Sudah seminggu semuanya berlalu tapi aku masih di sini. Semuanya telah selesai tetapi kenapa aku masih belum kembali ke dunia nyata?
"Salwa."
"Eh, Jin oppa."
"Dah makan?"
"Belum. Tunggu oppa." Ujar ku kepada Jin yang baru sahaja hendak keluar bekerja.
"Jomlah kita sarapan bersama." Ajak Jin. Aku mengangguk.
Ketika sedang makan bersama, Jin perasan perubahan pada wajah ku. Dia terus bertanya ku.
"Salwa runsing sebab Salwa tak dapat balik ke dunia nyata ke?"
"Entahlah. Salwa cuma tak pasti macam mana dan apa lagi yang perlu dibuat supaya Salwa boleh balik ke dunia nyata. Salwa buntu. Agaknya apalah jalan yang boleh buatkan salwa keluar dari dunia ni."
"Tak apalah. Nanti kita pasti akan jumpa jalan keluar. Kalau tak hari ni mungkin esok atau lusa. Sabarlah."
Aku angguk.
"Nak tak kalau kita berkumpul ramai-ramai? Mana tahu Salwa tiba-tiba dapat balik, nanti kan dah tak sempat pula nak ucap selamat tinggal."
"Betullah oppa. Saya tak sempat lagi ucap terima kasih dekat semua."
"Ok jom."
"Nak ke mana? Oppa kan kerja hari ni."
"Hari ni oppa buat cuti sendiri hehe."
"Eh?"
Skip
Jin telah pergi menjemput kesemua rakan-rakannya untuk berkumpul bersama-sama aku kerana bila-bila masa sahaja pertemuan kami boleh menjadi pertemuan terakhir. Destinasi yang kami akan tuju ialah penjara. Ini kerana hanya Tae Hyung yang tidak dapat keluar. Jadi tak adillah kalau kecualikan dia.
Namjoon berjaya meminta cuti dari bosnya jadi dia dapat bersama kami. Selain itu, atas pertolongan Jin, Jimin dan Jhope berjaya mendapatkan keizinan untuk keluar dari pusat rawatan mereka tapi hanya separuh hari sahaja. Suga pula sudah dibenarkan keluar dari hospital manakala Jung Kook pula cuti sekolah hari ini. Akhirnya semua dapat mengikuti rancangan Jin.
Kami bersama-sama ke penjara dengan menaiki kereta Jin. Tae Hyung agak terkejut dengan kedatangan kami bertujuh. Kami dah nampak macam rombongan sekolah pula. Tae Hyung tidak dapat menyembunyikan senyuman kotaknya bila melihat kami datang.
"Tak sangka korang rindu aku. Bangga weh. Kalau tahu macam ni, baik aku masuk penjara awal-awal. Hadoi buat penat je aku lari."
"Entah, nak berlagak jadi Tom Cruise dalam filem Mission Impossible pula." Namjoon gelak.
"Kena kejar anjing terus patah balik haha." Jimin mengejek Tae.
"Yahhh!. Mana ada."
"Oppa ok?" Soal ku.
"Mestilah. Tengok, makin kacak lagi."
"Woi gelilah." ujar Suga.
"Maafkan saya oppa. Malam tu saya yang hubungi polis."
"Oh jadi sebab tu lah Salwa turun dari kereta. Ingatkan nak pergi tandas." Jung Kook tiba-tiba mencelah.
"Diam. Kami tengah bercakap." Tae Hyung meletakkan tangan dibibirnya. Jung Kook hanya mencebik.
"Saya betul-betul rasa bersalah."
"Tak apalah. Oppa yang patut ucapkan terima kasih sebab Salwa lah oppa selamat." Tae Hyung menghadiahkan aku segaris senyuman.
ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...
![TRAP IN THE MV (BTS) [C]](https://img.wattpad.com/cover/134967840-64-k408477.jpg)