Bersama

292 37 3
                                    

"Park Jimin."

"Ya saya."

"Nanti awak ikut kumpulan Jung Hyun ya?"

Jimin mengangguk. Hari ini dia akan mengikuti sesi terapi kaunseling secara berkumpulan memandangkan selain kes dadah dia juga menghadapi masalah depression jadi sesi ini amat penting untuk membantunya sembuh.

Mengikut kata pengurus tadi, hari ini sesi kaunseling akan diurus oleh pakar kaunseling dari luar. Selain itu, akan ada beberapa peserta luar yang akan mengikuti sesi tersebut. Mereka merupakan orang yang mempunyai masalah-masalah yang berkaitan mental.

Jimin berjalan naik ke tingkat atas dimana ruangan terapi ditempatkan. Jimin berasa malas tapi kalau dia tidak ikut serta maka lambatlah dia boleh pulih dan keluar dari sini.

Jimin membuka pintu.

"Silakan masuk." Ujar pakar kaunseling dengan senyuman manis di bibirnya.

Jimin terkejut.

Bukan pakar kaunseling itu yang membuat Jimin terkejut akan tetapi orang yang berada di sebelahnya yang membuat Jimin hilang kata-kata.

"Duduk di sebelah sini." Arah pakar kaunseling itu.

Jimin duduk di sebelah orang tadi. Orang itu merupakan salah seorang peserta dari luar. Entah apa jenis penyakit mental yang dialami oleh orang itu, Jimin terasa ingin tahu. Jimin betul-betul tidak dapat fokus selagi persoalan yang bermain dimindanya tidak dijawab.

Sesi terapi kaunseling di mulakan. Pakar Kaunseling tersebut bernama Puan Hwa. Setelah semua bersedia, Puan Hwa memulakan ucapannya.

"Ramai orang cakap mereka tak mampu sayang diri mereka, mereka benci pada diri mereka sendiri tapi bagi saya mereka bukan tidak sayang pada diri mereka tapi kerana ujian di sekeliling membuatkan mereka mula jadi keliru."

"Apa maksud Puan?" Soal salah seorang pesakit di dalam kumpulan itu.

"Perasaan kita tidak dapat ditentukan melalui perkataan. Contohnya bila kita kata kita cintakan tuhan. Kata-kata atau confession kita sahaja tidak cukup untuk membuktikan perasaan kita tapi kalau kita nak tahu kita cintakan tuhan atau tidak kita perlu lihat pada tindakan kita."

Puan Hwa melihat buku cacatannya sebelum menyambung.

"Sebab itu kalau kita ingin tahu kita cinta atau tak pada diri kita, kita perlu lihat macam mana cara kita melayan diri. Contohnya macam adik saya. Dia kata dia benci diri dia tapi daripada berfikir negatif, dia habiskan masa dengan melayan lagu kpop. Dia kata dia benci diri dia tapi dia selalu baca quotes untuk kurangkan kesedihannya. Dia kata dia benci dirinya tapi dia menulis untuk menghapuskan tekanan yang dialaminya."

Jimin jadi terfikir. Dia mengaku dia bencikan diri sendiri tapi dia masih mencari Jhope untuk mendapatkan bekalan kasih sayang untuk hati sendiri. Dia juga sanggup berbuat apa saja sampaikan sanggup makan dadah dan bunuh diri semata-mata untuk tamatkan kesedihan dirinya. Bukan untuk orang lain tapi untuk dirinya sendiri. Ya, menerima diri sendiri adalah tanda kita cintakan diri tetapi mencari jalan untuk mengurangkan penderitaan juga tanda kita cintakan diri.

"Ok. Jadi saya harap awak semua faham maksud saya. Mencintai diri sendiri bukanlah sebatas satu ucapan yang disebut di mulut sahaja, tapi kadang-kadang tindakan yang kita buat tanpa sedar itu sendiri telah pun menunjukkan kita sebenarnya tak benci pun pada diri kita."

Jimin mengakui kebenaran ucapan Puan Hwa.

"Ok. Kita teruskan ke sesi kedua. Erm, jadi saya buka peluang kepada semua untuk cerita apa yang dia rasa lepas sesi pertama tadi. Ha, kamu nak cuba?"

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Where stories live. Discover now