Puan Ahri membetulkan selimut Jhope yang sedikit terselak apabila Jhope bergerak. Dia merenung wajah anak lelaki yang amat dirindui sejak 20 tahun yang lalu.
Puan Ahri teringat kembali tentang penjelasan doktor dong Hyun mengenai penyakit yang dialami oleh anaknya, Hoseok.
Sindrom Munchausen ialah satu gejala gangguan jiwa yang menyebabkan penghidapnya berpura-pura sakit atau memalsukan pelbagai gejala penyakit baik secara fizikal atau psikologi.
Kebiasaanya mereka akan memalsukan simptom penyakit seperti membuat rasa sakit di dada, perut, kepala dan jika di tahap ekstrem mereka akan berani melukakan diri sendiri untuk membuktikan mereka benar-benar sakit. Jika tidak dirawat boleh mengundang kepada depression dan bunuh diri.
Namjoon sempat bertanya sama ada sindrom ini boleh dihilangkan atau tidak dan menurut doktor, sama seperti penyakit gangguan mental yang lain ia mungkin tidak dapat disembuhkan sepenuhnya. Namun jika mendapat rawatan pakar, sindrom ini dapat dikawal.
Puan Ahri berasa pelik kenapa Jhope boleh menderita penyakit sebegini tapi setelah mendengar penjelasan doktor barulah dia faham. Semua ini ternyata berakar umbi dari kesalahannya terhadap Jhope.
Menurut doktor tersebut, tujuan utama penghidap sindrom Munchausen berpura-pura sakit ialah untuk mendapatkan perhatian, simpati dan perlakuan baik dari orang sekeliling. Mereka percaya bahawa berpura-pura sakit adalah satu-satunya cara supaya mereka boleh mendapat kasih sayang sebagaimana orang-orang sakit yang lain mendapat perlindungan.
Pengabaian kanak-kanak juga merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan penyakit ini wujud. Jhope pernah hidup bersama berpuluh-puluh anak yatim yang lain.
Untuk dia mendapatkan perhatian adalah sangat sukar memandangkan bilangan penghuni di rumah anak yatim itu terlalu ramai. Pada awalnya Jhope menipu dan berpura-pura sakit agar mendapat perhatian lebih oleh penjaganya tapi lama kelamaan, kesedihan dan kesepian dan ingatan tentang ibu yang membuangnya membuatkan dia sakit dan mendapat ganggual mental.
"Maafkan eomma Hoseok. Eomma tak sangka yang kamu akan menderita seteruk ini." Puan Ahri mengusap tangan Jhope sambil menangis.
Jhope tiba-tiba tersedar dari tidurnya. Alangkah terkejutnya Jhope bila ternampak Puan Ahri berada di dalam wad hospital bersamanya. Dia cepat-cepat melarikan tangannya.
"Apa yang puan buat kat sini?"
"Hoseok.. Hoseok dah sedar. Hoseok, eomma--"
"Tolong keluar puan Ahri saya tak mahu tengok muka puan lagi. Keluar!."
"Hoseok, maafkan eomma. Tolonglah maafkan eomma. Tolonglah dengar dulu penjelasan eomma."
"Jangan cakap apa-apa lagi. Keluar!" Jhope memukul-mukul kepalanya. Sindrom penyakitnya menyerang lagi menyebabkan dia mengerang seperti sedang sakit kepala.
Puan Ahri terpaksa mengalah dan membiarkan Jhope tenang terlebih dahulu. Walaupun menyakitkan, Jhope memang layak membencinya.
"Kenapa aku jadi benci bila tengok muka dia. Kenapa? Padahal aku dah lama harapkan saat ini." Jhope menangis di lutut sendiri setelah tiada siapa di kamarnya. Hatinya berasa sungguh pedih.
Pintu biliknya dibuka seseorang secara tiba-tiba.
"Aku dah cakap jangan ganggu ak---" Jhope terhenti apabila terlihat orang yang sedang berdiri di depan pintu bilik wadnya. Ternyata orang itu bukanlah puan Ahri.
"Yerim.."
Ternyata, sahabat karibnya Yerim yang datang melawat Jhope. Selain Jimin, Yerim adalah orang yang paling dipercayainya. Yerim adalah kawan perempuan dan juga mentor yang mengajarnya koreografi tarian.
"Hoseok, saya dengar awak masuk hospital jadi saya cepat-cepat datang. Maaf tak ketuk pintu dulu. Tadi saya terserempak dengan seseorang. Dia cakap dia ibu awak, dia.." Belum sempat Yerim menghabiskan ayat, Jhope tiba-tiba menangis.
Yerim terdiam. Ini kali pertama Jhope menangis di hadapannya. Jhope menunduk dan air matanya menitis laju. Lama kelamaan semakin banyak. Yerim melabuhkan punggungnya di sisi katil Jhope. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Jhope masih lagi tertunduk dan menangis. Hoseok kelihatan sangat sedih dan terluka.
Perlahan-lahan Yerim merangkul lembut bahu Jhope dan menepuk-nepuk lembut bahu sahabatnya itu. Jhope mula menyandarkan kepalanya pada bahu Yerim dan tangisannya menjadi semakin kuat.
Biasanya setiap kali terluka Jimin yang meminjamkan bahunya kepada Jhope, tapi saat ini Jimin tiada di sini. Hanya Kim Yerim yang ada untuk memujuk hatinya yang terluka.
Jhope menghamburkan segala kesedihannya melalui tangisan. Sudah sekian lama dia menanggung penderitaan ini jadi hari ini dia tidak mahu menipu diri sendiri lagi dengan berpura-pura ceria tapi hakikatnya jiwanya terseksa.
****
"Betul ke ni Salwa?"
"Betul, oppa. Saya pergi dulu. Ada hal penting yang perlu saya selesaikan sekarang juga.."
"Hati-hati Salwa." Balas Jin. Aku menghadiahkan segaris senyuman kepada Jin dan Jung Kook sebelum melangkah keluar.
Aku turun dari kereta dan berlalu pergi. Walaupun pada awalnya niat aku untuk mengikut mereka melindungi Suga, aku akhirnya terpaksa membatalkan niat ku setelah ternampak sesuatu yang juga sangat-sangat penting.
Sebenarnya dari dalam kereta, aku ternampak kelibat Tae Hyung. Rasanya aku perlu menemui Tae Hyung dan berbincang dengannya. Kalau bukan aku siapa lagi yang akan menghentikan Tae Hyung.
Aku berdiri di balik dinding. Dari arah ini, aku lihat dia dan seorang perempuan sedang melakukan vandalisme dengan menyembur cat pada dinding pondok perhentian bas.
Awalnya aku ingin berdepan dengan Tae Hyung, namun setelah berfikir masak-masak, aku sedar itu bukan keputusan yang tepat.
"Maafkan saya, Kim Tae Hyung. Saya terpaksa.. Demi kebaikan awak.."
Aku menyeluk poket baju ku. Telefon yang dipinjamkan oleh Jin kepada ku masih tersimpan kemas di situ. Aku mengeluarkannya dan mendail nombor seseorang.
Pandangan ku halakan ke arah mereka berdua yang masih sibuk mewarnakan sesuatu di dinding. Aku dapat lihat kegembiraan di wajah mereka tetapi aku pasti itu bukanlah kegembiraan yang sebenar.
Akhirnya panggilan ku dijawab.
"Helo polis..."

ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...