Namjoon bergegas memasuki ruang Hospital Seoul. Dia segera menuju ke arah kaunter pertanyaan di mana ada dua jururawat perempuan sedang bertugas di situ.
"Nurse, saya nak tanya."
"Ya?"
"Disini ada tak pesakit yang bernama Jung Ho Seok?"
"Kejap ya saya periksa. Oh ada, di tingkat 2 bilik b-14." Ujar jururawat itu sambil tersenyum.
"Terima kasih."
Namjoon segera mencari bilik yang dinyatakan oleh jururawat tersebut. Dia ke sini kerana tadi ada yang menghubunginya dan katanya Jhope pengsan.
"Akhirnya jumpa juga."
Namjoon membuka pintu bilik itu tetapi dia terkejut apabila mendapati ada seorang wanita pertengahan umur sedang membelai tangan Jhope yang belum sedarkan diri.
Namjoon tunduk sebagai tanda hormat. Wanita tersebut tersenyum lalu memperkenalkan dirinya.
"Saya Puan Ahri."
"Oh saya Kim Namjoon. Kawan baik Jhope. Mak cik ni orang yang bantu Jhope ke?"
"Ya."
"Oh, terima kasih sekali lagi puan."
"Sebenarnya... Saya... Saya eomma Hoseok. Ibu kandung dia." Ujar Puan Ahri dengan riak wajah sedih.
"I-ibu kandung? Maknanya puan lah orang yang Jhope cari selama ini?" Namjoon benar-benar terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh puan Ahri.
"Ya. Saya silap sebab dah buang Hoseok suatu masa dulu. Saya betul-betul menyesal. Lama saya cari dia tapi sekarang baru saya dapat jumpa anak saya balik. Tuhan dah makbulkan doa-doa saya selama ini." kata Puan Ahri sambil mengesat air matanya.
"Puan, Jhope selalu cakap, sebelum dia mati dia harap sangat dapat berjumpa ibu kandung dia. Tak pernah sehari pun dia tak merindui puan. Kalau puan nak tahu, hari-hari dia tatap gambar puan walaupun dia sedih sebab puan dah buang dia dari hidup puan." Jelas Namjoon. Sesekali dia memandang ke arah Jhope yang terbaring di atas katil hospital.
"Mak cik dah buat kesalahan yang besar tapi waktu tu mak cik terpaksa. Mak cik tak ada pilihan. Mak cik---"
Bunyi ketukan pintu menghentikan perbualan mereka berdua. Namjoon terus pergi membuka pintu. Kelihatan seorang doktor di luar bilik itu.
"Boleh tak saya nak bercakap dengan ahli keluarga pesakit?"
Skip
Namjoon dan Puan Ahri kini berada di bilik doktor Hyun Dong. Mereka sama-sama menantikan apa yang ingin dikatakan oleh doktor itu.
"Doktor, boleh saya tahu berapa teruk penyakit migrain kawan saya? Dia selalu pengsan lepas tu telan pil setiap hari?" Soal Namjoon. Puan Ahri agak terkejut. Dia tidak tahu apa-apa tentang Jhope.
"Migrain? Hoseok cakap dia migrain ke?" Doktor Hyun Dong agak terkejut.
"Ya. Dia beritahu saya dia selalu migrain."
"Doktor, betul ke anak saya cuma menghidap migrain?"
"Maksudnya.. Saya agak dia tak beritahu hal sebenar. Penyakit dia yang sebenar bukanlah migrain tapi..."
"Tapi apa doktor?" Soal Namjoon dan Puan Ahri serentak. Seperti mana Namjoon, puan Ahri juga berasa bimbang.
"Hoseok sebenarnya mengalami Munchhausen Syndrom Mental Disorder."
Puan Ahri dan Namjoon terkedu.
********
"Jung Kook, kenapa kau ponteng sekolah? Dulu bukan main kau marah aku, sekarang kau pula yang buat. Ada masalah ke Kook?" Soal Ji Seung sambil menghisap rokok di tangan.
ANDA SEDANG MEMBACA
TRAP IN THE MV (BTS) [C]
FanfictionKisah seorang gadis yang tidak sengaja terperangkap dalam mv I need You nyanyian Bts kerana dia dipilih sebagai kunci untuk menyelesaikan konflik yang dialami oleh tujuh orang jejaka di dalam mv tersebut. Dapatkah gadis itu menyelesaikannya? Bagaim...
![TRAP IN THE MV (BTS) [C]](https://img.wattpad.com/cover/134967840-64-k408477.jpg)