Dengan berbekalkan duit lebihan membeli top up aku menyewa sebuah teksi ke ttueksom. Aku mundar mandir di seluruh kawasan tersebut. Meredah kepekatan malam demi mencari Namjoon. Entah ke mana Namjoon pergi.
"Allahuakbar, kilat. Aku kena cepat ni. Hari dah nak hujan."
Aku berasa amat takut kerana sekarang sudah pukul 1.30 pagi. Tambahan lagi, hari hampir hujan. Kalau diikutkan, belum pernah lagi aku keluar selewat ini. Tak mengapalah, mencari Namjoon adalah lebih penting daripada memikirkan keselamatan ku.
"Eh, itu macam Namjoon."
Dari jauh aku ternampak Namjoon dari belakang. Aku berlari ke arahnya. Langkah ku terhenti. Aku terkejut melihat sesuatu di tangannya. BOTOL ARAK. Namjoon ternyata sedang melepaskan tekanan perasaan yang dialami olehnya dengan air yang haram itu.
"Oppa." Aku memanggilnya dari jarak yang tidak terlalu dekat.
Namjoon mengangkat kepala. Dalam keadaan mabuk, dia mengerutkan keningnya. Cuba melihat wajah aku. Entah dia kenal atau tak aku sekarang ni.
Kalau aku boleh jujur, aku terasa ingin menangis saat ini. Sedih melihat Namjoon merosakkan dirinya dengan arak. Kenapa arak? Kenapa dengan air kencing syaitan?
Aku duduk agak jauh dari dia. Bau busuk arak membuat aku hampir termuntah. Bagaimana aku hendak bawa dia pulang dalam keadaan macam ini.
"Salwa? Kau datang. Aku minta maaf. Aku tak boleh balik malam ni. Aku nak tidur sini. Sini selesa. Bulan bintang semua ada. Semua tak benci aku. Pemabuk yang lain semua terima aku. Aku bahagia sangat Salwa. Biarlah aku kat sini." Namjoon bersuara. Dia masih dibawah pengaruh alkohol.
"Kenapa? Apa yang buat Oppa sampai jadi macam ni? Kalau Oppa sakit, Oppa jangan pendam sorang-sorang." Mata ku bergenang. Sedih dengan apa yang ku lihat.
"Kau janji takkan judge aku?"
Aku mengangguk. Namjoon berdiri dan berjalan terhuyung-hayang ke depan. Sungai yang ada di hadapan kami ditenungnya lama seolah-olah merenung segala kesakitannya selama ini.
"Aku ada ibu bapa tapi aku lari dari rumah. Aku tak suka hidup dengan mereka. Bapak aku penagih dadah. Dia berkahwin dengan mak aku. Demi duit dia jual mak aku kepada ibu ayam. Awalnya mak aku tak rela tapi lama kelamaan dia mula gilakan wang dan sanggup teruskan hidup dengan duit hasil jual badan. Mereka masih bersama. Belum bercerai dan setiap hari aku terpaksa hadap dan tengok pergaduhan mereka.setiap hari Salwa. Dari kecil aku..."
Dia menarik nafas sebelum menyambung.
"Aku dihantar belajar ke sekolah. Tapi semua orang menghina aku. Mereka cakap aku anak zina, anak orang tak guna. Tak kira apa yang aku buat mereka tuduh aku berlagak baik. Semua orang label aku sebagai budak jahat termasuklah perempuan yang aku suka. Tinggalkan aku sebab tak tahan turut dicaci."
"Hina sangat ke aku Salwa? Aku tak minta pun dilahirkan sebagai anak tak sah taraf. Salah aku ke ada ibu bapa macam tu? Bertahun-tahun aku tahan cacian, makian orang. Aku cuba sayang diri aku tapi aku tak boleh. Aku, aku.." Ayat Namjoon tersekat. Air mata yang cuba ditahan tetap mengalir dari balik tubir matanya. Dia menoleh ke arah lain. Aku terkedu.
Hujan mula turun. Membasahi kami berdua. Aku perlu membawanya pulang. Kalau dibiarkan, dia mungkin akan membiarkan sahaja dirinya dibasahi air hujan. Nanti dia sakit pula.
"Namjoon oppa jom balik."
"Aku tak nak."
"Awak, dah hujan ni. Nanti oppa demam."Aku berusaha memujuknya.
"Aku tak nak. Kau je lah yang pergi!"
"Oppa tolonglah jangan berdegil lagi."
"Kenapa? Kau muak dengan aku? Kau pun rasa aku teruk kan? Hah jawab!!" Botol arak yang berada ditangannya dilemparkan. Botol tersebut pecah. Aku terasa gerun melihat dia yang tidak terkawal.
"Jawablah tak guna." Bahagian leher sweater yang dipakai ku tiba-tiba sahaja di cekak oleh Namjoon.
"Tolonglah jangan macam ni saya takut." Aku hampir menangis.
"Kau!" Belum sempat Namjoon bergerak, seseorang muncul dan menarik Namjoon dari belakang. Kedua-dua tangan Namjoon terkunci oleh tangan lelaki yang datang memegangnya dari belakang.
"Tae Hyung?" Air mata ku gugur melihat Tae Hyung yang tiba-tiba muncul.
Tae Hyung datang dan cuba hentikan Namjoon yang sedang mengamuk. Setelah puas meronta-ronta minta dilepaskan, Namjoon akhirnya rebah dalam pelukan Tae Hyung.
"Jom Salwa, kita bawa dia balik rumah."
Tae Hyung segera mendukung Namjoon di belakangnya. Kami berlari meredah hujan yang semakin melebat sambil mencari teksi untuk pulang ke rumah Namjoon.
Hari ini segala kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Namjoon akhirnya tersingkap. Apa yang perlu aku lakukan saat ini, hanyalah memikirkan penyelesaian untuk semua ini. Aku perlu!
![](https://img.wattpad.com/cover/134967840-288-k408477.jpg)
YOU ARE READING
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
Fiksi PenggemarKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...