Suga First Love

366 42 7
                                        

Selepas peristiwa kelmarin, Namjoon demam panas. Jadi Tae Hyung dan yang lain bersepakat memindahkan Namjoon ke rumah Suga untuk sementara. Hal ini kerana hanya Suga yang berkelapangan sekarang ini. Tambahan lagi aku perempuan berhijab sukar untuk aku mengurus lelaki bukan muhrim sendirian.

"Maaflah sebab susahkan kau, Salwa." Ujar Tae Hyung setelah selesai memapah Namjoon ke bilik bersama Suga.

"Ok je."

"Hyung, aku harapkan kau jaga diaorang." Pesanan Tae Hyung dibalas anggukan oleh Suga. Tae Hyung kemudiannya pulang dengan menaiki teksi.

"Kau buatlah macam rumah sendiri Salwa. Oppa nak buat kerja sikit." Suga berlalu dari situ.

Aku segera menuju ke sebuah bilik dan mengerjakan sembahyang. Suga cakap sekejap lagi Jung Kook dan yang lain akan datang melawat Namjoon.

Selesai menunaikan solat, aku terdengar sayup-sayup dari bawah bunyi alunan piano. Rasanya aku dah boleh agak siapa yang sedang memainkan piano tersebut. Aku pergi ke arah bunyi tersebut.

"Oppa."

"Ha, Salwa."

"Pandai Oppa main piano. Eh, bunga tu..." Aku terlihat ada sekotak hadiah dan sejambak bunga di atas piano berwarna coklat milik Suga.

"Sebenarnya. Hari ni hari jadi kekasih oppa. Jadi saja nak buat suprise. Kalau tak buat nanti merajuk pula. Haha.." Suga tersengih-sengih. Aku tak cemburu pun sebab dia bukan Suga bts sebaliknya Suga dunia mv.

"Sweet sangat."

"Takdelah. Eh kejap Salwa. Dia call." Suga bangun dan menjawab panggilan tersebut. Manja betul cara dia bersembang dengan kekasih dia. Untunglah gadis tersebut.

"Nanti kalau Jung Kook sampai salwa tolong bukakan pintu ya? Oppa kena gerak dulu. Dia dah merajuk dah."

"Haha..pergilah. hati-hati."

Setelah Suga pergi aku masuk ke bilik Namjoon sebabnya tadi dia terbatuk-batuk. Setelah diberikan air, dia tidur kembali. Seketika kemudian bunyi pintu rumah diketuk. Jung Kook dah sampai agaknya.

"Hai, Jung Kook."

"Hai, Suga hyung mana?" Tanya Jung Kook sambil menyerahkan makanan panas yang baru dibelinya.

"Pergi jumpa teman wanita dia. Katanya hari ni hari jadi kakak tu. Sweet je diaorang sembang dalam phone tadi." Ujar ku sambil tangan ligat menghidang makanan.

Jung kook terdiam. Air mukanya tiba-tiba berubah.

"Dia buat lagi rupanya." Wajah Jung Kook muram.

"Apa maksud awak?"

Jung Kook membiarkan soalan ku tergantung tanpa jawapan. Dia kemudiannya membantu ku menghidang makanan. Aku terasa suasana sekarang agak kekok.

"Kekasih dia dah tinggalkan dia." Jung Kook bersuara semula.

"Perempuan tu curang k..."

Belum sempat aku menghabiskan pertanyaan jungkook memintas.

"Dia dah meninggal."

"Tapi tadi.. Saya keliru lah kalau dah meninggal tadi siapa yang call Suga?"

"Aku selalu nampak dia bercakap sendirian. Hyung, dia masih belum lupakan arwah kekasih dia tapi wajarlah sebab itu cinta pertama dia. Mereka dari kecil lagi bersama. Punya minat yang sama, impian yang sama. Aku tak sangka ternyata hyung masih hidup dalam masa lalu dia. Aku ingat dia dah okey sejak dia dah mula menulis lirik lagu tapi rupanya dia masih teringat." Jung Kook menunduk.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang