Petunjuk

463 48 12
                                        

Aku duduk mengelamun di dalam bilik. Memikirkan apa yang telah terjadi. Jika aku terus berdiam diri, aku takkan bertemu solusinya.

Jika difikirkan semula, situasi ini sama dengan filem yang pernah aku tonton iaitu filem Magika, Alice in the Wonderland, Peter Pan dan W. Di dalam semua drama tersebut terdapat satu persamaan iaitu mereka hanya dapat kembali ke alam nyata setelah menyelesaikan satu misi. Jadi apa misi aku?

Tak sedar badan aku dah berpeluh. Terasa agak panas normal lah dah seharian aku tak mandi. Jadi aku meminjam tuala Namjoon yang tersangkut di dalam bilik. Baju adik V ku ambil dan bawa bersama. Maklumlah kat sini aku tak boleh keluar dengan bertuala sahaja. Bahaya.

Bilik air berada di tepi dapur. Baru hendak ku buka pintu bilik air, Namjoon telah pun membukanya. Dia baru siap mandi. Aku segera berpaling ke arah lain bila ternampak dia yang hanya mengenakan boxer dan tuala di kepala.

"Maaf."

"Takpe, kau gunalah bilik air ni, tapi bau lah sikit. Tahanlah ye."

Selepas dia pergi aku masuk ke dalam. Memang betul katanya, berbau. Haish memang tandas lelaki baunya macam ni ke?

Selesai mandi dan mengenakan pakaian, aku keluar. Aku lihat Namjoon sedang membaiki sesuatu. Tapi yang lain tidak kelihatan. Dah balik ke semua orang.

"Eh, Salwa. Kenapa tercegat kat situ? Duduklah."

"Ya, terima kasih." Aku duduk di atas kerusi yang agak jauh dari tempat Namjoon.

"Lapar ke?

"Dah makan tadi. Jin Oppa masak sedap."

"Eloklah."

"Baiki apa?"

"Kipas meja. Panas dalam bilik tu. Sejuk sikit kau lepas ni."

"Eh, takpelah. Saya dah terbiasa. Erm, Oppa. Mereka semua pergi mana?"

"Dah balik. Biasalah ada urusan masing-masing."

"Jadi malam ni?.."

"Ye, kita berdua je."

"Oh." Aku terasa agak kekok. Aku harap mereka ada macam semalam. Lagipun rasa berdosa pula seolah-olah aku bersekedudukan dengan bukan mahram.

"Takut aku apa-apa kan kau?"

"Eh, tak. Bukan macam tu."

"Takpe aku faham. Kau bukan kenal aku pun. Nah."  Kipas tersebut di hulurkan kepada ku.

"Maaf. Sebab saya, awak kena tidur luar." Sebetulnya aku rasa bersalah, kerana aku Namjoon tidur atas sofa je.

''Habis, nak tidur sekali ke?"

"Eh tak, bukan. Saya tak bermaksud macam tu."

"Aku gurau jelah." Namjoon tergelak melihat aku cemas.

"Saya rasa baik kita tukar tempat tidur. Biar saya je tidur luar."

"Member aku enam orang lagi selalu je main masuk rumah aku. Bahaya lah kalau kau tidur luar. Aku pesan ni macam seorang abang tau. Lelaki ni walaupun iman tinggi melangit pun, kalau bab perempuan dan nafsu jangan main-main termasuklah aku. Jangan mudah percaya kat lelaki."

"Baik." Aku tersenyum sambil bangun untuk ke bilik.

"Kunci bilik tu, jangan lupa. Sebab sekarang ni kau duduk rumah lelaki."

Aku mengangguk. Setelah memasuki bilik, aku segera mengunci pintu bilik dan berbaring di atas katil. Aku buka kembali video I Need You tapi masih tak terpasang. Error bila dimainkan.

TRAP IN THE MV (BTS) [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang