Kisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut.
Dapatkah gadis itu menyelesaikannya?
Bagaim...
Telefon bimbit milik Jhope bergetar menandakan ada orang menghubunginya. Jhope segera menjawab panggilan tersebut.
"Helo, Jin hyung?"
"Tak. Ni Salwa. Saya pinjam telefon rumah Jin oppa sebentar."
"Oh, Salwa. Ada apa ek?"
"Betul ke Jimin oppa sebenarnya tak apa-apa? Saya rasa macam--"
''Salwa maaflah pasal oppa tak cerita hal sebenar semalam. Sebenarnya Jimin sekarang dah masuk pusat pemulihan dadah." Terang Jhope.
"Jimin oppa ditangkap ke?"
"Tak. Dia hampir bunuh diri tapi oppa selamatkan. Lepas tu, oppa pujuk dia dan akhirnya dia setuju untuk masuk pusat pemulihan tersebut. Sekarang oppa otw ke sana."
"Alhamdulillah. Em oppa, nanti kirim salam sayang saya dekat Jimin oppa dan cakap dekat dia, fighting!!"
"Ok, terima kasih Salwa."
Jhope akhirnya sampai jua di pusat pemulihan dadah Seoul dimana Jimin ditempatkan. Setelah Jimin membuat pilihan untuk hidup di sini, ibu bapa dialah yang membiayai segala kos walaupun pada awalnya dia dimarahi dengan teruk. Pengajiannya di universiti terpaksa ditangguh untuk sementara.
Jhope berjalan melepasi kawasan kafetaria tempat tersebut. Dari jauh dia ternampak Jimin sedang duduk bersendirian sambil mengelamun.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Walaupun hanya memandang dari belakang, dia nampak betapa sepinya Jimin ketika ini.
Seolah-olah dapat merasakan kehadiran Jhope, Jimin tiba-tiba menoleh.
"Hyung!"
Jimin berlari ke arah Jhope dan terus memeluknya erat-erat. Dia sangat merindui sahabatnya itu. Tinggal bersendirian di tempat baru seperti ini tidak sebaik dan seseronok tinggal bersama sahabat karibnya sendiri.
"Hyung, kenapa kau baru datang? Hari-hari aku tunggu kau tahu tak?"Ujar Jimin sambil memuncungkan mulut.
"Maafla, hyung sibuk."
"Sekarang baru awal bulan. Exam pun lambat lagi. Takkan sibuk sangat kot." Jimin merajuk.
Jhope terus memaut bahunya dan berjalan bersama-sama. Dia dan Jimin memilih tempat duduk di tepi tingkap.
"Jinjja miane. Macam mana life dekat sini?"
"Tak seronok hyung, tak bebas."
"Oh ya ke?. Jimin, dekat sini kena pakaian uniform ek? Woah, bergaya betul." Puji Jhope.
''Biasalah. Orang kacak pakai apa-apa pun kacak." Jimin bersiul-siul dan berlagak cool. Jhope menggosok kepala Jimin sambil tersengih.
"Ah, Jimin. Salwa kirim salam."
"Salwa tahu pasal Jimin?"
"Sebenarnya dari dulu lagi. Dia ternampak dadah dalam poket sweater Jimin. Cuma dulu oppa minta dia rahsiakan.. Dia selalu nasihat hyung supaya hyung selamatkan Jimin. Dia perempuan yang baik."
"Ya. Dia memang baik. Kesian dia, masih tak ingat asal usul dia. Mesti dia rasa susah hati. Hyung, nak tanya, selain Salwa siapa lagi yang tahu?" Soal Jimin.
"Tak ada sesiapa. Hyung tak ada cerita apa-apa lagi pada diaorang ."
"Terima kasih hyung. Jimin tak nak buat mereka lagi susah hati sebab apa yang penting sekarang adalah pasal Tae Hyung." Jimin menggenggam tangan Jhope. Jhope membalas dengan menepuk-nepuk tangan Jimin.
"Ya. Hyung akan cuba cari Tae sampai dapat. Jangan risau."
Jimin mengangguk.
Setelah menemani Jimin berbual seharian, Jhope menemani Jimin sehingga tertidur barulah dia pulang ke rumahnya.
Jhope berasa lega dan juga berasa bersalah. Lega sebab akhirnya Jimin mahu berubat. Pada masa yang sama dia juga rasa bersalah kerana menyebabkan Jimin terpaksa hidup di tempat sebegitu.
Jimin sering diabaikan oleh keluarganya dan dipaksa untuk berjaya jika tidak dia takkan dianggap anak. Akibat selalu dipaksa dan diletakkan harapan tinggi oleh keluarga, dia menjadi depression teruk. Itulah alasan kenapa Jimin makan dadah. Katanya pengubat tekanan dan untuk mudah fokus belajar.
Kalaulah dia tahu dari awal apa yang dideritai Jimin, dia sudah bertindak lebih awal. Dia pasti akan menemani Jimin setiap hari dan melindunginya daripada apa pun yang merungsingkan hati Jimin.
Ppapppp
Jhope terlanggar bahu seseorang semasa berjalan di jalan raya. Orang itu terjatuh. Jhope membongkok untuk membantunya.
"Maaf puan. Saya minta maaf. Saya tak sengaja."
"Tak apa. Eh Jhope?"
"Eh Puan Ahri rupanya. Maaf puan."
"Eh, dompet Jhope jatuh." Puan Ahri mencapai dompet Jhope dan dihulurkan kepadanya.
"Terima kasih puan Ahri."
"Kejap Jhope, gambar tu gambar milik kamu ke?" Suara puan Ahri bertukar cemas sewaktu dia tidak sengaja terpandang gambar yang tersimpan kemas di dalam dompet Jhope.
"Ya puan Ahri. Gambar ibu saya. Kenapa?"
Puan Ahri terkejut. Dia menekup mulutnya dan matanya mula berair. Dia memandang wajah Jhope yang mula memandangnya dengan rasa ingin tahu. Puan Ahri memegang kedua-dua belah pipi Jhope. Air matanya menitis.
"Anak eomma..."
Jhope terkedu. Dia menolak tangan puan Ahri. Jhope berundur setapak. Dia seakan tidak percaya apa yang didengari sebentar tadi.
"A-pa yang p-puan mengarut ni?" Jhope benar-benar terkejut.
"Betul ni eomma, ni eomma nak... Eomma kamu." Puan Ahri mula menangis. Dia mengeluarkan gambar yang sama sebagai bukti yang dia memang ibu kandung Jhope.
"Tipu. Puan Ahri tipu." Jhope tidak mahu mempercayai kenyataan itu walaupun itulah yang diharapkan selama ini
"Eomma minta maaf. Eomma--"
"Kenapa baru sekarang nak minta maaf? Kenapa baru sekarang baru nak mengaku anak? Kenapa? Disebabkan puan saya menderita! Disebabkan puan hidup saya terseksa."
"Maaf..eomma.."
"Dari kecil saya rindukan eomma. Setiap hari saya tunggu eomma di amusement park. Bagai orang gila, saya tanya semua orang dekat situ. Mana eomma saya mak cik? Mana eomma saya kak, abang? Malam-malam saya tidur sorang-sorang, dalam gelap. Saya menangis rindukan eomma. Merayu dekat tuhan agar pulangkan eomma tapi walaupun selepas 20 tahun, tuhan tak pernah jawab doa saya. Saya sambut hari jadi seorang diri. Saya makan, sekolah , membesar seorang diri. Saya sakit, terpaksa telan pahitnya ubat, tapi eomma ada ke waktu tu? Masa saya pengsan setiap hari eomma ada ke? Masa saya perlukan seorang ibu, eomma.. Eomma .." Air mata Jhope menitis.
"Hoseok, eomma.."
"Masih ingat rupanya nama anak yang puan buang dulu tapi maaf saya tak kenal siapa puan." Jhope terus berlari dari situ sambil menyeka air matanya.
"Hoseok tunggu. Nak.."
Jeritan ibunya tidak diendahkan lagi. Jhope ingin berlari jauh dari situ. Dia tidak dapat menerima semua ini. Baginya ini terlalu menyakitkan.
Kepala Jhope terasa berat. Pernafasannya jadi tak teratur. Matanya berpinar-pinar dan akhirnya dia rebah ke tanah.