Takdir Bermula

295 44 7
                                    

Kring..kring..

Telefon Namjoon berbunyi. Aku membantu menjawab panggilan tersebut memandangkan Namjoon masih lagi lena dan Jung Kook pula ke tandas.

Kedengaran suara Tae Hyung di hujung panggilan.

"Salwa, macam mana dengan Namjoon? Panas lagi tak?"

"Dia tengah tidur. Jung Kook ada, dia dah tolong lapkan badan Namjoon oppa. Suga oppa je belum balik lagi."

"Oh ye ke? Jhope dengan Jimin hyung?"

"Lepas makan-makan diaorang terus balik rumah sebab dah lewat petang kan."

"Erm, Salwa kejap lag.."

Perbualan kami tiba-tiba terganggu kerana kami terdengar bunyi seorang perempuan menjerit.

"Lepaskan saya Appa! Tolong jangan buat saya macam ni!"

"Tae Hyung oppa? Helo? Siapa yang menjerit tu oppa? Oppa?"

Tiada jawapan tapi talian masih belum dimatikan.

"Lepaskan adik aku!" Kali ini kedengaran pula suara Tae Hyung menjerit.

Aku terkejut. Jangan-jangan hari ini adalah hari di mana Tae Hyung bertengkar dengan bapa tirinya sehingga berlaku pembunuhan.

Tidak! Aku tak boleh biarkan. Aku mesti menghalang Tae Hyung daripada membunuh!"

"Oppa! Jawab saya oppa! Hello? Hello?"

Masih lagi hanya bunyi suara orang bertengkar yang ku dengari.

"Apa nak buat ni ya Allah." Aku berasa cemas. Fikiran ku mula menjadi buntu.

"Baik aku panggil Jung Kook."

Aku terus berlari ke arah tandas lalu memanggil Jung Kook.

"Jung Kook! Hantarkan saya ke rumah Tae Hyung oppa sekarang! Oppa please.."

"Kejap lagi ya Salwa..Aku sakit perut sangat-sangat ni. Salah makan." Balas Jung Kook dari dalam tandas.

"Tak apa lah. Nanti saya telefon yang lain." Aku terus berlalu ke ruang tamu semula.

"Salwa ada apa? Salwa?" Soalan Jung Kook tidak sempat aku hiraukan.

Aku ingin menghubungi Suga tapi aku sendiri tiada nombornya. Aku nak cari dalam telefon Namjoon tapi ada password pula. Nombor telefon yang lain pun aku tak pernah minta dan simpan.

Aku ingin berpatah balik ke tandas untuk bertanya Jung Kook tapi langkah ku terhenti apabila Namjoon memanggil nama Jung Kook.

"Oppa ada nak air ke?"

"Tae Hyung mana, Salwa? Aku rasa tak sedap hati. Tadi aku termimpi buruk pasal dia." Namjoon seakan-akan dapat merasakan sesuatu bakal berlaku kepada kawan rapatnya itu.

"Bagi saya alamat dia, oppa. Saya pun rasa tak sedap hati juga."

******

Berbekalkan alamat yang diberi oleh Namjoon, aku meredah waktu senja. Nasib baik rumahnya tidak jauh dari sini. Aku harap sempatlah aku sampai sebelum terlambat.

Aku nampak sebuah basikal tersadai di tepi kedai lalu aku terus naik tanpa meminta kebenaran pemiliknya. Lantaklah, aku perlu cepat sampai. Itu sahaja yang penting sekarang ni.

"Alah! Masa ni pula nak sesak!" Aku mula tidak senang duduk. Mana tak nya masa-masa macam ni jalan nak sesak.

Aku tak boleh tunggu lagi dah. Aku terus turun dan meninggalkan basikal di atas jalan raya. Lantas aku terus berlari melalui jalan-jalan yang agak sibuk.

Sebuah kereta hampir melanggar ku.

"YAHH... Gila ke?!" jerit pemandu tersebut

Aku terkejut. Seraya itu, jantung berdegup laju. Walaupun begitu, aku terus berlari tanpa memandang lagi ke arah orang ramai yang sedang memarahi  aku.

Tae Hyung tunggu aku! Bertahan! Jangan buat kerja gila! Tolonglah. Kejap saja lagi! Tunggu aku.

Akibat berlari terlalu laju, selipar ku tercabut dan rosak. Namun aku tetap tidak boleh berhenti berlari. Tapak kaki ku mula berdarah akibat geseran dengan jalan bertar.

Akhirnya setelah penat berlari aku sampai juga di hadapan rumah Tae Hyung. Alhamdulillah.

"Tae Hyung oppa! Ada sesiapa tak kat dalam? Tae h.."

Tiba-tiba sahaja pintu rumah di kuak. Tae Hyung merempuh tubuh ku sehingga aku hampir terjatuh. Dia ku lihat melarikan diri dari situ.

"Tae Hyung oppa! Takkanlah dia dah..."

Tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam rumahnya. Aku terkaku.

"Onnie...." Adik perempuan Tae Hyung terduduk sambil menangis.

Di hadapan kami terkujur mayat bapa tirinya yang perutnya rabak akibat tusukan pisau beberapa kali.

Aku terduduk di situ. Badan ku menggigil kerana terlalu terkejut dengan apa yang aku lihat.

"Ya Allah..." Air mata ku mengalir. Aku dah terlambat. Semuanya telah terlambat. Tae Hyung kini seorang pembunuh. Aku tidak berjaya melindunginya. Aku rasa sangat teruk. Teruk sangat!. Aku gagal.

"Salwa kenap..." Jung Kook yang tiba-tiba  muncul  terkedu melihat apa yang ada di hadapan kami.

"Oppa.." Adik Tae Hyung bangun dan menangis di bahu Jung Kook.

Jung Kook memandang aku. Aku memalingkan wajah yang mula basah dengan air mata ke arah lain. Aku sebak dan benci dengan kegagalan diri sendiri.

Tae Hyung apa akan jadi dengan dia? Dan aku? Aku bagaimana?.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Where stories live. Discover now