Kisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut.
Dapatkah gadis itu menyelesaikannya?
Bagaim...
Jung Kook tersedar dari mimpi setelah dikejutkan oleh ibunya. Dia meraup wajahnya. Sekali lagi dia bermimpi buruk. Ini bukan kali pertama dia bermimpi buruk.
"Mak tengok Kook kerap sangat meracau. Kenapa Kook? Ada masalah?" Tanya ibunya.
"Tak ada apa eomma."
"Dah tidur balik. Baru pukul 10 malam ni."
"Eomma, saya nak keluar."
"Ke mana? Dah malam ni."
"Jumpa kawan."
Ibunya akur. Setelah memintanya berjanji untuk pulang awal, ibunya keluar dari bilik.
"Kenapa aku asyik mimpi buruk?"
Walaupun ini bukan kali pertama dia bermimpi buruk tapi mimpi tadi benar-benar pelik.
Dia berada di dalam bilik gelap. Memegang gambar Suga yang dilukis sendiri.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tiba-tiba muncul di hadapannya lukisan Tae Hyung dan terbakar dengan sendiri. Waktu itu, Jung Kook merasakan ketakutan yang amat terutama ketika gambar tersebut terbakar. Di tambah lagi hujan yang tiba-tiba muncul dan sekawan kelawar yang membuat bising di situ.
"Kenapa gambar Tae tiba-tiba jadi rosak?"
Semalam dia menangis selepas tersedar dari tidur. Dia ternampak arwah kakaknya sedang menyorok di balik pokok. Dia cuba kejar tapi kakaknya semakin lari dan semakin menjauh.
Di dalam mimpinya, dia melihat Suga muncul lalu memegang tangan arwah kakaknya. Mereka ketawa dengan sungguh ceria tetapi ketika Jung Kook cuba mendekat mereka semakin menjauh.
Tiba-tiba dalam mimpi tersebut, Tae Hyung muncul. Dia memercikkan air tasik ke arah Suga dan kakak Jung Kook. Mereka berdua dengan riangnya menyerang Tae Hyung dengan air tasik.
Mereka bertiga mendongak dan tersenyum kepada Jung Kook. Jung Kook hanya mampu melihat dari jauh. Jung Kook melihat arwah kakaknya memimpin tangan Suga dan Tae Hyung dan cuba meninggalkan Jung Kook. Jung Kook cuba mendapatkan mereka tapi Suga dan Tae hanya menghulurkan tangan tapi jarak mereka terlalu jauh.
"Apa maksud mimpi yang tu? Aku takut."
Jung Kook menulis sesuatu di diarinya sebelum keluar.
'Because it is darkest during the morning right before the sun come out
If living is hard than die,did you still want to live?'
-------------------
Di padang sekolah
"Jung Kook, saya rasa baik awak pergi jumpa doktor. Periksa balik kaki awak. Mungkin ada masalah apa-apa. Awak kan pernah kemalangan."
"Nantilah dulu, coach. Saya sibuk. Saya tak ada masa sebab sekarang saya tengah fokus berlatih. Pertandingan kan dah tak lama lagi."
Jung Kook merupakan atlet lumba lari di sekolahnya. Selain sukan tersebut, dia juga mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan lain. Dia merupakan ayam tambatan sekolahnya.
Selain minat menyanyi dia juga memasang impian menjadi atlet lumba lari negara. Impian ini bukan impiannya sahaja tetapi impian ini juga impian arwah kakaknya. Kakaknya ingin melihat Jung Kook berjaya di balapan.
"Ambil kad ni. Jumpa kawan saya. Dia doktor pakar bahagian tulang. Saya tak nak awak cedera. Otot kaki sangat penting. Awak nak pakai kaki awak tu lama lagi."
Setelah dipujuk, akhirnya Jung Kook setuju menemui doktor tersebut.
Jam menunjukkan pukul lima petang. Jung Kook melangkah lemah keluar dari bilik doktor pakar tersebut. Kakinya bagaikan tidak terpijak di lantai. Hatinya, kepalanya terasa berat dan berpinar.
Kata-kata doktor itu terngiang-ngiang di telinganya.
"Jung Kook, saya harap awak bersabar. Ada kerosakan pada saraf dan bahagian otot tulang kaki awak. Mungkin doktor yang bedah awak dulu terlepas pandang dengan kerosakan pada kaki awak. Saya minta awak hentikan segala aktiviti sukan awak sebab kalau awak teruskan juga kaki awak akan mengalami kecacatan kekal. Kalau awak paksakan juga lama kelamaan awak mungkin mengalami kelumpuhan kekal."
"Kalau diubati boleh menghalang kerosakan yang lebih teruk tapi maafkan saya sayangnya kalau tekanan yang diberikan pada kaki awak terlalu berlebihan, kesannya tetap sama. Jadi awak kena berkorban."
Jung Kook terduduk di atas lantai. Dia menangis dan meratapi ujian hidupnya seorang diri.
"Kenapa? Kenapa susah sangat hidup aku?! Aku dah hilang kakak aku. Kenapa aku kena hilang juga kaki aku?! Kenapa aku kena hilang impian aku?! Kenapa! Kenapa!" Jung Kook menghentak-hentak kepalanya sendiri.
Kebetulan waktu itu Suga muncul. Dia dalam perjalanan hendak ambil ubat antidepressive di hospital tersebut. Di satu kawasan tersorok dia terlihat adik arwah kekasihnya sedang meratap.
"Kook? Kau kenapa?" Suga mula cemas.
Jung Kook bangun. Dia mengelap air matanya.
"Bukan urusan, hyung." Emosi Jung Kook mula terganggu.
"Kenapa pula bukan urusan aku? Kalau ada masalah jangan pendam."
"Untuk apa? Hyung bukannya boleh bantu aku."
Jung Kook hendak pergi dari situ tapi lengannya sempat di tarik oleh Suga menyebabkan langkahnya terhenti.
"Jung Kook."
"Hyung nak aku luah sangat kan?! Ya aku memang ada masalah. Semuanya sebab hyung! Disebabkan hyung, aku kehilangan kakak aku! Disebabkan hyung hidup aku berubah! Disebabkan selamatkan hyung, kaki aku rosak selamanya! Disebabkan hyung impian kakak aku, impian aku semuanya terkubur! Hyung, hanya bawa malang dalam hidup aku! Kita tak sepatutnya kenal. Semua salah hyung!"
Suga terpempam.
Dia hilang kata-kata.
Hanya mampu melihat Jung Kook melangkah pergi meninggalkan dirinya.