Aku mengakhiri solat ku dengan bacaan doa untuk meminta petunjuk agar tuhan membantu ku. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan saat ini.
Kedengaran pintu diketuk dari luar. Aku bangun dan membuka pintu. Ada Jin diluar.
''Ada hal penting oppa nak cakap dengan Salwa tapi bukan kat sini. Ikut oppa."
"Baiklah."
Aku pelik kerana Jin membawa aku menaiki keretanya ke pantai. Apa yang ingin dibicarakan sehingga perlu bawa aku jauh dari semua. Aku tertanya-tanya.
Kami berdua duduk di atas batu sambil menghadap laut.
"Ada apa Jin oppa?"
"Jujur dengan oppa. Siapa kamu sebenarnya?"
Soalan Jin membuat aku tergamam. Adakah identiti aku telah terbongkar?
"M-m-maksud oppa?"
"Oppa nak dengar dari mulut kamu sendiri. Pasal ni."
Jin menyerahkan telefon ku kembali. Aku tersentak. Video I Need You yang dulunya error bila dimainkan kini telah boleh dimainkan. Maknanya Jin telah melihat segala-galanya.
"Macam yang saya katakan masa Jung Kook mula-mula temukan saya dulu, saya bukan dari sini."
"Habis, awak dari negara mana?"
"Dunia sebenar."
Jin terkedu.
"Korang adalah watak yang dicipta untuk sebuah Music Video untuk kumpulan Bts."
"K-kami da-dari muzik video sahaja? Tak ny-nyata?"
Aku mengangguk. Kelihatan wajah Jin sugul. Dia pasti terpukul dengan kebenaran ini.
"Tapi kenapa pencipta mv ini sangat kejam? Kenapa buat kami menderita dari kecil sehingga sekarang? Kenapa?" Mata Jin bergenang.
"Kerana mereka tidak tahu korang akan wujud dan hidup. Saya juga tidak tahu watak-watak dalam mv sebenarnya merasakan kesakitan yang amat. Maaf."
Jin memandang aku.
"Kenapa Salwa dari dunia nyata terseret ke dunia ini?"
"Saya pun tak tahu. Tiba-tiba sahaja saya terseret ke mari tapi saya yakin sebab utama ialah saya perlu bantu setiap watak untuk ubah nasib masing-masing. Saya pasti semua ini berlaku kerana korang inginkan pengakhiran yang bahagia kan?"
Jin mengangguk lemah.
"Apa akan jadi kalau awak gagal Salwa?"
"Saya tak tahu. Barangkali saya akan mati." Aku tertunduk sayu.
"Oppa tak nak ada sesiapa yang terkorban. Jadi jom. Kita selamatkan semua orang. Semua yang kamu tahu pasal kami, ceritakan pada oppa. Oppa akan cuba cari jalan."
Aku senyum. Separuh beban ku terasa berkurang kerana aku sedar kini dengan adanya pertolongan Jin aku tak sendirian.
Barangkali dalam setiap mv dia adalah watak utama dan oleh sebab itu dia menjadi orang pertama yang terpilih untuk mengetahui semua kebenaran ini.
*******
Restoran Ayam Goreng Puan Ah ri
"Namanya, puan Ah ri rupanya." Ujar Jhope sambil berdiri betul-betul di hadapan restoran mak cik yang membantu merawat lukanya kelmarin.
Dari balik dinding kaca kedai makan yang lutsinar itu, kelihatan puan Ah Ri sedang sibuk berbincang dengan pekerjanya.
"Kenapa... Kenapa aku rasa macam dia ibu aku atau jangan-jangan firasat aku betul?" Jhope memandang puan Ah Ri lama.
Jhope berjalan ke arah kedai tersebut. Dia perlu menemui puan Ahri dan bertanya secara langsung agar dia tidak tertanya-tanya lagi.
"Eh nak, kamu datang?. Duduk, duduk. Mirae, tolong masakkan yang sedap-sedap? Sekarang ya?"
Puan Ahri teruja dapat melihat Jhope melawat restorannya. Jhope dipelawa makan di situ.
"Terima kasihlah sudi datang jenguk mak cik."
"Sama-sama. Saya bimbang kalau ada yang kacau puan."
"Tak perlu berpuan, puan. Panggil omma je."
Jhope tergamam. Ibu? Puan Ahri nak dia panggil ibu? Adakah ini satu petunjuk?
"Om-omma terima kasih."
Puan Ahri senyum. Dia perlu bekerja jadi dia meminta maaf kerana tak dapat teman Jhope makan.
"Omma, tunggu."
"Omma ada anak lelaki? Erm. Maaf saya hanya ingin tahu."
Puan Ahri hanya menggeleng.
"Ada benda yang kamu nak tanya omma ke?"
"Mak cik kenal tak perempuan dalam gambar lama ni."
Gambar itu hampir disentuh oleh puan Ahri. Namun, kemunculan Tae Hyung di restoran tersebut membuat Jhope terkejut.
''Tae?"
"Jhope?"
Tanpa menunggu lama, Tae Hyung terus lari dari situ. Jhope terpaksa berlari keluar untuk mengejar Tae Hyung.
"Tae, BERHENTI!!"
Tae Hyung tidak mengendahkan permintaan Jhope. Dia terus berlari laju.
Jhope mula tercungap-cungap. Dia sakit. Dia tak boleh berlari jauh dan laju. Dia bersandar di dinding kedai kek. Nafasnya mula tidak menentu.
Tae Hyung masih ada di sekitar kawasan tersebut. Dia mencuri-curi lihat keadaan Jhope. Dia dihurung rasa bersalah dan juga rasa rindu pada Jhope dan yang lain.
"Maafkan aku Jhope. Aku tak sanggup masuk penjara. Aku takut." Air matanya mengalir.
Dia berlalu dari situ.Jhope menghantar mesej kepada semua.
Jhope: Aku nampak Tae di restoran kelmarin tapi maaf aku tak sempat kejar dia.
"Salwa, baca ni."
Aku meneliti mesej tersebut.
"Saya tak tahu kenapa tapi hati saya kuat mengatakan yang Tae Hyung akan balik ke rumahnya hari ni."
"Jadi biar oppa suruh Jhope pergi rumah Tae Hyung sekarang, Ok?"
"Ya. Kita kena cepat sebab oppa tahu kan Tae Hyung cenderung untuk terjun dan bunuh diri?"
Jin mengangguk. Wajahnya penuh kerisauan.
Semoga Tae Hyung selamat.
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...