."

"Namjoon, kau nak pinjam aku punya deodorant ke?" Jimin tersengih.

"Geli aku, guna orang punya."

"Bulu ketiak tak potong." Jhope menambah.

Serta merta aku tergelak mendengar lawak mereka. Biasalah perangai budak lelaki semua gila-gila. Aku ni malu sebenarnya. Selama ini aku tak pernah bercakap dengan lelaki melainkan ketika group work. Jadi normallah kalau masa mereka rancak berbual aku diam sahaja. Banyak mendengar dan ketawa berbanding menyampuk.

"Jadi, jomlah berangkat. Kalau bersembang saja, sampai petang tak terbuat rancangan kita." Ajak Jin.

Aku dan yang lain serentak mengangguk. Kami mula bergerak menuju ke kereta yang diparkir di luar rumah. Kami akan menaiki kereta hitam besar dan mahal. Kata mereka ini kereta Jin sebab dia anak orang kaya jadi dia je lah yang paling mampu sediakan benda mewah macam ini untuk dikongsi bersama para member. Yang paling tak sangka, aku dapat rasa nikmat naik kenderaan yang ada dalam mv. Bertuah kau Salwa.

"Masuklah." Jin membukakan pintu kereta untuk ku.

"Biasanya Namjoon Oppa kan duduk depan. Jadi takpelah."

"Mana awak tahu saya selalu duduk depan?" Namjoon kehairanan.

"Err.. Agak je hehe." Hampir saja kantoi tadi. Untung otak cepat bertindak. Semua dah pandang aku semacam tadi.

"Apa kata duduk belakang dengan kami. Sejuk. Siap boleh buat momen titanic lagi. Haha." Ajak Jimin.

"Tak jatuh?"

"Mana jatuh. Kat belakang kan ada penghadang. Kalau jatuh kami sambutlah." V mengerdip-ngerdipkan matanya. Aku tersengih disebabkan kecomelan V. Aku berasa sangat untung pula sebab mana nak dapat momen macam ni. V real version di depan mata. Tunggu bertahun-tahun nak tengok kat konsert bts pun belum tentu dapat. Alhamdullillah rezeki.

"Tak payah bimbang. Kami bertiga ada. Jom!" Jung Kook yang sudah lama duduk di bahagian belakang kereta menghulurkan tangan untuk memudahkan aku naik ke atas.

"Err..takpelah. Sorry, Kita tak boleh bersentuhan."

"Kenapa? Kau tak selesa ke? Aku tak bermaksud apa-apa." Jung Kook nampak serba salah.

"Eh bukan. Perempuan yang bertudung tak boleh disentuh. Syarat dalam agama kami."

"Ye lah kan, dia pakai tudung. Maknanya bukan Kristian." Jimin bersuara di sertai anggukan oleh Jung Kook dan V.

"Habis boleh naik ke ni?"

"Tak tahu lah." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Dah, jangan susahkan diri. Mari duduk sebelah Oppa." Suga memanggil ku. Pintu telah pun dibuka oleh Suga.

"Lain kali lah ya. Saya duduk dekat depan.'' Aku terus masuk ke dalam perut kereta.

"Nak minum?" Jhope menjenguk kan kepalanya ke arah ku sambil.menghulurkan air tin. Di tengah-tengah kami ada Suga. Kalau boleh aku mengaku, aku agak gugup dan sepanjang masa aku hanya memandang ke luar. Sebabnya Suga yang berada di sebelah aku ialah aku punya bias sebenarnya manakala jhope yang di sebelah Suga adalah bias wrecker aku. Boleh bayang tak macam mana akwardnya aku masa tu?

Pertama kali aku naik kereta bersama idol. Memang pengalaman paling gila aku pernah alami. Dah macam mimpi dah tapi kalau mimpi ia cuma sekejap tapi sekarang semuanya terlihat sangat detail dan lama. Aku memang beruntung.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang