Kisah yang sama

322 45 2
                                        

Tae Hyung membaringkan badan Namjoon ke atas sofa. Dia kemudiannya meminta aku mengambil baju ganti untuk Namjoon.

"Mana baju dia?"

"Nah."

Tae Hyung membuka baju Namjoon yang kebasahan lalu menukarkan kepada baju yang lebih tebal dan kering. Kalau dibiarkan lama-lama dia boleh demam.

"Oppa, saya pergi ambilkan selimut dan bantal untuk dia ya?"

Tae Hyung mengangguk. Aku segera berlalu ke bilik. Tak elok juga aku disitu sebab Tae Hyung hendak menyalin seluar jeans Namjoon dengan seluar lain.

"Nah selimut dan bantal."

Selimut dan bantal bertukar tangan. Tae Hyung mengangkat kepala Namjoon dengan perlahan-lahan lalu meletakkannya ke atas bantal. Tubuh Namjoon juga ditebarkan selimut.

"Dia..." Aku tergamam melihat Namjoon tiba-tiba sahaja menangis di dalam tidur. Air matanya menitik walaupun dia masih dalam separa sedar. Pasti berat sungguh beban yang terpaksa dilaluinya selama ini. Tae Hyung mengelap air mata Namjoon yang tumpah dengan tangannya.

"Dia ada cerita ke masalah dia kat Salwa?" Soal Tae Hyung.

"Ya. Kesian dia."

"Sebab tu lah oppa selesa kawan dengan dia. Oppa dan Namjoon hyung sama-sama ada masalah keluarga yang teruk. Namjoon hyung nampak je tenang orangnya tapi dalam hati, dia selalu sembunyikan kesedihannya." Tae Hyung mengeluh.

"Apa yang paling Namjoon Oppa harapkan? Dia ada beritahu awak tak?" Aku cuba mengorek rahsia.

"Oppa tak pasti cuma dia selalu cakap dia rasa diri dia tak berharga. Dia rasa murung dan hidup macam orang tak ada life. Entahlah."

Aku membuat kesimpulan yang aku perlu mengembalikan semangat hidup Namjoon. Aku juga pasti keinginan dia adalah untuk merasa bersyukur dilahirkan ke dunia. Aku akan cuba berusaha, aku janji Namjoon. Harap kau terus tabah.

"Erm, Oppa. Tadikan oppa cakap masalah oppa sama dengan Namjoon Oppa. Maknanya oppa ada ayah yang penagih dadah juga lah kan? Maaf kalau soalan saya agak teruk." Aku sekadar bertanya walaupun aku sudah tahu soal ini menerusi MV.

"Tak. Ayah kandung oppa dah lama tak ada, yang ada cuma ayah tiri oppa. Dia kaki botol. Sejak mak oppa mati, dia jadi panas baran. Suka pukul kami adik beradik. Minta kami sara dia punya duit perjudian. Itu boleh tahan lagi, yang oppa paling meluat bila dia cuba apa-apakan adik oppa. Katanya adik oppa mengingatkan dia pada mak padahal dia cuma nak lampiaskan nafsu setannya kat adik oppa. Aku tak boleh la ingat pasal dia, aku benci." Tae Hyung cuba menahan rasa geram.

"Maaf."

"Tak ada apa lah."

"Saya harap oppa jangan pernah simpan dendam pada dia."

"Maksud Salwa?"

"Tak ada apa. Cuma saya tak nak Oppa rosakkan diri untuk orang macam tu. Oppa berhak untuk dapatkan kehidupan dan masa depan yang lebih cerah. Ramai orang perlukan Oppa. Adik Oppa, Namjoon dan lima orang member oppa tu. Diaorang semua sayang pada Oppa."

Tae Hyung tergamam. Dia memandang lama wajah aku membuatkan aku menjadi serba salah. Rasanya aku dah terlanjur cakap.

"Kenapa Salwa ambil berat pasal Oppa?" Wajah ku ditenung dan dia menantikan jawapan daripada aku.

"Eh jangan salah faham. Saya tak bermaksud apa-apa. Cuma, saya pernah kenal seorang yang ada masalah macam awak. Dia bunuh ayahnya kerana tak tahan dengan kesakitan yang ayah dia bagi. Akhirnya dia sengsara sendirian di penjara. Saya harap oppa boleh lindungi diri oppa sendiri." Sebenarnya orang yang ku maksudkan itu adalah Tae Hyung sendiri.

"Ingat Salwa suka oppa tadi." Dia tergelak. Aku nampak usaha dia untuk menutupi kesedihan pada wajahnya.

"Saya cuma antara seorang dalam berjuta-juta orang yang mengharapkan kebahagian untuk korang bertujuh. Jadi saya harap awak semua kuat."

Tae Hyung mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Salwa, masuklah bilik dulu. Biar Namjoon ni oppa yang jagakan. Dah lewat sangat dah ni."

Aku mengangguk dan berjalan meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

"Salwa." Tae Hyung sempat memanggil ku sekali lagi.

"Ya?"

"Terima kasih." Tae Hyung menghadiahkan aku segaris senyuman. Aku mengangguk dan berlalu masuk ke bilik.

Sekarang aku semakin sedar yang aku perlu melindungi kedua lelaki tersebut. Bukan sebab aku terlalu ingin pulang tapi sebab aku tidak ingin mereka terus sengsara. Walaupun mereka hanya watak dalam MV tapi bagi ku sekarang mereka juga adalah seorang manusia.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang